Demedim Me

Thursday, December 02, 2004

Angin (dan hujan).

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Angin adalah sebahagian dari rahmat Allah. Kadangkala angin tersebut membawa rahmat dan kadangkala angin tersebut membawa bencana. Apabila kamu sekalian melihat angin, maka janganlah kamu mencacinya, mohonlah kepada Allah akan kebaikan angin tersebut dan mohonlah perlindungan diri kepada Allah dari kejahatan angin tersebut.

(Hadis riwayat Abu Daud).


Kesimpulan Hadis:

1- Larangan dari memaki angin dan fenomena alam yang lain kerana semuanya berjalan mengikut perintah Allah s.w.t dalam ruang lingkup masing-masing.
2- Berlindung dan merendah diri kepada Allah s.w.t ketika menyaksikan fenomena alam yang buruk dan menakutkan.
3- Galakan supaya berdoa dengan doa yang warid ketika melihat angin bertiup kencang.
4- Memaki dan mencela adalah bukan dari akhlak seorang muslim walaupun terhadap makhluk lain selain dari manusia.

(dicedok dari e-Pondok Nusantara.)

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


Akhir-akhir ni, Dublin makin sejuk. Kalau nak dibandingkan dengan tahun lepas (seingat saya), 'angin dingin' tiba lebih awal bagi tahun 2004. Berjalan ke kolej siang tadi bersama Syarifah (sambil study anatomy ; hand :D), habis merah tangan (iyelah, had to show the surface markings of tendons on the dorsal and palmar aspect of the hand. Semangat!). Merah tangan, kebas pipi, heh.

Angin?
Oh, angin Dublin sentiasa ada ; ramah menyapa. Hujan, kadang-kadang menyampuk sama. Kombinasi angin dan hujan Dublin selalu mendatangkan resah ; dingin mencucuk dan basah tak selesa.

Tapi dalam dingin dan basah itu, kerap juga saya temui bahagia. Atau, temui tenang, lebih tepat. Boleh juga dikatakan menemui tenang itu menemui kegembiraan. Ah, gembira itu sama juga dengan riang, bukan? heh.

Yang pasti, perasaan itu perasaan positif dan indah, yang saya yakini merupakan anugerah. (mungkin, titisan hujan yang turun itu secara batinnya menyuburkan kembali hati kontang saya. dan boleh jadi, hembus angin itu secara mistiknya memadamkan lahar noda dan belerang derhaka saya. siapa tahu Rahsia Allah?)

Wa Allahu 'alamu bissawaab.

Waktu kecil dulu, bila hujan turun, untuk beberapa ketika saya pasti diam menyendiri. Dalam hati berbicara, memberitahu diri bahawa bersama hujan yang turun itu ada malaikat pemberi rezeki (dengan perintah dan izin Tuhan) mengiringi. Ada ketikanya, saya langsung mendongak ke langit, melihat dengan penuh harap, kagum, kasih.. bersih hati anak kecil?

.. dan meningkat dewasa ini, banyak yang sudah berubah hilang ..

Allah Hafeez.