Demedim Me

Friday, December 10, 2004

Kene tembak!

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Khamis lepas, selesai satu ujian ; Oral Exam for Anatomy.

(How was it, you asked?)

Alhamdulillah. Not perfect but not too bad :).
Syukur itu wajib :) :).

Berjalan balik dari kolej, melalui kawasan perumahan, atau lebih tepat flat yang menempatkan warga kota Dublin yang '*kurang bernasib baik'. Dari jauh saya dah nampak, seorang budak perempuan berambut perang diikat pony tail, berbaju merah jambu dalam lingkungan usia 7-8 tahun, 'menembak sasar' kenderaan (termasuk basikal) yang lalu lalang di jalanan dengan pistol air. Kemudian, seorang budak lelaki pula kelihatan, memandang sekilas ke arah saya lantas menarik adiknya (rasa saya lah) ke belakang pohon pagar.

(Berkomplot. Berlindung. Mahu serang hendap?)

Ah, sudah. Laluan saya nanti akan melintasi mereka. Mahu seberang kembali ke jalan sebelah sana, kereta bertali arus. Nampak sangat pulak yang saya mahu mengelak bertembung dengan mereka. (bukan takut la, hehe)..

Saya berjalan terus. ".. kalau kene tembak ni, anggap sebagai kifarah dose. kalau tak kene, alhamdulillah! tapi cam mustahil je tak kene.."

(Hah, kene tembak ke tak? Basah? <-- Awak tanye eh?)

Hehe.. of course la kena tembak. Tapi tak basah sangat, outer coat je jadi mangsa. Alhamdulillah. Alhamdulillah lagi, sebab saya tak merungut-rungut marah. Dan, alhamdulillah jugak sebab Allah bagi nikmat untuk senyum selepas kene tembak tu. (hehe, macam kelakar pulak, kene tembak ngan pistol air, oleh penyerang hendap! hehe)

Alhamdulillah, moga dengan itu, dosa-dosa kecil saya Allah berkenan untuk ampunkan.

*kurang bernasib baik = warga yang tak de sumber pendapatan sendiri, diberi bantuan kewangan, tempat tinggal oleh kerajaan dalam amaunt yang agak lumayan.

******************************************

Saya di sini,
Jaket terpercik titis halus air dari pistol sembur mainan anak-anak.

Saudara saya di sana,
Basah merah oleh darah dan air mata..
Entah segala macam jenis nama senjata api,
Merobek jasad,
Luka parah jiwa.


(..dan masih saya masih boleh mengeluh atas ujian kecil yang kadang-kadang datang menerpa..)

ku akui diri ini,
hamba yang mungkir pada janji-janji.