Demedim Me

Monday, January 17, 2005

Terbang tetap Terbang

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Terbang tetap Terbang.

Mulia,
si Ababil utusan Tuhan yang Murka.
(dan ia terbang)

Ajaib,
si Cenderawasih turun dari kayangan.
(dan ia terbang)

Gagah,
si Helang melayang di angkasa.
(dan ia terbang)

Gigih,
si Camar cuba mendekat mentari di ufuk senja.
(dan ia terbang)

Setia,
si Pungguk merayu rindu bulan.
(dan ia terbang)

Indah,
si Merpati putih berseri.
(dan ia terbang)

Dan kau Kupu-kupu Kecil,
Meski dipandang biasa,
(bukan ajaib, mulia tiada)
Biar dilihat kerdil,
(terlindung di balik kelopak bunga)
Biar diingat lemah.
(rapuh kepak terbang rendah)

Terbang tetap terbang!

(dan kau mampu memiliki sifat Ababil, Helang, Camar, Pungguk, Merpati.. Pada perkadaran dan kemampuanmu sendiri. Dengan kerja keras, usaha dan doa yang tak putus-putus)

Mulia, si Ababil mulia.
Kau si Kupu-kupu kecil,
Mulia mu menyebar debunga.

Ajaib, si Cenderawasih ajaib.
Kau si Kupu-kupu kecil,
Ajaib mu melakar ceria (di hati).

Gagah, si Helang gagah.
Kau si Kupu-kupu kecil,
Gagah terbang membelah bustan.

Gigih, si Camar gigih,
Kau si Kupu-kupu kecil,
Gigih mu menyaingi kumbang.

Setia, si Pungguk setia.
Kau si Kupu-kupu kecil,
Setia mu pada merah wardah.
(setia utama mu pada Tuhan Maha Mencipta, sesungguhnya!)

Indah, si Merpati indah.
Kau si Kupu-kupu kecil,
Indah sayap halus warna.

Terbang tetap terbang,
Kupu-kupu Kecil,
Terbang tetap terbang!



Allah Hafeez

Monday, January 10, 2005

tak sama tapi serupa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya pernah post entry ni somewhere in March, 2004 lepas.

Berteduh di bawah Hujan.

Aku berteduh di bawah cucuran hujan,
Berlindung di balik lebat titisannya yang kasar-kasar,
Berselimutkan dingin kuat hembus angin,
Ditenangkan oleh dentum bunyi, kilat guruh.

Hebat turunnya bagai dicurah-curah,
Dengus tiupnya seperti dikipas-kipas,
Sejuk sapaannya laksana kucupan puteri salji ;
Yang jadi tambah dingin dengan jejeran air mata hiba.

Betapa aku dambakan,
Untuk menangis sebegitu bersungguh ;
Waktu aku sujud menghadap Khaliqku.

Betapa aku inginkan,
Untuk menjadi sebegitu kasar ;
Waktu aku berkonfrontasi dengan musuh Imanku.

Betapa aku impikan,
Untuk berlagak sedingin mungkin ;
Agar mudah aku kecewakan pujukan Mazmumah itu.

Aku senang begini,
Walau kata mereka ;
“ Hujan ini bawa pilu di hati..”
“ Hujan ini merampas ceria..”
Aku simpati, tapi aku tak peduli,
Kerna aku jatuh sayang padanya.

Biar aku dilanda pilu,
Biar dirampas rona ceriaku sekarang,
Aku yakini bahawa nanti,
Akan ada Nur Bahagia yang melakar sejahtera,
Sepertimana wajib mentari mencorak cahaya selepas hujan berhenti.


Cerita lama, situasi berbeza, waktu tak sama.. Tapi perasaan yang serupa.

Wahai Tuhan yang Membolak-balikkan hati,
Thabatkan hati kami dengan Iman, Ya Allah.
Thabatkan hati kami dengan Iman, Ya Rahman.
Thabatkan hati kami dengan Iman, Ya Raheem.

Allah Hafeez.

Wednesday, January 05, 2005

(nak bubuh title ape ye?)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Alhamdulillah, selamat saya sampai kembali ke Dublin. Brussles dan Stockholm, kembara 5 hari 4 malam yang penuh erti :). Banyak cerita, pelbagai rasa.. (Hikmah Kembara <-- familiar? hehe, cam dalam komik kat alwancomics.com tu)

Esok, bermula balik sesi persekolahan. Module 2 akan dimulakan dengan dua kelas Biochem. In sya Allah, akan berusaha memperbaiki kualiti pembelajaran saya! In sya Allah!

Nasib baik kelas mula petang, sempat lah saya nak berehat dan berkemas lebih kurang. Bersemangat untuk esok!

*************************************

Dinding Hentian Metro Gamla Stan yang nampak merekah,
Flight FR 59 Ryan Air yang bergegar melanggar awan,
Kapal M/S Rygerford yang dioleng ombak Tasik Malaren.

Kalau "mati" kata Allah ;
akan ranap hentian,
atau menjunam garuda besi,
mungkin karam kapal tua.

Tapi Allah masih mahu beri pinjam nyawa.

Maka, hidup aku sampai ketika ini.

Syukur itu wajib.


Allah Hafeez :)