Demedim Me

Wednesday, June 23, 2004

Time Zone

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Pada jam sekian-sekian, minit sekian-sekian, saat sekian-sekian, saya masih mengikut waktu tempatan ini (Ireland) :



Kurang lebih 45 minit kemudian, saya 'diikat' waktu tempatan London (won't even bother to reset my watch).

Akhir sekali, nantinya selepas hampir 13 jam 'tidak berpijak ke tanah', saya akan kembali menggunakan waktu tempatan ini (yang telah sekian lama saya gunakan, kecuali 9 bulan kebelakangan ini) :



*Meski masa dan tempat membezakan, tiap saat kehidupan di bumi ini adalah anugerah Maha Pencipta. Anugerah yang padanya bukan hanya suka-suka, tidak sekadar sia-sia. Anugerah, yang bersamanya disertakan amanah : amanah khalifah juga amanah hamba..

".. Wahai Empunya langit dan bumi, dan setiap apa yang ada antara keduanya,
Wahai Yang Maha Mentadbir segala apa di Timur dan Barat,
Sesungguhnya hanya Engkaulah selayaknya kami sembah,
Hanya Engkaulah selayaknya kami tumpukan segala kecintaan,
Hanya Engkaulah selayaknya kami sandarkan pengharapan,
Kurniakan kami Ampun, Redha dan Kasih Mu,
Agar tenang menjadi milik kami, dunia dan akhirat.."


+macam tak percaya pulak, nak tinggalkan Dublin selama 3 bulan.
kita jumpa lagi in sya Allah, entry seterusnya dibawa khas dari Malaysia.. yeeha! ;)

Allah Hafeez =)

Tuesday, June 22, 2004

Syukur Itu Wajib

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kejayaan itu manis.. Kegagalan itu pahit.

Memang itu yang selalu dikata-katakan.
Dan memang benar pula, jika hanya disentuh secara kasarnya, jika hanya dilihat pada permukaan maksud jaya dan gagal itu, memang jaya temannya bahagia, sementelah gagal pengiringnya lara.
Kau menang dalam pertarungan, berjaya dalam ujian.. Kau kecap bahagia.
Kau kalah dalam pertarungan, gagal dalam ujian.. Hati kau lara.

Jangan cepat membuat kesimpulan tentang apa yang nampak jelas pada mata kasarmu.

(Syukur itu wajib.)

Namun, jika kau mahu menyentuh dengan halus, melihat lebih dalam, meneliti dengan telus, kau mungkin dapat memahami suatu yang lain dari kebiasaan. Mungkin kau akan sedari bahawa jaya tak semestinya bertemankan bahagia, dan gagal tak selalu diiringi lara.
Kau menang dalam pertarungan, berjaya dalam ujian.. Tapi kau bongkak merasakan kejayaanmu semata berasaskan dari usaha gigih dan kemampuan diri sendiri. Kau gembira meraikan keberhasilanmu tanpa sekelumit rasa syukur terima kasih. Kau lupa, kau leka.. Kau tidak kecap bahagia, tapi kau mengejar lara murka Tuhan!
Kau kalah dalam pertarungan, gagal dalam ujian.. Tapi kau tabah menerima. Kau pujuk hati, kau katakan bahawa ini dugaan, bukan rezeki mu kali ini. Kau katakan lagi, Allah mahu melihat di mana tahap redha dan sabarmu, meski kau berusaha sungguh-sungguh. Kau temui bahagia dalam tenang penyerahan hamba kepada Tuhan, dan kau usir jauh lara lemah perasaan manusia.

Jangan cepat membuat kesimpulan bahawa sesuatu yang tidak kelihatan pada mata kasarmu sebagai sama sekali tidak wujud.

(Syukur itu wajib.)



Terima Kasih, Tuhan. Aku sedar benar, jika aku cagarkan usahaku untuk memperoleh kejayaan ini, tidaklah aku layak untuk mengecap walau sepicing jua darinya. Aku tahu benar ya Tuhan, kebaikan yang diperolehi ini adalah semata-mata anugerah daripadaMU, daripada sifat Maha Pemurah, Maha Memberi, Maha Mengasihani dan Maha Melakukan segala-galanya..

Terima Kasih wahai Allah atas pemberian ini. Jadikan aku (kami) ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMU yang bersyukur. Dan masukkan aku (kami) dalam golongan orang-orang yang beruntung, yakni yang diberi kejayaan hakiki di akhirat kelak, juga jejayaan di dunia..


(Syukur itu wajib)
Allah Hafeez =).

Masih di Dublin

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Orang cakap : Penantian itu satu penyiksaan.

Ahai.. memang betul la pun.

Menunggu hari balik ke Malaysia.
Walau pun memang sudah pasti akan pulang juga ke Malaysia (in sya Allah), memang sudah sahih tercatat di tiket penerbangan MAS tarikh dan waktu bertolak dan tibanya, memang sudah mak dan abah berikan kepastian akan menjemput di lapangan terbang kelak (bersama adik-adik, jika mereka berjaya memujuk mak membenarkan mereka ponteng! hehe).. gelojak rasa menunggu masih ada ; tak sabar, seronok, rindu bercampur baur. Pergerakan jarum jam pulak macam lambat sangat. ish ish ish..

*Itu, menunggu perkara yang pasti pun masih terasa peritnya.. inikan pula menanti suatu perkara yang tak pasti..

Menunggu keluar result umtihan.
Yang ini, gelojak rasa berbeza benar dari menunggu yang atas (ahah, what do u expect? wink). Risau ada, exited pun ada.

".. Tuhan, Engkau berkuasa memberi kepada sesiapa sahaja di kalangan hamba MU, Wahai Yang Maha Memberi. Dan walau apa jua keputusannya, masukkanlah aku dalam golongan hamba-hamba MU yang bersyukur, sabar dan redha.."




Rancang untuk ke City Center selepas zuhur nanti, in sya Allah. Mahu tengok-tengok dan dapatkan beberapa lagi benda, mungkin menambah sedikit lagi buah tangan. Caroll's macam ada sale, good. Juga mahu ke ALDI, beli chocolate banyak-banyak. Nasib baik la ada pilihan chocolate ni, kalau tak mati kutu jugak lah nak belikan apa untuk adik-adik saudara.. Toblerone, Kinder Bueno, in sya Allah la diorang suke :).

Hadiah untuk orang-orang istimewa dah selesai, alhamdulillah.

Paling susah nak cari hadiah untuk Abah (memang tiap kali, pening fikirkan apa yg sesuai). Alih-alih, saya belikan sepasang kemeja biru di Arnott's semalam. Harap abah suka :).

Untuk Mak, tea set Churchill dan set memasakTefal.

Untuk adik-adik, mainly baju jugak. Rasanya, saya over spent on Muzakkir dan Muizzuddin, hehe.. Tak pe lah, sekali sekala. (can't help it. Blame on Toy's World! :p).

Untuk Uci (seerti dengan nenek. Ini bahasa Rawa), Uci sebelah Mak juga sebelah Abah, saya belikan glass chopping board dari Leeds. (ahah, i guess the message is pretty clear here : Uci, tolong masakkan kakak makanan yang sedap-sedap ye ;). or the more decent one : Uci, boleh tolong ajarkan kakak masak sedap-sedap macam Uci?)

Allah Hafeez =).


Sunday, June 20, 2004

Cuti (lagi).

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

'Pemergian' kali ini, saya belajar banyak perkara. (belajar tak semestinya dalam kelas, bukan?). Seawal waktu bertolak dari Dublin - kes miss flight - bersusun points yang mesti saya asing dan atur, untuk difikir-fikir dan diambil pengajaran, pengiktibaran daripadanya.

Kes miss flight.
11 Jun tu election day untuk ROI (Republic of Ireland). Tak tahulah atas sebab apa, tapi bas 46A untuk ke city center yang selalunya berlambak, yang selalunya melepasi bus stop setiap 5 minit, hari itu memakan masa saya hampir 20 minit menunggu di hentian bas Upper Leeson Street. Selain dari lalu lintas yang agak sesak, bas Airport Direct 747 juga tidak sampai tepat pada masanya (menyebabkan saya terpaksa menunggu seorang dalam hujan di hadapan Carrol's, tanpa payung, tanpa hooded jacket - menarik, hehe). Sesak lalu lintas berterusan di jalan ke lapangan terbang. Meski saya pasti akan dapat menaiki penerbangan jam 14.15 tersebut, tapi, saya tiba lewat 8 minit selepas check-in counter ditutup. (Ryan Air makin strict sekarang, wajib check-in 40 minit sebelum waktu penerbangan. Ryan Air boarders, please take note!! eh, jadi jurucakap tak bertauliah pulak :p).

Maka, melayanglah lagi €60 untuk mendapatkan tiket jam 18.05. (dah janji, mesti pergi!)

Walaupun banyak faktor yang mempengaruhi, tapi bagi saya, titik tolaknya adalah kelemahan diri sendiri juga. Dah tahu itu hari pilihan raya, sewajarnya saya keluar lagi awal.

Pengajaran lagi, jangan terlalu yakin sampai tak jejak tanah ; jangan terlalu optimis sampai jadi tak realistik.
(yang ini mungkin agak sedikit 'complicated' untuk diambil pengajaran dari kes kecil tertinggal flight, hehe)
Tapi kalian nampak kan apa yang saya maksudkan?

Selain itu, biasalah. Lepas melihat permandangan cantik-cantik, mesti terdetik di hati, akan kebesaran dan keagungan Pencipta yang mencipta cantik itu.
(ah, tentang ini, kita sambung nanti-nanti. Mungkin saya boleh ceritakan sedikit tentang Bradford, Leeds, Ilkley Moor dan York, kalau ada yang mahu tahu).

Satu lagi yang penting, sahabat yang rumahnya ditumpangi : Wan Nor Hafiza Wan Abd Ghani telah menunjukkan saya betapa mulianya tugas tuan rumah yang melayani tetamunya, dengan sebaik-baik layanan. Sungguh ni, sampai saya sendiri naik segan. Dan dari situ juga, saya belajar. Moga-moga dapat juga saya jadi tuan rumah yang baik juga untuk tetamu-tetamu saya :).

Syukran Wan.. meh la datang Dublin lagi :)

Lagi yang menarik, saya dah tambah lagi satu koleksi cd nasyeed, Shaam.
Yeyeyeyey!!

Spring Has Come.

Saya syorkan untuk para peminat nasyeed, terutama yang menyenangi nasyeed harmoni tanpa penguunaan alat-alat musik moden. Lagu-lagu dalam 3 bahasa : Inggeris, Arab dan Urdu.

*secara peribadi, i kind of love this album :).


Seronok jalan-jalan, tapi, saya tak dapat usir rasa lega dan seronok setelah selamat sampai kembalik ke Dublin. Rindu Laurel Lodge, rindu bilik yang cozy ni! ;)

Allah Hafeez =)

Friday, June 04, 2004

Cuti.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

>>Hari pertama cuti. (3 jun)

Seawal jam 4.30 pagi, Siha, Ila, Sharifah dan Zack meninggalkan "motel" Laurel Lodge untuk ke Dublin Airport, untuk penerbangan ke Manchacter jam 6 lebih.

Ila (housemate) : pegi dulu As, Lina.. babai.
*syaffa : babai, jalan leklok :)

Siha (housemate merangkap classmate): As, jangan rindu aku!
*syaffa : ahah, ko tu lah.. jangan rindu aku ;).

OK. 2 orang dari 6 penghuni rumah dah "hilang".

Lewat pagi, hari yang sama :

Lina (room-mate) : errr, As. Agak awal, tapi boleh tak aku turunkan beg dari atas attic? Tak pe kan? Tak 'psycho' kan?
*syaffa : eh, tak pe.. tak pe. Turunkanlah.
*syaffa thought : isn't that thoughtful? Lina mintak kebenaran saya untuk turunkan beg, takut-takut buat saya rasa sedih, sebab dia balik awal dari saya :)


Pastu tengok dia packing barang : Toys, Gifts : baju-baju, key chains..
Wahhh.. jeles la jugak rupenye ;)

>>Hari kedua cuti. (4 jun)

dan petang tadi Lina pulak keluar. Sleep over di rumah teman lain, sempena hari jadinya.

OK. That makes 3 out of 6.

Balance : Kak Yulia dan Kak Hanim.
Oh, these two lovely kakak! Memang jarang lekat kat rumah! huhu. Maklum, masing-masing dalam clinical years, banyak habiskan masa di hospital. dan untuk memudahkan pergerakan, diorang selalu tidur kat rumah kakak lain (dekat sikit ngan hospital).

So, 2 di UK + sorang di South Circular + 2 menghilang (seperti biasa) = 5.

Maka, tinggallah lagi seorang hamba Allah penghuni tetap Laurel Lodge.
Tapi, nasib baik Huda terima pelawaan saya untuk spend time kat umah ni. Tak la boring (baru 2 hari cuti!) sangat. (err.. hopefully, dia pun tak boring lah, hehe)

Dah habiskan Harry Potter : Book III dalam masa sehari setengah. Not bad, huh?
Berkira-kira untuk baca (err, ulang baca) Imam karya Abdullah Hussain, pemenang pertama Hadiah Novel Nasional 1992/1994. Jatuh hati dengan buku tu :). Tak pun, tulisan Zainab Al-Ghazali ; Hari-hari di dalam Hidupku ada menunggu. Buku ni, pada saya, perlu disertakan tumpuan dan penghayatan untuk betul faham dan ambil pengajaran dari bacaan. Bagus untuk latihan minda.

Oh ya, imtihan saya dah selesai, alhamdulillah :)
Sekarang, doa dan tawakkal!

"Katakanlah Ya Allah pemilik kekuasaan alam buana. Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau suka. Engkau merampas kekuasaan itu dari siapa sahaja yang Engkau mahu. Engkau berkuasa memuliakan dan menghinakan siapa yang Engkau mahu. Di tangan Mu (wahai Allah) segala kebaikan dan kekayaan. Sesungguhnya Engkau berkuasa untuk berbuat apa sahaja terhadap apa sahaja. Engkau menabirkan siang dengan malam. Dan malam pula Ebgkau berkuasa menabirkannya dengan siang. Engkau menabirkan suatu yang hidup dari suatu yang kaku/mati, sebagaimana Engkau melahirkan yang kaku/mati dari sesuatu yang hidup. Engkau memberi rezeki tanpa berhitung kepada siapa sahaja yang Engkau mahu."


Rancang cuti anda dengan bijak, agar tak terbiar kosong!
*buku ni, buku tu, buku tu pulak, buku nun ;) ;).
kemudian, 'selongkar' koleksi majalah lama di bawah. Nampak Ujang, Lanun, Muslimah!!
hah, Spirited Away, Princess Mononoke, Castle in the Sky! best, best :D

+Allah Hafeez =)