Demedim Me

Tuesday, September 19, 2006

Sibuk

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Hari tu, perasan status YM sorang adik (sahabat akhirat, dunia.. amin, in sya Allah):

SIBUK ialah nama lain untuk KEHIDUPAN YANG BERMAKNA


sibuk di dunia kerana Allah, begitukan yang sepatutnya? moga-moga di akhirat nanti, ada rehat panjang yang tak menjemukan.

//cuma, kadang-kadang(selalu-selalu) saya sibuk dengan diri sendiri!


Sunday, September 17, 2006

Pantai Kasih Rabbi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Pantai Kasih Rabbi

Menyusur pantai sore kelmarin
rasa mahu sentiasa dekat
dengan langit biru, ikhlas
dengan air dingin, tabah
dengan ombak mendatang, setia
dengan pepasir berpijak, redha
bukti Rahmat Dia

Terima kasih pada laut
memberi ruang hamba mengingat Pencipta
kepingin benar mahu kembali
mengulang jejak mencari diri
izinkan, Tuhan
sampai bila-bila nanti
berjalan di pantai kasih Rabbi
selepas mati

2 Jun 2006

Tuesday, September 12, 2006

Al-Andalus Menangis ll

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

//Al-Andalus Menangis [versi Demedim Me]



Photobucket - Video and Image Hosting


Saya rasa saya suka menulis. Macam boleh cerita dan sampaikan banyak perkara, yang saya rasa agak susah nak diluahkan dalam bentuk ucapan. Mungkin sebab kurang mahir dalam cakap-bercakap kot. Dan jugak, ada perkara yang saya tak mahu orang sekadar dengar, tetapi saya nak orang rasa apa yang nak sampaikan (atau yang saya alami). Kalau dalam alam blog-memblog ni, kadang-kadang bila membaca tulisan sendiri, banyak benda yang bermain di minda. Hmmm.. bukan sekadar menulis untuk dibaca orang lain, tapi sebenarnya untuk peringatan diri sendiri (ketuk sikit kepala dan hati).

Selama ni saya tak pernah serius dalam menulis, maksud saya, saya tak pernah nak masuk apa-apa pertandingan, atau ada usaha nak mengenengahkan hasil tulisan, tak jugak join apa-apa kelab/persatuan untuk belajar bab-bab penulisan ni. Saya menulis untuk simpanan sendiri, dan oh, yang paling selalu, "menulis dalam kepala" aja.

Sampailah Fahd Razy tubuhkan Grup Karyawan Ireland (GKI), yang nama sekarangnya Grup Karyawan Luar Negara (GKLN), sebab keanggotaan dah bertambah, bukan setakat dari Ireland/UK saja, tapi boleh dikatakan dari seluruh pelusuk benua. Fahd Razy yang ajak saya dan beberapa orang sahabat, antaranya Cik Adik Bint Al-Huda untuk jadi moderator terawal dalam yahoogroup kumpulan.

To cut a long (and mundane) story short, Fahd Razy pelawa saya untuk sertai projek antologi puisi kecil-kecilan hasil uasaha GKLN dan e-sastera. Maka, setelah berkerja keras, alhamdulillah, terhasillah Al-Andalus Menangis ini. Wah, tak senang rupanya nak menerbitkan buku, apatah lagi yang melibatkan ramai orang. Saya sendiri pun, rasanya, banyak menyumbangkan kepada sakit kepala pihak pengurusan {maaf, encik pengantin baru ; Fahd Razy ;)}

Ada 6 sajak yang saya tulis dalam Al-andalus Menangis. Nak dijadikan sebab, kerana nama pena saya bermula dengan huruf A, maka sajak-sajak saya ditempatkan yang pertama dalam koleksi karya 20 penyumbang. Bagus ke macam tu?

Jadi, untuk sesiapa yang berminat nak mendapatkan Al-Andalus Menangis ni, boleh hubungi saya sendiri di assyaffa_doc@yahoo.com atau boleh hubungi nama-nama teman yang tertera dalam iklan Al-Andalus Menangis [versi asal] tu. :)

Oh, peribadi dari saya, janganlah harap hasil karya yang hebat-hebat sangat ye, al-maklumklah, kami (saya) budak-budak baru belajar ;)

Salam Hormat,
assyaffa :)




Al-Andalus Menangis l

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

//Al-Andalus Menangis [versi asal]



Photobucket - Video and Image Hosting


"rata-rata sajak yang dihasilkan oleh anak muda yang menggelarkan diri mereka penyajak GKLN ini bergerak dengan rasa kerinduan yang teramat sangat. Hal ini mungkin boleh disamakan dengan keadaan yang berlaku di Indonesia. Keagresifan melahirkan, melaungkan nada kekecewaan, kegagalan, dan ketidakpuashatian hati seakan-akan membobot pemikiran kumpulan GKLN ini. Daripada kelompok ini lahirlah satu gerakan yang menentang sekular dan feudal barat. Nuansa dan pemikiran Islami tersebati sebagai benteng diri."
-Shamsudin Othman-


Antologi puisi pertama Grup Karyawan Luar Negara berjudul Al Andalus Menangis kini sudah berada di pasaran . Kesemua puisi dihasilkan oleh para pelajar luar negara termasuklah 13 orang bakal doktor perubatan di serata dunia. Menampilkan hampir 129 buah puisi daripada 20 orang penulis muda GKLN termasuklah:


1) Assyaffa (Dublin, Ireland)
2) Asyrafdini (Amman, Jordan)
3) Ainun Nazrin KZ (Dublin, Ireland)
4) Atikah Azit (Dublin, Ireland)
5) Bint Al-Huda Kamarudin (Dublin, Ireland)
6) Fahd Razy (Dublin, Ireland)
7) Fazleen Razali (KMB)
8) Fieza Nur (Dublin, Ireland)
9) Firrus Hayat (Cork, Ireland)
10) Hafez Iftiqar (Melbourne, Australia)
11) Ida Sakinah Muhammad (Southampton, UK)
12) Kausar Jiwa (Loughborough, UK)
13) Khadijah Khalilah Abdul Rashid (Morocco)
14) Khairiah Jaafar (Dublin, Ireland)
15) Mardhiah Masharuddin (Galway, Ireland)
16) Mohd Bakri Bakar (Dublin, Ireland)
17) Muharikah (Dundee, Scotland)
18) Nur Firdaus Mohd Rus (Moscow, rusia)
19) Nurani Haza (Wellington, New Zealand)
20) Syarifah Salha Syed Ahmad (Al Azhar, Mesir)

untuk tempahan boleh hubungi saudari Syarifah Salha Syed Ahmad di syarifahsalha@yahoo.com/ 0126059320 atau layari http://esastera.com/kedai/

atau emel kepada fahd_razy@yahoo.co.uk (Ireland)

di New Zealand hubungi Huda Zakaria, tecolpet@yahoo.com (hp :+6421 1519249 )

di United Kingdom hubungi Kausar Jiwa, kausar87@yahoo.co.uk (hp :+44 7716924782 )

di Australia hubungi Hafez Iftiqar, hafeziftiqar@yahoo.com

Kembali

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Kembali (macam tajuk nasyid pulak, heh)

Saya dah selamat kembali ke Dublin selepas lebih kurang bercuti 2 bulan lebih di tanah air tercinta ;), alhamdulillah. Dan rasanya, dah lama betul tak menulis apa-apa kat blog ni, haish.. jadi saya kembali nak menulis, bi iznillah. Macam banyak yang nak kongsi, cerita, (membebel).. we'll see, mana-mana yang sempat.

Until then, saya doakan kebaikan buat semua yang menziarahi "tempat" saya ni, dan salam untuk semua dengan lafaz yang mulia :

Photobucket - Video and Image Hosting

{Allah Ta'ala telah berfirman (di dalam hadith qudsi) :
Tidak ada suatu cara yang lebih sesuai untuk hambaKu menghampirkan dirinya kepadaKu dengan seumpama mereka melakukan ibadat yang Aku fardhukan kepada mereka, dan sentiasa seorang hamba menghampirkan diri kepada Aku dengan menambah amalan yang sunat-sunat (setelah mereka lakukan yang fardhu-fardhu) sehingga Aku mencintainya, maka apabila aku mencintainya maka Akulah pendengaran yang ia mendengar dengannya dan Akulah penglihatan yang ia melihat dengannya dan Akulah lidahnya yang ia bercakap dengannya dan akulah tangannya yang ia menyentuh dengannya dan Akulah kakinya yang ia berjalan dengannya.}

(Hadith riwayat Bukhari daripada Abu Hurairah)


Allah Hafeez :)