Demedim Me

Friday, February 27, 2004

Biru, Emas dan Rama-rama

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Aku mendongak ke atas, mencari. Ah, tertunduk aku mengalah kepada tajam tikaman cahaya terang. Mendongak lagi, mencari. Cepat tangan terangkat menjadi perisai. Berhasil aku mencuri pandang. Itu, di sana dia. Tetap di situ, tegak dan segak dalam seragam biru kesayangannya. Sungguh, aku rindu akan biru itu. Biru amat, biru yang indah. Subhanallah, biru cerah itu biru menenangkan, biru membahagiakan. Dan sinaran emas, ada sinaran emas yang menambah keasyikan biru itu. Sinaran emas dari lencana emas kebanggan. Sinar emas menebarkan jaring mesra. Sinar emas melebar sayap bahagia, menyapaku lembut dengan nyaman hangatnya.

Aku tunduk lagi. Tapi kali ini, bukan tunduk kalah. Aku tunduk memuji. Aku tunduk merafak syukur. Aku tunduk menjunjung Kasih. Aku tunduk berdoa. Hanya kepada yang Satu, yang Mencipta indah biru dan mesra emas yang aku rindu!




~Selingan je tu~
Yang nak disampaikan sebenarnya ; Dublin hari ni cerah. Langit tinggi membiru, matahari garang bersinar, tapi sejuk, tetap sejuk ;).

.. Butterfly ..



Semalam, mencari sesuatu yang saya ingat saya 'simpan' di Yahoo Briefcase. Tapi, lain yang dicari, lain pula yang dijumpa. Saya buka saya document lama, dari emel seorang kawan ; koleksi-koleksi artikel (lebih kepada tazkirah). Bercadang untuk berkongsi sama isi kandungannya, dan untuk yang kali yang pertama ini.. "Butterfly".

A man found a cocoon of a butterfly. One day a small opening appeared. He sat and watched the butterfly for several hours as it struggled to force its body through that little hole. Then it seemed to stop making any progress.

It appeared as if it had gotten as far as it could, and it could go no further. So the man decided to help the butterfly. He took a pair of scissors and snipped off the remaining bit of the cocoon.

The butterfly then emerged easily. But it had a swollen body and small, shriveled wings.

The man continued to watch the butterfly because he expected that, at any moment, the wings would enlarge and expand to be able to support the body, which would contract in time.

Neither happened! In fact, the butterfly spent the rest of its life crawling around with a swollen body and shriveled wings. It never was able to fly.

What the man, in his kindness and haste, did not understand was that the restricting cocoon and the struggle required for the butterfly to get through the tiny opening were Allah's way of forcing fluid from the body of the butterfly into its wings so that it would be ready for flight once it achieved its freedom from the cocoon.



Sometimes struggles are exactly what we need in our lives. If Allah allowed us to go through our lives without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as what we could have been. We could never "fly"!


Itulah hakikat, hakikat yang kita susah nak nampak, payah nak terima. Hakikat yang telah Allah janjikan bahawa dalam setiap kepayahan, kesukaran ujianNya, tersembunyi sejuta rahsia Cinta Kasih Sayang dan Tarbiyyah Tuhan.

++++++ Berita Gembira! ++++++
Seorang sahabat saya (yang saya sayangi, saya hormati, saya senangi, saya rindui) mengkhabarkan saya berita gembiranya! Alhamdulillah, dia akan meneruskan jihad menuntut ilmu di Sedaya College, dalam bidang Pharmacy. Syukur amat! (after all those problems, ya). Syukur lagi.

Nah, sudah aku katakan, Teman. Disebalik segala kepayahan, tersirat banyak pengajaran. Yakin, jika ini yang terbaik untukmu, terima seadanya. Yakin lagi, Allah itu Maha Tahu apa yang paling molek untuk hambaNya.. untuk kau, untuk aku dan untuk kita! Syukur ya! :)

Ayuh, cepat sedar, pohon ampun, panjatkan syukur, duhai diri, duhai hati!

Allah Hafeez =)

Wednesday, February 25, 2004

borderless

In the Name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate..

Islam tak punya sempadan geografi. Jika sudah menganut agama yang satu, namanya tetap Muslim walau di mana pun dia tinggal menetap.



.. Baik tinggal dia di hulu desa permai Malaysia ..
.. Baik diam dia di balik naungan tembok besar Negeri China ..
.. Baik duduk dia di tengah terik panas Sahara ..
.. Biar diselubungi dia dingin menggigit sampai ke tulang hitam Kutub Utara ..
.. Biar dihujani dia dengan hujan peluru beserta guruh letupan Palestin ..
.. Biar bermandikan dia hitam minyak Saudi Arabia ..
.. Atau sedang bersungguh dia memahami susun atur siasah Islamiyyah di Jam'iyyah Al-Azhar ..
.. Atau sedang berkerut dahinya meneliti bait-bait pujangga melayu di Universitas Gajah Mada ..

.. atau..


.. Atau sedang dia menulis catatan di blogger, di balik kotak derma berlatarbelakangkan papan notis yang bertampal bahan pameran Bam-Iran Earthquake, di Royal College of Surgeons in Ireland! ..

Tetap dia bernama Muslim! Berpakaian Muslim, berakal Muslim, berperibadi Muslim..
(doa, agar semua-semua muslim itu dapat diindahkan lagi dengan hiasan Taqwa.. in sya Allah)


Hehehe.. itulah dia, protes dalam redha ;). Kene jaga booth untuk exhibition, lanjutan dari charity dinner lepas.. Bosan betul, untuk duduk dan basically do nothing except for some little conversations ~ beri informasi tentang Bam earthquake tempoh hari. Oh ya, tentang last dinner, alhamdulillah, went quite well. It wasn't great, but it's OK. Banyak belajar dari situ, kita belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan. Ucapan terima kasih dan tahniah, secara peribadi, kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.. especially untuk kawan-kawan yang bekerja sangat-sangat keras untuk menjayakan program.. in sya Allah, boleh hidupkan balik ISoc RCSI!!!

Allah Hafeez=)


Thursday, February 19, 2004

Iran Earthquake Charity Dinner

Dengan Nama Allah, yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Maha Agung..
Dengan Nama Allah, yang Maha Menjadikan, Maha Mengampun, Maha Membalas..

..Poster..



Islamic Society of RCSI, in collaboration with Trinity College Dublin Muslim Student Association will be organizing an Iran Earthquake Charity Dinner. The main objective is to raise fund for our brothers and sisters out there who are really in need. 5000 miles away, doesn't mean that you can't help. Please participate, if we, as muslims don't, who else will?



..Tiket..




Humm.. cantik tak poster ngan tiket untuk dinner tu? Semua orang puji lawa.. ;). In sya Allah, Isnin ni dinner tu. Saya yang tak buat banyak kerja ni pun, terasa jugak la 'debar'nya.. Maklum, this is the first big event which I'm working on, hehe. Ade lebih kurang 4 hari lagi ni, harap sungguh everything will be OK. Dan untuk mereka yang banyak bekerja untuk ini, (you know who you are.. nak sebutkan name ke? :p) kita masih punya masa nak habiskan jualan tiket, dan nak betul-betulkan apa yang patut. In sya Allah.. in sya Allah semua berjalan dengan baik nanti.

3 Tiket masih berbaki di tangan saya. Dah berikan 3 untuk Kak Yulia jualkan di Talagh Hospital. Nak jual kat sape lagi ni..? (Fara, kalau aku belikan tiket dinner tu untuk kau, mahu datang ke sini? err.. tapi, tiket kapal terbang beli sendiri yek! :p)

+Credit goes to Abadi, for providing the scanned poster and ticket. Syukran.

Allah Hafeez :) :)



Tuesday, February 17, 2004

Tempayan retak..

In the Name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate..

Waktu dalam proses 'pembersihan' inbox, (yang selalu penuh.. penuh dengan forwarded email.. hai, makin 'tua' ni, makin jarang terima 'non-forwarded' mails ;).. ) tertarik dengan satu cerita tentang Tempayan Retak.. sila, sila baca :

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak. Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,tempayan retak itu berkata kepada si tukang air,

"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata,

"Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan."

Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan dan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,

"Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu. Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu. Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang."

Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mau, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya. Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita. Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.


.. Dalam kelemahan kita, kita temui kekuatan kita ..

Tersangaaaaatlah betul. Bila kita sedar akan kekurangan yang kita ada :

1. Terasa betul yang kita ni hamba. Kurang, banyak cacat-cela.. berbanding Dia yang Maha Sempurna.
2. Timbul niat, semangat dan diikuti dengan usaha untuk membaiki diri. Moga dapat jadi lebih baik.
3. Dapat elakkan diri dari rasa riya', sombong, ujub, takabbur.. etc, etc.. atas sedikit kelebihan yang Allah bagi.

.. dan banyak lagi lah.. Fikir-fikirkan sendiri ya.

Justeru, nak ingatkan diri sendiri, juga menyeru pada semua, janganlah kita rasa rendah diri sangat dengan manusia lainnya, atas kekurangan yang kita miliki. Tapi, rasa rendah diri terhadap Tuhan Maha Mencipta, lebih-lebihkan.. kerna itu lah yang sepatutnya :)

..Buat Aku Tersenyum..


err.. bukan tajuk lagu Sheila on 7 yek ;). Ini, terkenang sembang dengan Adik waktu call rumah hari sabtu lepas. Satu soalan wajib yang mesti saya tanyakan padanya ; "Adik rindu kakak tak?".. pasti jawapan yang diberikan "rinduu..". Dan kemudian, bila ditanya rindu banyak atau sikit, seperti biasa, jawabnya "rindu banyak!".. hehehe

Dan hari itu, saya tanya juga soalan yang sama :

Saya : Adik windu kakak tak?
Dia : Winduuuuuuu... (panjang windu tu :p)
**saya udah mula menguntum senyum, hehe
Saya : Rindu banyak ke rindu sikit?
**dalam hati dah bangga.. kerna pasti jawapannya seperti biasa, banyak!
Dia : Ummm.. (pause for a second or two)
**uhukk.. ummm..? nak cakap rindu sikit je ke? huhuhu.. kalo cakap 'sikit', nak nangis!
Dia : Windu berjuta-juta!!!

Ya Allah...! Dengar kalian? Rindu berjuta-juta! Rindu berjuta-juta katanya!
Dan rindu berjuta-juta itu, beri kesan amat dalam.. Senyum panjang saya. Senyum tenang, senyum riang, senyum gembira, senyum syukur.. syukur.. (err.. juga jadi tambah rindu mahu pulang! :p).

Terima Kasih Ya Rabb.. atas ni'mat kasih sayang, cinta murni yang Kau anugerahkan.. Pelihara Adik-adikku dalam Rahmat Redha Mu..


dan biar tenang, riang, gembira dan syukur itu berterusan, Tuhan..
Kerna senyum itu masih bersisa :)


Allah Hafeez :) :) :)




Monday, February 16, 2004

(no idea)

Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim.

Memang tiada entry untuk hari sabtu dan ahad. Bukan terlupa, bukan sibuk amat. Tiada entry kerana hari Sabtu dan Ahad saya tidak ke kolej. Tidak ke kolej maknanya saya tidak punya peluang untuk akses ke internet, maklum, saya tidak punya internert connection di rumah. Berkira-kira untuk memasang perkhidmatan Broadband, tapi mahu tunggu dulu. Mungkin selepas pulang dari cuti summer, in sya Allah. Kak Hanim bilang mahu beli lap top waktu summer break nanti. Campur Kak Hanim, ada 3 orang semuanya, berbaloilah kalau mahu guna Broadband.. in sya Allah, ber’Broadband’lah saya lepas cuti musin panas nanti!:-D

Sebab tidak punya internet connection di rumah, saya kini miliki satu kebiasaan baru. Sebelum pulang, saya buka banyak windows (most windows are blogs with long, good entries ; Pak Di’s, Huda’s, Ghafirah Idris’s, Huda Soid’s). Balik rumah, baca.. Selalu baca sambil makan ;). Dan yang 'menggalakkan' lagi kebiasaan ini adalah kerana set tv di rumah sudah diangkut balik oleh Kak Aida ke Malaysia tempoh hari.. Sementara menunggu untuk membeli set tv yang baru, lap top ini lah peneman makan, hehe.. Membaca di rumah, punya banyak keluangan masa untuk meneliti satu-satu perkataan, menghayati bait-bait ayat, men'digest' lumat semua maklumat~ilmu yang disampaikan :).

Kak Hanim sampai menegur ; katanya, saya nampak minat betul dengan seni penulisan. Ehehe.. angguk saya, angguk setuju, juga angguk segan. Memang minat seni, penulisan dan musik terutamanya, tapi perlu terima hakikat yang saya tidak punyai bakat ke arah itu. Tapi tak kisahlah, yang penting minat itu ada.




permandangan di St Stephen's Green Park, kala senja menjelang.



Cukup di sini dulu, mahu balik.. Ada kelas arab!

Allah Hafeez :)




Friday, February 13, 2004

Rahmat Kasih Tuhan..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Meneruskan aktiviti di malam jumaat ; membaca surah-surah seperti yaa-siin dan al-kahfi beramai-ramai, pergi semalam ke Belgrave, rumah Kak Aina, Azizah dan Anis. Waktu berjalan pulang dari kolej petang semalam, terima sms dari Lina, minta saya menggantikannya membaca tafsir surah yaa-siin, kerana dia terpaksa menghadiri majlis di UCD. Humm.. jadinya, pergi ke Belgrave tanpa persediaan untuk memberikan tafsir. Natijahnya, saya baca aja apa yang tertulis ;).

"Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani."
Yaa-siin : 5


Antara penerangan bagi ayat tersebut yang menarik perhatian :

"Agama tidak boleh dinilai dengan logik dan rasional akal semata-mata. Akal adalah terbatas pencapaiannya. Seandainya berdasarkan kepada logik akal dan kekuatan fikiran semata-mata, manusia akan cepat merasa bangga kerana kecerdikan itu. Mereka berfikir dengan mendapat kelulusan akedemik tertinggi, PhD dan sebagainya, maka mereka sudah layak untuk memperkatakan tentang al-Quran dan memberikan ulasan-ulasan yang tidak sepatutnya."

Kita, manusia diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan. Allah kurniakan kita aqal, agar dapat kita menggunakannya. Aqal untuk belajar, aqal untuk mencari makan, aqal untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Allah juga kurniakan iman, agar dengan panduan iman itu, aqal kita punya tertib corak dan jalan pemikirannya. Agar aqal itu tahu berfikir untuk kebaikan, berfikir tentang hakikat kewujudan di dunia, berfikir tentang keKuasan Tuhan, berfikir bagaimana untuk melaksanakan suruhan Nya, berfikir kerana Nya.. Penting ya, panduan Iman itu, agar kita sentiasa terus berfikir, bergerak di landasan yang sebenarnya.

.. dan lagi, tentang hakikat kasih sayang Tuhan ..

"Ada orang mempersoalkan, sekiranya Tuhan itu Maha Penyayang, kenapakah pula orang yang mencuri dihukum potong tangannya? Itukah tanda kasih sayang? Hakikatnya, hukuman itu adalah simbol manifestasi kasih sayang Allah s.w.t kepada manusia, kerana dengan menghukum seorang pencuri maka Allah s.w.t telah menyelamatkan ribuan orang lain daripada dicuri. Allah s.w.t mahu menyelamatkan ramai orang daripada teraniaya, inilah namanya kasih sayang. bahkan dengan hukuman tersebut, ia akan mendidik seluruh manusia agar insaf dan takut untuk mencuri. Pencuri yang dihukum itu pula, akan terlepas hukuman Allah di akhirat kelak. Maka inilah kasih sayang Allah yang abadi."

Hakikat Kasih Sayang Tuhan yang abadi. Pada setiap penciptaan di langit dan bumi, menunjukkan ada tersembunyi sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya. Kita yakin itu, dan tugas kita, mencari dan membuktikannya. Cari ya.. dan bila berjumpa, sematkan di hati kita rasa syukur berterima kasih. Tanam di hati kita rasa kerdil lemah diri sebagai hamba.. Sama-sama kita cari, ya.. Atau, jika sudah banyak ketemu, tingkatkan rasa syukur, kerdil hamba itu.Ingat itu, diri..

Berkesempatan bicara dengan Mak di telefon hari Isnin lepas. Telefon Mak di pejabat, dalam lebih kurang pukul 9 pagi Malaysia. Lepas bertukar-tukar khabar tentang Mak serta keluarga di sana, dan saya jauh di sini, (tapi hati tetap dekat bersatu..) Mak beritahu yang surat saya yang dikirim dua minggu lepas telah diterima. Beserta surat itu, saya poskan bersama gambar-gambar yang sempat diambil ; waktu Raya Aidil Fitri, waktu berjalan ke Kilkenny Castle, ke Waterford, juga waktu ziarah London-Birmingham lewat tahun lepas.

Mak : Bulatnye muke kakak! (gelak, senang betul nampaknya..)
Saya : Mana ada! Gambar mana yang bulat? (juga ketawa.. ketawa segan, ehehe)
Mak : Semua gambar lah.. kecuali masa kakak pakai baju kurung yang sama dengan Akma (adik saya) tu. (ketawa lagi)
Saya : Uhuhu.. tembam sangat ke?
Mak : (masih ketawa) Alaahh.. tak pe tu..

Alahai.. sampai Mak di Malaysia pun dah mengiktiraf ke'chubby'an itu, maka terpaksalah saya menerima hakikat.. (makin chubby aku,Fara! Kau dapat gambarkan Asriah versi tambah chubby, kan? :p)

Cakap pada diri : Chubby pun, chubby lah.. wajib bersyukur atas ni'mat chubby itu;)

Allah berkati semua-semua.
Allah sayang semua-semua.
Allah redhai semua-semua.. kita :)

Thursday, February 12, 2004

Jalan-jalan timba pengalaman

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya memang suka kalau dapat berjalan waktu malam. Redup, tenang dan kurang sibuk. Malam semalam, pulang dari Naas bersama Kak Linda dan Siha, ditumpangi Dr. Nik melalui N8 (kalau tak silap). N8 ni lebih kurang macam highway di Malaysia. Sepanjang perjalanan, saya hadkan permandangan di kiri kanan, hanya tumpukan perhatian pada jalan yang dilalui ; lampu jalan, papan tanda hijau, lampu-lampu berselerakan di kejauhan ~ terasa macam berada di atas jalan raya di Malaysia sendiri! Macam highway PLUS dari Kuala Kangsar ke Ipoh, cuma tanpa tol ;). Kalau berjalan siang, susah sikit nak ber'imaginasi' begitu, sebab reka bentuk bangunan yang agak berbeza dapat dilihat jelas di siang hari, that spoils the scene.rindukan malaysia sangat kot, saya ni :p.

Hari Selasa, saya ke County Wicklow ; ke Greystone lebih tepat.ada satu tempat di sini, Blackrock. Agaknya, ketandusan idea kot Irish-irish ni ; Greystone dan Blackrock..nasib baik tak ada Whitesand! :p. Pergi untuk pertemu dengan General Practitioner, di bawah subjek Early Patient Contact. Greystone terletak di tepi laut ; a nice small town by the sea. Sementara menunggu untuk berjumpa dengan Dr. Nick Breen, berjalan-jalan dahulu di pantai. Tiba di rocky part of the beach, ada batu-batu yang tersusun cantik. Syukur betul, dapat peluang begitu ; di atas ada langit tinggi memayung, di sisi ada laut luas terbentang ~ dua bukti kebesaran dan kemampuan Kuasa yang kita sembah. Subhanallah..

Ingatkan, pergi hanya untuk berjumpa dengan doktor, tapi alhamdulillah, terus berpeluang untuk bertemu bual dengan patient, Ms. Crowe Kay. Pertama kali melihatnya, saya anggarkan umurnya dalam lingkungan awal 70-an, melihatkan kepada kemampuannya memandu kereta. But it turned out that she's already 83! Subhanallah. Memang saya kurang bersedia untuk bertemu dengan pesakit (itu lah, tak sentiasa bersedia!), tapi alhamdulillah, everything just went well. Ms Kay beri kerjasama yang sangat baik, menjawab 'soalan-soalan formal' yang ditanya, seperti yang tercatat dalam buku kerja, dan juga tak lokek bercerita tentang pengalam hidupnya. Selepas mendiang suami, John mati, dia tinggal berseorangan. Punya empat anak, tapi masing-masing buat hal sendiri. Dalam usia 83 tahun, (kalau di malaysia, ni dah masuk umur subsidi) masih mampu menguruskan hidup sendiri.

Bila ditanya (lebih kurang) "does your illness affect your life?", positif dia menjawab "I have a wonderful life", sambil mengukir senyum puas hati.

Pernah keguguran 2 kali, menjadi kes pertama German measles di kawasan beliau tinggal, menjalani pembedahan akibat Ovarian cyst, kidney and galbladder problem, dan baru-baru ini mempunyai masalah dengan perut, dia masih positif dengan hidupnya. Itu belum lagi mengambil kira kesan yang dialami akibat kehilangan seorang anak (impak dari German measles) dan kematian suami kerana arterial block. Uhuh, jauh di dalam, saya mengagumi semangat wanita tua ini. Betapa tabahnya dia menghadapi sisa-sisa hidup, berseorangan pula. Betapa saya ini, kadang-kadang cepat melatah bila disergah dengan masalah yang tidak sebesar mana. Betapa, fikir saya, beruntungnya jika dia hidup di dalam Islam, pasti dia akan beroleh lebih ketenangan, beroleh banyak ganjaran di atas sifat sabar dan redha nya akan ujian dan taqdir Allah buatnya..

Di akhir pertemuan, sebelum beransur pulang meninggalkan rumah kecil-comel milik Kay, saya genggam erat tangannya, mengucapkan terima kasih banyak atas layanan baik yang diterima (dia kemudian melagakan pipinya dengan pipi saya ~ typical Irish greeting, hehe). Senang hati bila dia tersenyum ramah, seperti menyampaikan kata bahawa dia juga senang dengan kehadiran kami.

Terima Kasih.. aku belajar banyak dari kamu

Sepanjang perjalanan balik, Amin (assigned partner saya, dari Jeddah) yang memandu, sering juga cuba untuk mengajak berbicara, tapi masing-masing sudah penat. Siha dan Naila (class-mate juga partner Siha, dari Morocco) enak bersandar di belakang, juga letih. Alih-alih, dengar aja lagu Arab yang dipasang. Lewat petang baru sampai ke Dublin, dalam pukul 6 pm. Terperangkap pula dalam kesesakan lalu lintas di Dublin. Bukan KL aja yang jam ya :p. Tapi alhamdulillah, selamat sampai semuanya. Hari yang panjang, hari yang memenatkan, tapi juga hari yang cantik, hari yang bermakna. Hari yang dipermudahkan. Allah memudahkan urusan kami, Dia juga memperkenankan kami mengambil pengalaman dan pengiktibaran dari hamba Nya yang lain.. cuma saya.. saya ini yang masih kurang syukurnya..

Allah pelihara kita semua.



Monday, February 09, 2004

Bertemu dan Berpisah kita.. Hanya kerna Allah jua..

In the Name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate.

Ahad, 8 Februari, lebih kurang jam 5.40 petang waktu tempatan Ireland, berlepas Kak Aida dengan pesawat (Ryan Air kot) ke London, untuk transit dan meneruskan perjalanan ke Bumi Malaysia.. Kami hantar sampai ke departure gate, tunggu sampai sudah betul-betul tidak nampak kelibat Kak Aida, baru beransur pergi!

Humm.. keadaan di airport, mula-mula memang diceriakan dengan tawa-tawa sekalian yang datang. Sambil menemani Kak Aida makan tengahari, (dan kemudiannya menyuapkan kami makan trifle, hehe) ambil-ambil gambar kenangan, bersembang-sembang meriah. Tapi, bila mula sesi bersalaman, ramai juga yang tak dapat menahan tangis, merah-merah muka! (huhu). Typical girls, u say? ;).

Bagi saya sendiri, sangat terharu sedih dengan perpisahan ini. Meski baru lebih kurang 5 bulan duduk serumah, namun ukhuwwah yang terjalin itu sangat mengesankan. Masa yang dihabiskan bersama, tak banyak, tapi berkualiti. Sebagai pelajar tahun akhir, Kak Aida memang sibuk untuk final exam. (pulang Kak Aida ini, for good. Mungkin bekerja di Sabah nanti, jika ada rezeki, in sya Allah). Selalu, Kak Aida yang menjadi 'ketua chef' memasak di dapur waktu Hari Raya. Sambut raya bersama dua kali, sempat juga dia menurunkan ilmu-ilmu memasak.. tunggu masa untuk saya amalkan aja ;). Juga, berkesempatan bersembang-sembang, bicara tentang banyak perkara ; she's really one of those good listener :). Banyak juga mengingatkan, menasihatkan.. macam kakak. Dan dari situ, terasa indahnya ukhuwwah yang terbina. Saya tak punya kakak (memang selalu inginkan kakak). Mungkin, itu yang membuatkan saya lebih menghargai ukhuwwah ini, ukhuwwah adik-kakak :).

+Buat Dr. Noraida Norawi, Syukran Jazilan atas jalinan ukhuwwah ini. Moga sentiasa berbahagia, berjaya dalam apa jua yang dilakukan, bersama Lindungan Rahmat, Ampun dan Redha Allah ar-Rahiim.

Cerita tadi, menghadiri 'meeting' (?) membincangkan tentang program charity anjuran Islamic Society [RCSI]. Mahu menganjurkan Charity Dinner, juga ada Charity Drive ~ (mahu jadi volunteer untuk bergerak di jalan-jalan minta derma dari orang ramai? pengalaman menarik ni! :-D), untuk mengumpulkan derma bagi saudara-saudara mangsa gempa bumi di Iran. Saya (dan Izham) memegang post sebagai Dinner Coordinator, tak punya pengalaman langsung. Anjur majlis kecil, majlis jamuan akhir tahun Kelab Taman Sumber Sains di sekolah dulu, pernah lah! Tapi tak apa, ini masanya untuk belajar, ambil pengalaman. Ramai AJK dari kalangan pelajar Malaysia sendiri, cuma Umar (dan kawannya, tak ingat nama) yang bukan. Saya insist on getting more arab students to involve in this program, dan minta Umar ajak lagi ramai 'geng' arab. Sebab mereka ramai dan it would be nice to have them to work with.. lebarkan lagi sayap ukhuwwah islamiyyah :). dan sebelum beransur balik, Abadi minta saya jadi MC untuk malam itu. Huda, Siha dan Wan pula kuat menyokong. Cepat saya menolak! Sungguh, tidak mahu, tidak yakin ~ low self-esteem, lagi sedikit stage fright. Maaf ya. Saya boleh bantu untuk cari orang lain, tapi tetap, saya tidak mahu! :p

p/s:pernah juga fikir-fikir. Niat mahu mengutip derma untuk yang malang itu mulia. Juga niat mahu menimbulkan rasa simpati (di kalangan yang hadir ~ muslims and non-muslims) dan insaf (lebih kepada muslims guests) juga baik. Cuma terfikir, selain dari dinner, ada cara lain tak? Rasa segan pula, mahu semarakkan rasa simpati pada mereka yang hilang tempat tinggal, tak tentu makan minum.. tapi kita yang hadir makan-makan (sedap) pula..?

Fikir-fikir.. guna akal kurniaan Allah untuk kebaikan :)

Allah Hafeez.



Friday, February 06, 2004

Senyum lagi ;)

In the Name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate..

Rasa macam baru sangat menulis pada hari Jumaat lepas, tup-tup dah Jumaat balik. Humm.. betapa cepat masa beredar, sampai kadang-kadang tak sedar. Kalau dulu-dulu pun (waktu di sekolah, kolej) dah rasa pantasnya waktu berlalu, nak dibandingkan dengan sekarang, super-duper laju! Dan sering juga, oleh kerana cepatnya waktu bergerak, kita yang tertinggal di belakang. Kalau memang tak menyediakan diri, habislah.. jauh ditinggalkan dan susah mahu catch up back with it. (cepat, lari pantas, lari laju! kejar balik agar mampu bersaing terus dengan waktu!)

Sembang lewat yahoo messenger dengan sahabat di Malaysia, sembang tentang kucing :-D. Suka sungguh dia dengan kucing, seperti juga adik-adik di rumah ; 'Abang' @ Muhammad Muzakkir dan 'Adik' @ Ahmad Muizzuddin. (rindu kamu berdua!). Itu, si Adik itu, sampai boleh membahasakan diri sebagai 'abang' bila bermain-main (berkomunikasi?) dengan seekor anak kucing hitam, dengan sedikit tompokan putih.. Pelik, berbau risau (Adik kurang sihat ke?) bila pertama kali mendengar begitu. 'Terlalu' mahukan seorang adik baru kah? Bila ditanya sama ada mahu adik baru atau tidak, cepat pula menggeleng tidak mahu.. Huh, tidak mahu adik (adik perempuan, terutamanya. Katanya, kalau punya adik perempuan, susah nanti. Asyik menangis, selalu merajuk.. :p), tapi boleh pula ber'abang-adik' dengan anak kucing? ah tapi, lama-lama, terasa 'comel' pula 'ukhuwwah' itu. Suci hati kanak-kanak, tidak payah-payah memilih, untuk memberi, menerima dan berkongsi kasih ~ hatta dengan si anak kucing :).




Gambar si kucing comel yang di emel kan, syukran *Dik :)
*Adik di malaysia. Saya punya ramai 'adik' di sini, juga di malaysia. Kadang-kadang, sampai rasa lebih tua dari usia sebenar :p.


Kucing senyum ini, jika ditunjukkan kepada Abang dan Adik, pasti mereka amat suka. Kemudian, berangan-angan, jika kucing itu dapat dimiliki, alangkah bagusnya. Berfikir-fikir nama yang paling sesuai. Kemudian lagi, berebut-rebut 'menjadi ketua pemilik' kucing itu pula! (huhu.. impian, anganan innocent anak-anak).

Senyum lagi.. sedangkan kucing pun tahu tersenyum, ini kan pula kita manusia. Punya banyak sebab untuk tersenyum ; Senyum syukur dan terima kasih atas ni'mat dan rahmat Tuhan, Senyum sabar dan redha atas ujian, Senyum menenangkan hati bila dihimpit beban, Senyum meleraikan kekusutan di fikiran.. Senyum menyihatkan =)

+cukup di sini dulu. Huda, Siha dan Zati menunggu untuk bersama ke Rico ~ makan! Jom ;)

Senyum lagi! =) :) :-) :D

Allah Hafeez.




Thursday, February 05, 2004

(beri apa saja title yang dirasakan sesuai)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sambung menulis.

Dua tiga hari kebelakangan ini, Dublin sangat windy. "Hari yang tak sesuai untuk pakai baju kurung", kalau mengikut istilah saya dan Siha ;). Waktu berjalan ke kolej, sempat kami menyenaraikan waktu-waktu yang sesuai dan tak sesuai untuk berbaju kurung di sini. Antara waktu yang kurang sesuai ; time winter terutamanya, juga hari-hari hujan. Spring dan summer, dua masa paling baik. Tiba-tiba saya teringat Kak Hanim (Kak Hanim yang comel, Kak Hanim yang riang, hehe). Tak pernah langsung memakai pakaian lain ke kolej, melainkan baju kurung! Biar hari itu hujan lebat, angin bertiup kuat, baju kurung juga yang disarung. Tak pernah dia merungut, tak nampak pun yang dia rasa disusahkan sebab berbaju kurung itu..(err.. saya pulak banyak aja alasan.. patut rasa segan).

*Terfikir pula, betapa sesuatu yang kita nak lakukan tu banyak sangat bergantung pada diri sendiri. Kalau kita nak, set minda betul-betul nak buat, maka in sya Allah akan terlaksana juga walau apa jua pun keadaan di persekitaran. Bila kita dah tetap, kuat azam dan keyakinan, in sya Allah! =)

Semalam (ada Biology Lab yang selalu merosakkan mood) pusing-pusing mencari Eircom ditemani Siha. Mahu terus bayar bil telefon yang tertunggak (selepas diberitahu Kak Yulia yang line telefon rumah sudah dipotong, huhu). Pergi ke Post Office, tak diterima kerana saya tak bawa bersama lampiran bil. Kata Kak Yulia, kalau terus bayar di Eircom boleh. Jalan-jalan lagi mencari, akhirnya jumpa. Tapi, juga tak diterima. Penat! (penat hati mengalahkan penat kaki). Uhuh, tambah memudarkan warna hari yang sememangnya sudah kelabu.. Kemudian, dengan minda-hati sibuk memikirkan tentang bermacam perkara, berjalan balik dari kolej melalui jalan jauh, lalu St. Stephen's Green Garden. Dah lama tak melintasi taman itu semenjak lalu jalan pintas. Jalan perlahan, ambil masa untuk beri peluang diri 'to tight back the loosened grip'.

Tapi itu lah, Allah tahu (Dia Maha Tahu) resah di dalam, dan Dia bantu menenangkan dalam cara Nya sendiri. Dekat dengan fountain, lalu seorang sister (dari Tanah Arab, tapi hati kuat mengatakan dari Iraq.. mengapa Iraq?), sambil senyum mulus, senyum ikhlas, senyum manis. Refleks lantas dizahirkan dengan juga menguntum senyuman balasan. Dalam masih tertanya, terus juga berjalan. Minda-hati masih berputar laju tapi sudah punya sedikit rentak, sedikit rima yang memandu. Dan sebelum sampai ke main gate, lalu pula seorang Pak Cik Irish, yang juga dari jauh sudah memberikan pandangan ramah, berselisih jalan dan memberikan senyuman baik. Senyum balasan lagi!

Senyum yang mudah, senyum yang simple. Tapi, senyum tadi senyum mengingatkan, senyum menyedarkan. Mengingatkan diri yang jika ada pun masalah yang dirasai, tidak sebesar ujian dan dugaan yang dirasai orang lain, muslim lain.. seperti di Iraq. Mengingatkan diri bahawa masih banyak kekurangan, kelemahan yang perlu dibaiki. Menyedarkan diri bahawa walau apa yang dialami, Rahmat Kasih Ampun Tuhan itu tetap bersama. Belas Ihsan Simpati Nya tidak terhitung banyaknya, dan tetap Dia ada bersama hamba yang mahu kembali. Betapa Dia bersifat ar-Rahman, walau kepada si Irish yang tidak beriman dengan agama Nya. Juga, menyedarkan diri betapa kuasa Nya, meliputi semua ~biar Sister bertudung yang patuh kepada Nya, juga si Irish yang 'buta'.. juga betapa Dia itu Maha Mengerti, walau apa yang dirasa jauh dipendam di dasar hati!

*Err.. bukan mahu meminta simpati ;). Cuma mahu berkongsi. Hakikat, kita tak boleh lari dari masalah. Jangan lari dari masalah. Jangan siksa diri dengan berpura-pura seperti tiada apa. Tidak pula bermaksud menyuruh supaya diberitahu masalah kepada semua, bukan. Mahu ajak semua, agar berlaku bijak dalam menangani masalah, jika ada :).



*Selalu panjatkan rasa syukur, rasa terima kasih, rasa penghargaan kepada Dia yang Maha Tahu, Maha Merasa, maha segalanya.

Allah Hafeez.



Monday, February 02, 2004

Sahabat @ Aidil Adha

Dengan Nama Allah, yang Maha Terpuji, Maha Mulia, Maha Segalanya.

Selamat Hari Raya Aidil Adha. Terlewat saya, maaf. Tapi, ruh Raya itu masih ada, kan? ;). Semoga ruh itu beri banyak rahmat kebaikan buat kita.

Semalam, seperti biasa, seperti di tahun-tahun sebelumnya, Laurel Lodge diserbu lagi! Memang, sudah macam satu tradisi, selepas beraya di Malaysia Hall, rumah kami menjadi sasaran. Seronok juga, ramai-ramai berkumpul. Untuk Aidil Adha kali ini, kami tidak masak banyak. Bihun sup, lontong (atau sayur lodeh), sedikit nasi impit dan satay, dan kuah kacang, dan agar-agar sirap, dan puding koktail, dan puding coklat! (sikit, kan? hehehe). Malam sebelum raya, hampir pukul 3 pagi baru tidur. Siang hari raya, meraikan tamu yang datang. Eh, bukan meraikan, kerana saya banyak 'menyorok' di dapur, buat-buat sibuk di belakang kerana tidak mahu ke lounge ;). Bukan apa, ramai sangat, tidak mampu memenuhkan lagi ruang yang sememangnya agak kecil (bukan sekadar alasan ya :p). Petang baru dapat peluang menziarah ke rumah teman lain, alhamdulillah. Terkenang Aidil Fitri lepas, tidak berkesempatan langsung!

Humm.. bising-bising menceritakan aktiviti semalam, bukan untuk apa. Cuma, ingin berkongsi meriah sambutan lebaran di sini. Meski tidak semeriah, tidak seperti di Malaysia, ruh nya, gembiranya tetap ada. Seronok, indahnya dalam konteks yang berbeza. Di kejauhan ini, banyak mengajar tentang erti mensyukuri, erti menghargai, dan macam-macam lagi. Syukur, walau yang ada tidak seberapa. Hargai, walau sekurang mana diperolehi. Juga tentang Persahabatan, ikatan persaudaraan yang cukup penting sebenarnya.

" Tidak sempurna iman seseorang itu hinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri."

Hadith famous yang selalu sungguh dipetik, sejak zaman sekolah dulu sampailah sekarang. Senang disebut, tapi susah sungguh untuk kita betul-betul kotakan apa yang diajak oleh Nabi itu. Untuk mengasihi sabahat sebagai mana kita mengasihi diri sendiri, payah itu. Tapi, kita boleh belajar. Belajar mengurangkan kepentingan diri, belajar melatih diri supaya lebih memberi daripada menerima, belajar menghormati bukan minta dihormati, belajar memahami bukan memaksa untuk difahami etc.. etc.. Walau mungkin masih belum mencapai tahap tertinggi, sekurang-kurangnya kita punya usaha untuk ke arah itu. Saya teringat kisah sahabat sekawan di medan perang, yang masing-masing beralah tidak mahu minum air, akhirnya semua syahid, tanpa dapat minum. Itu, siapa yang mampu berbuat begitu di zaman ini? Masih beralah, masih tidak mementingkan diri sendiri walau di ambang maut. (Sungguh, saya cemburu dengan persahabatan seumpama itu. Persahabatan berlandaskan Iman. Ingin sama merasa 'izzah punya ukhuwwah semantap mereka..).

Buat kawan, teman dan sahabat semua, terima kasih. Kita cuba ya, cuba untuk jadi sahabat yang baik, sahabat yang membantu di kala susah, sahabat yang membina, sahabat yang mengingatkan bila lupa, sahabat yang menegur jika salah, sahabat yang menyayangi kerana Allah, sahabat yang dijanjikan naungan 'arasy Allah di akhirat kelak, in sya Allah.



(ish.. rindu Izwah, Fara dan Azra! Moga kalian tenang bahagia, bersama lindungan Rahmat dan Kasih Allah.. doa agar Allah redha persahabatan kita. ini, aku akan cuba meningkatkan kualiti sebagai seorang kawan, teman dan sahabat!)

Allah Hafeez =)