Demedim Me

Sunday, February 11, 2007

Selamat Hari Lahir

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

//070207
Selamat Ulangtahun kelahiran ke 21 untuk adik WINDA ZULAIHA SHAHABUDIN (awin).

Didoakan semoga Ampun, Rahmat, Redha dan Hidayah Allah ta'ala menemani Awin sampai bila-bila ; pada setiap degup jantung, hela nafas, gerak kaki dan pada setiap keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Semoga berjaya mencapai cita-cita ; berbahagia di akhirat dan dunia, insyaAllah.

Awin adik Kak Yulia, senior saya di sini. We met once, awin datang bercuti ke Dublin beberapa tahun lepas. Sikapnya yang menghormati orang lain, peramah dan easy going menyebabkan kami cepat mesra. Saya, on the other hand, kadang-kadang lambat sikit nak berbaik-baik dengan orang baru.



Rasa macam agak ajaib, bila pada perkenalan yang singkat, kita boleh bercerita macam-macam. Dan berpisah selepas perkenalan yang singkat, kita boleh rasa sayang dan rindu. Heh.

So cik awin, maaf sebab lambat beri doa dan ucapan. Terus jadi hamba, anak dan adik yang solehah dan menenangkan hati semua orang ye. Allah Sayang Awin :)

Saturday, February 10, 2007

Satu dah balik, ramai lagi akan ikut


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Minta maaf banyak-banyak. Selamat balik. Sama-sama kita belajar rajin-rajin, jadi orang yang berguna pada agama, bangsa, semua-semua."

Pesan yang saya sampaikan, waktu memeluk Syarifah kali terakhir di Dublin Airport Rabu lepas, saya tujukan buat diri sendiri juga sebenarnya. Rabu lepas Syarifah berlepas pulang ke Malaysia, for good. Lebih daripada separuh rakan senegara sekelas saya akan pulang menyambung baki pengajian di Penang Medical College. Tinggallah 11 budak perempuan, dan beberapa kerat budak lelaki Melayu, meneruskan perjuangan di sini. Hummm..

Syarifah dan saya. Kami sebenarnya tak rapat sangat, tapi baik. Banyak pandangan, mungkin juga prinsip, yang berbeza. Bila kita saling menghormati satu sama lain, tak jadi masalah untuk kita get along very well. Kami sama-sama anak sulung. (tapi saya rasa syarifah lebih penyayang daripada saya, hehe). Jalan hidup, cerita berbeza.



Syarifah selalu jugak ke rumah saya, belajar sama-sama. Kami berkelana ke Brussels, Belgium dan Stockholm, Sweden bersama musim sejuk 2004 yang lepas. (kami hampir meninggi suara bersembang perihal pandangan dan pegangan politik tanah air di dalam bas dari Airport ke City Terminal, Stockholm. kami berbeza. tapi insyaAllah, beza itu yang memurnikan persahabatan kami)

Saya banyak belajar daripadanya. Bukan dari butir bicara. Memerhati dalam diam ; saya diajar berbaik sangka, sedar bahawa pertolongan dan Kasih Sayang itu Allah berhak beri kepada siapa yang Dia mahu. Terima Kasih.

It's going to be different, no doubt about that. Let alone the intensive clinical attachment that awaits all the students after new term starts on 19 February - monday next 2 weeks. Simply, school will not be the same without those familiar faces - which somehow make me feel comfortable and at ease by just being with them. (comfortable zone, it is)

Syarifah dah balik. 14 hb depan, satu kumpulan besar teman sekelas yang akan pulang. Tinggal saya.


Tuesday, February 06, 2007

10 juta maut menentang penceroboh

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

// Berita Harian 06022007


10 juta maut menentang penceroboh

PEPERANGAN menentang keganasan global yang didalangi Amerika Syarikat sudah meragut nyawa 10 juta penduduk dunia, tidak termasuk mereka yang mati akibat kemiskinan, kebuluran dan penyakit berikutan perang.


Sehubungan itu, sesi pertama Forum Antarabangsa Mendedahkan Jenyaah Perang: Menjenayahkan Perang sempena Perdana Global Peace Forum 2007 semalam menggesa masyarakat antarabangsa bertindak segera menghentikan kegilaan Amerika Syarikat sebelum ia menghancurkan dunia.

Pensyarah Ekonomi Universiti Ottawa di Kanada, Prof Dr Michel Chossudovsky, ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Ulasan Sejarah Mengenai Jenayah Perang", berkata semua serangan yang didalangi Amerika terhadap negara lain mempunyai hasrat tersembunyi.

"Tidak kira di Timur Tengah, Amerika Selatan atau di mana saja di dunia, kalau negara yang mengalami pergolakan itu kaya dengan sumber semula jadi seperti minyak atau hasil galian, kuasa besar itu sudah pasti campur tangan.

"Dalam tempoh 10 tahun lalu, Amerika memperuntukkan AS$17 bilion bantuan ketenteraan kepada sebuah negara (Israel) yang hanya berpenduduk tujuh juta orang sehingga ia kini adalah negara kelima terkuat dari segi peralatan peperangan dan pertahanan.

"Agendanya hanya satu iaitu menguasai sumber minyak tanpa mempedulikan nyawa perlu dikorbankan atau kemusnahan dilakukan," katanya.

Beliau menjelaskan, perkembangan ini memberi petanda Israel akan memainkan peranan strategik dalam mempertahankan bekalan minyak di Timur Tengah sebagai proksi kepada Amerika.

Chossudovsky berpendapat serangan Israel itu selari dengan ugutan Amerika terhadap Iran yang dituduhnya berusaha memajukan rancangan membina senjata nuklear, walaupun tuduhan itu tidak berasas.

Katanya, Iran seperti juga negara lain, berhak melaksanakan rancangan mengembangkan penggunaan tenaga nuklear untuk kegunaan aman seperti menjana elektrik, selaras dengan ketetapan yang dibenarkan agensi nuklear antarabangsa.

"Anehnya Amerika tidak senang dengan usaha Teheran itu dan menuduhnya mempunyai niat menggunakan teknologi terbabit untuk membina senjata nuklear.

"Amerika dan sekutunya seperti Britain dan beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) membenarkan Israel mempunyai senjata nuklear, selain senjata canggih lain termasuk senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang sudah pun digunakannya ketika menyerang Lubnan," katanya.

Sementara itu, pakar geosains dan radiasi, Dr Leuren Moret, berkata kecanggihan senjata perang sekarang, umpamanya yang menggunakan sisa uranium, mampu memberi kesan jangka panjang serius terhadap segala jenis hidupan di dunia.

"Debu radioaktif yang terdedah akibat penggunaan senjata ini boleh membawa pelbagai penyakit dan kecacatan bukan saja kepada mangsa, sebaliknya terhadap beberapa generasi seterusnya.

"Ramai yang tidak tahu bahawa debu radioaktif akibat Perang Teluk selama setahun di Timur Tengah ditemui menular ke Eropah, Amerika Britain dan boleh di katakan di segenap pelosok dunia dengan tahap bahaya yang sama.

"Perbuatan kuasa besar ini sudah menghukum generasi akan datang yang belum lagi lahir. Ini perlu dihentikan sekarang sebelum ada kelompok manusia yang pupus," katanya.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk Sisa Uranium: WMD Abad Ke-21, adalah saksi yang mendedahkan operasi Makmal Senjata Nuklear Livermore pada 1991 dan memberi keterangan dalam Tribunal Antarabangsa Mengenai Afghanistan pada 2003.

Seorang lagi ahli panel, bekas Anggota Kongres Amerika Syarikat mewakili Georgia, Cynthia McKinney dalam kertas kerja "Jenayah Perang: Perspektif Seorang Yang Membantah", berkata kuasa besar itu sanggup membunuh sesiapa saja bagi mencapai matlamatnya.

"Ini termasuk rakyat Amerika sendiri sekiranya perbuatan itu memberi alasan kukuh untuk menyerang negara lain atas alasan membendung keganasan. Ini sudah pun terbukti berulang kali dilakukan," katanya.



Sunday, February 04, 2007

:)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Subhanallah

Alhamdulillah

LailahaillaAllah

Allahu Akbar

I suppose, that's the perfect line to start off, all over again. It has been years (oh, ok. I am exxxxxagerating.) It has been months since I last post something up. (and the last post is not actually a "fresh" one) Dear, dear me.

What happen/s?

Oh well, they say ;

WHAT HAPPENS TO YOU IS NOT AS IMPORTANT AS WHAT HAPPENS IN YOU.

Agree.

p/s : 2 consecutive episodes of cold + flu, within the period of 30 days = sure is something to ponder about. Immunocompromised? "immunocompressed"? Kaffarah dosa, insyaAllah.



Allahumma ighfirlee wa li walidaiya
Allahumma 'afeeni fi badani