Demedim Me

Wednesday, December 29, 2004

Quick note

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Takziah (dan Al-Fatihah) untuk mangsa-mangsa bencana Tsunami.

Mak yang beritahu berita ini, waktu saya hubungi ahad lepas. Seingat saya, sepanjang hidup, tak pernah-pernah negara kita dilanda dengan ombak besar dan gegaran yang mengakibatkan kemalangan nyawa. Sekadar gegaran kecil, adalah rasanya.

Di sini, dapat juga informasi dari berita televisyen tempatan, meski banyak laporan adalah berkenaan Sri Lanka. Kedengaran juga nama Malaysia disebut dua tiga kali. Dan dari sumber internet, banyak gambar-gambar menunjukkan situasi yang menyayat hati ; mayat-mayat bergelimpangan, rumah ditenggelami air, ibu meratapi pemergian anak.. (sayu)

Negara jiran terdekat, juga merupakan negara yang mempunyai penduduk muslim paling ramai, Indonesia, diduga lebih hebat dengan mencatat angka kematian yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia.

Desperate residents on Sumatra also looted stores in Banda Aceh on Tuesday. “There is no help, it is each person for themselves here,” district official Tengku Zulkarnain told el-Shinta radio station.

read full text here


Ma sya Allah. Belum datang lagi Hari Perhitungan, tapi bayangnya sudah ada.

Kita yang (alhamdulillah) masih hidup, ambil peringatan.

Kita yang diuji, sabar dan redha.
(..la yukallifu 'lLahu nafsan illa wus'aha..)

Allah Hafeez

Thursday, December 16, 2004

siri entri santai : Destinasi Cinta

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

"Dan jika ia datang kepada Ku berjalan,
Maka Aku akan mendatanginya sambil berlari."

Hadith Qudsi


Destinasi Cinta - Mestica

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati

Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah……

+Dedikasi buat Kak Yulia Ulfa dan teman, Syarifah Noor :)

*extra : boleh dikatakan, sepanjang waktu 'pembelajaran intensif' (baca : last minute study!), 3 nasyeed ini yang saya ulang dengar. Oh, dan Destinasi Cinta berada di tempat pertama 40 yang paling selalu dimainkan (Top 40 most played) iTunes saya, meski baru 3 minggu memasuki carta menewaskan lagu-lagu lain. heh

*eh, dari 3 nasyeed, 2 nasyeed tajuknya ada perkataan cinta?
Oh, ini tentang Cinta Agung lah!


Picture 1

Selamat bercuti!
Allah Hafeez =)

Friday, December 10, 2004

Kene tembak!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Khamis lepas, selesai satu ujian ; Oral Exam for Anatomy.

(How was it, you asked?)

Alhamdulillah. Not perfect but not too bad :).
Syukur itu wajib :) :).

Berjalan balik dari kolej, melalui kawasan perumahan, atau lebih tepat flat yang menempatkan warga kota Dublin yang '*kurang bernasib baik'. Dari jauh saya dah nampak, seorang budak perempuan berambut perang diikat pony tail, berbaju merah jambu dalam lingkungan usia 7-8 tahun, 'menembak sasar' kenderaan (termasuk basikal) yang lalu lalang di jalanan dengan pistol air. Kemudian, seorang budak lelaki pula kelihatan, memandang sekilas ke arah saya lantas menarik adiknya (rasa saya lah) ke belakang pohon pagar.

(Berkomplot. Berlindung. Mahu serang hendap?)

Ah, sudah. Laluan saya nanti akan melintasi mereka. Mahu seberang kembali ke jalan sebelah sana, kereta bertali arus. Nampak sangat pulak yang saya mahu mengelak bertembung dengan mereka. (bukan takut la, hehe)..

Saya berjalan terus. ".. kalau kene tembak ni, anggap sebagai kifarah dose. kalau tak kene, alhamdulillah! tapi cam mustahil je tak kene.."

(Hah, kene tembak ke tak? Basah? <-- Awak tanye eh?)

Hehe.. of course la kena tembak. Tapi tak basah sangat, outer coat je jadi mangsa. Alhamdulillah. Alhamdulillah lagi, sebab saya tak merungut-rungut marah. Dan, alhamdulillah jugak sebab Allah bagi nikmat untuk senyum selepas kene tembak tu. (hehe, macam kelakar pulak, kene tembak ngan pistol air, oleh penyerang hendap! hehe)

Alhamdulillah, moga dengan itu, dosa-dosa kecil saya Allah berkenan untuk ampunkan.

*kurang bernasib baik = warga yang tak de sumber pendapatan sendiri, diberi bantuan kewangan, tempat tinggal oleh kerajaan dalam amaunt yang agak lumayan.

******************************************

Saya di sini,
Jaket terpercik titis halus air dari pistol sembur mainan anak-anak.

Saudara saya di sana,
Basah merah oleh darah dan air mata..
Entah segala macam jenis nama senjata api,
Merobek jasad,
Luka parah jiwa.


(..dan masih saya masih boleh mengeluh atas ujian kecil yang kadang-kadang datang menerpa..)

ku akui diri ini,
hamba yang mungkir pada janji-janji.

Thursday, December 02, 2004

Angin (dan hujan).

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Angin adalah sebahagian dari rahmat Allah. Kadangkala angin tersebut membawa rahmat dan kadangkala angin tersebut membawa bencana. Apabila kamu sekalian melihat angin, maka janganlah kamu mencacinya, mohonlah kepada Allah akan kebaikan angin tersebut dan mohonlah perlindungan diri kepada Allah dari kejahatan angin tersebut.

(Hadis riwayat Abu Daud).


Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari memaki angin dan fenomena alam yang lain kerana semuanya berjalan mengikut perintah Allah s.w.t dalam ruang lingkup masing-masing.
2- Berlindung dan merendah diri kepada Allah s.w.t ketika menyaksikan fenomena alam yang buruk dan menakutkan.
3- Galakan supaya berdoa dengan doa yang warid ketika melihat angin bertiup kencang.
4- Memaki dan mencela adalah bukan dari akhlak seorang muslim walaupun terhadap makhluk lain selain dari manusia.

(dicedok dari e-Pondok Nusantara.)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Akhir-akhir ni, Dublin makin sejuk. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas (seingat saya), 'angin dingin' tiba lebih awal bagi tahun 2004. Berjalan ke kolej siang tadi bersama Syarifah (sambil study anatomy ; hand :D), habis merah tangan (iyelah, had to show the surface markings of tendons on the dorsal and palmar aspect of the hand. Semangat!). Merah tangan, kebas pipi, heh.

Angin?
Oh, angin Dublin sentiasa ada ; ramah menyapa. Hujan, kadang-kadang menyampuk sama. Kombinasi angin dan hujan Dublin selalu mendatangkan resah ; dingin mencucuk dan basah tak selesa.

Tapi dalam dingin dan basah itu, kerap juga saya temui bahagia. Atau, temui tenang, lebih tepat. Boleh juga dikatakan menemui tenang itu menemui kegembiraan. Ah, gembira itu sama juga dengan riang, bukan? heh.

Yang pasti, perasaan itu perasaan positif dan indah, yang saya yakini merupakan anugerah. (mungkin, titisan hujan yang turun itu secara batinnya menyuburkan kembali hati kontang saya. dan boleh jadi, hembus angin itu secara mistiknya memadamkan lahar noda dan belerang derhaka saya. siapa tahu Rahsia Allah?)

Wa Allahu 'alamu bissawaab.

Waktu kecil dulu, bila hujan turun, untuk beberapa ketika saya pasti diam menyendiri. Dalam hati berbicara, memberitahu diri bahawa bersama hujan yang turun itu ada malaikat pemberi rezeki (dengan perintah dan izin Tuhan) mengiringi. Ada ketikanya, saya langsung mendongak ke langit, melihat dengan penuh harap, kagum, kasih.. bersih hati anak kecil?

.. dan meningkat dewasa ini, banyak yang sudah berubah hilang ..

Allah Hafeez.