Demedim Me

Wednesday, November 24, 2004

*Chairu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bicara lewat Yahoo Messenger dengan Abang dan Kakak di Malaysia semalam. Patutlah lama tak nampak Kakak online, semalam merupakan hari pertamanya kembali berkerja selepas cuti 3 minggu.



Kakak khabarkan berita sedih ; dia keguguran. (Ya Allah)

Kata Kakak, mungkin bukan rezeki mereka kali ini.

Sedih. Mesti sedih.
Namun, mengenali mereka, saya tahu, mereka pasti tabah.

Sebenarnya, saya baru kenal dengan Kakak, selepas perkahwinannya dengan Abang awal tahun ini. Sementelah suaminya saya kenali jauh lebih awal, seawal tahun 2000. Dia merupakan super senior saya di sekolah, dan sejak itu, kami berhubung baik. (banyak mengajar, banyak mengingatkan, banyak membantu)

Selama mengenali Abang, saya hormat segala-galanya tentang dia. Beriman, lembut dan tenang. Justeru, dari kenal Abang, saya yakin saya dapat kenal Kakak. Sebab, saya yakin amat dengan janji Allah, Dia menyatukan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Berpegang dengan keyakinan itu, saya tahu yang mereka mampu menanggung pedih luka ini. Saya tambah yakin, ujian ini tanda sayang dan cinta Allah pada mereka.


Tambah Kakak lagi, dia masih perlu menjalani fasa berpantang.

Berpantang seperti yang dilalui oleh isteri yang baru bergelar ibu sudah cukup memeritkan. Namun, bagi ibu, peritnya seolah sirna apabila memandang bersih indah wajah si anak. Hilang peri sakit melahirkan, berganti syukur nikmat bahagia. Perihal ayah baru pula, pasti bertambah cinta sayang pada isteri, kerana menghadiahkan cahaya mata penyejuk jiwa.

Tapi.. Tapi, dalam hal Kakak, bukan itu yang berlaku. Saya tidak tahu apa keadaan sebenar gelojak perasaan yang dia alami. Mungkin kecewa, mungkin pilu, mungkin hampa, mungkin sayu.. (walau tak pernah mengalami) normal akal fikiran dan halus perasaan manusia mengatakan, semua perasaan itu sempat singgah mengunjungi Kakak dan Abang. Lebih-lebih lagi ibu, yang di dalam rahimnya Allah tumpangkan janin kecil bernyawa, sebelum Allah jemput jiwa suci bersih itu kembali ke pangkuanNya di alam penuh tenang abadi. Pertalian cinta kasih ibu dan anak dalam kandungan yang telah tersimpul mati pasti menyukarkan lagi perpisahan.

Meski tiada genggaman kejap tangan si kecil, tiada juga suara mahupun tangisan, apalagi wajah nan comel menyapa mata, saya tahu yang perit berpantang Kakak pasti tetap pergi. (bila mana segala perit dan sakit, pedih dan hampa, kecewa dan luka, Kakak sapu dengan sutera penyerahan, pengabdian yang tinggi kepada Allah Rabbul 'Izzati)

Meski tanpa kehadiran permata hati kecil, saya tahu kuntuman murni cinta Abang buat Kakak pasti memekar harum mewangi.
(bila mana segala perit dan sakit, pedih dan hampa, kecewa dan luka, Abang sapu dengan sutera penyerahan, pengabdian yang tinggi kepada Allah Rabbul 'Izzati).

Buat Kakak dan Abang (walau tahu kalian tidak akan pernah sampai ke sini),
Sabar dan tabah ya!
Ini dugaan,
buat meninggi Darjat di sisi Tuhan.

Tanam puing-puing kecewa,
Biar tumbuh jadi gunung bahagia.

(Si Kecil itu menunggu ummi dan abinya di syurga!)

*Chairu (japanese) = kelabu
Redha Allah bersama redha ibu ayah..
Allah Hafeez.


Monday, November 22, 2004

Hidup, tapi mati? ye?

(setiap satunya, aku lakukan untukMU, keranaMu.. dengan namaMU yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

"All humans are dead except those who have knowledge ...
And all those who have knowledge are asleep, except those who do good deeds ...
And those who do good are deceived, except those who are sincere ...
And those who are sincere are always in a state of worry"

Imam Shafi'ie


Hidup, tapi mati la pulak?
Ilmu, ada. Sikit atau banyak? Itu bukan soal utama. Yang penting, sikit ke, banyak ke, ilmu tu kita perlu untuk 'hidup'. Dah tau ilmu kita sikit, moh la kite usaha menambahnye ye.. (belajar! belajar! belajar!)

Berilmu, tapi tidur la pulak?
Ilmu yang sikit, kita beramal dengannya, sampaikan dan buat perkara baik. Ilmu yang banyak, lagi lah kene beramal, sampaikan dan berbuat baik. Tak mo la kite masuk dalam golongan 'pokok yang tak berbuah'. Sebab ade pepatah arab tu cakap : ilmu tanpa amal, macam pokok tak berbuah. (amal! amal! amal!)

Sedar, tapi sesat la pulak?
Ilmu yang sikit, ilmu yang banyak, beramal dan sampaikan, dan berbuat baik. Nak ingatkan, kite kene ikhlas. Ikhlaskan niat, ikhlaskan matlamat, ikhlaskan hati, ikhlaskan apa-apa yang kita patut ikhlas. Kalau tak ikhlas, kita boleh sesat dalam niat dan amal. (ikhlas! ikhlas! ikhlas!)

Ler, dah ikhlas pun masih dalam keadaan berjaga-jaga?
Itu, yang ada ilmu, beramal pulak dengan ilmu, sampaikan pade orang lain, berbuat baik, ikhlas pun masih tak duduk selesa, inikan pulak (kita) yang takde/kurang ilmu, kok ade sikit sebanyak ilmu pun tapi tak amal, dah kurang beramal make kurang le menyampaikan .. ye dak? Berbuat baik <-- masih boleh dipersoal, ade pulak tambahan berbuat jahat. Ikhlas? Ini memasing lagi tahu diri sendiri kat state mana. (erk..) Dalam tahap ape la ye?

Kalau (aku) kita tak rasa risau langsung tentang kat mana la tahap kita ni, gamaknya, ape la alamatnye ye?

p/s : lagi satu yang boleh hidup, tapi mati : HATI.

(aku) Kita ni hidup ke mati ye?

Friday, November 19, 2004

Hati (yang pelik)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hati yang pelik,
Entah suka entah sedih,
Entah gembira entah kecewa,
Entah beransur tenang entah tambah celaru.

Memang hati yang pelik,
Dulu yakin ini yang paling tepat,
Sekarang sudah boleh bertanya ragu.

Hati, memang hati yang pelik.

(Hati di dalam siapa yang tahu?)

"All-Knower of the unseen and the seen, The Most Great, The Most High."

Surah Ar-Ra'd : 9

(Hati di dalam bagai nak gila?)

"Those who believed (in Oneness of Allah - Islamic Monotheism), and whose hearts find rest in remembrance of Allah, verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest."

Surah Ar-Ra'd : 28.

Hati,
(doa dan rayu) Biar sentiasa dipimpin,
(doa dan rayu) Biar sentiasa disuluh,
Dengan petunjuk dan cahaya Ilahi.
Allah Hafeez.

Wednesday, November 17, 2004

Ya 'Azheeman

In The Name of Allah, Most Merciful Most Compassionate.

Ya 'Azheeman.


My soul is brightened by a light in my heart
When I praised God of mankind
And my soul is cheered up and the tears were flowing
Oh God! Guide my heart to reason (righteousness)
In the tranquility of the night I pray during worshipping
While the black darkness is all around me

Oh All-Kind! Oh All-Merciful! Oh Most Forbearing!
Oh All-Kind! Your gifts are endless
Oh All-Hearing! Oh Answerer! Oh Most Magnificient!
Oh Creator of the strong predatory animals!
Guide me
Guide me to truth, God

I depend on your guidance today (and everyday)
Oh God of the universe!
You are my aid
You are the refuge of man in the afterworld

Here I am, God
Asking for Your forgiveness
Forgive me and grant me my wish.

Yang di atas tu, makna (lebih kurang) nasyeed Ya 'Azheeman, yang sekarang ni menjadi halwa telinga, musik latar Demedim Me. Ya 'Azheeman ('azheem = 'ain zho ya mim) ni nyanyian Ahmed Bukhatir. Akhir-akhir ni, berkenan pulak dengan lagu-lagu berbahasa arab. Antara sebanya ; berniat nak kutip (meski tahu hampir mustahil untuk kumpul semua balik), nak gilap (kalaupun tak kan jadi berkilat mana) ilmu lughah 'arabiyyah yang pernah jadi salah satu subjek zaman sekolah dulu (erk, macam lama sangat je dah tinggal). Hai, rindu jugak (rupanya) saya pada suasana sekolah (yang satu) tu.

Berminat nak dengar (streaming/download) nasyeed arab (dan jugak audio ceramah dari penyampai antarabangsa) ? -perlu ada window media player.

>>http://nadeem.lightuponlight.com/
>>http://www.radioislam.com/

Selamat Hari Raya.
Puasa Enam, jom =)

Allah Hafeez.


Sunday, November 14, 2004

1 Syawal 1425

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin.
"Taqabbal Allahu minna wa minkum"

*Kat Malaysia sekarang, baru nak solat sunat eid. Sat lagi, 'tepon' kampung.
*Being awaaaaaaay, mendidik diri untuk jadi lebih menghargai :)

Allah Hafeez.

Friday, November 12, 2004

Pre 1 Syawal 1425

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

".. kepada ahlulbait Kimmage. esok hari raya! tak tido la kite malam ni!.."

(camtu lah lebih kurang sms dari Ijah yang saya terima lepas iftar tadi petang.)
Hampir serentak, Nirah meluru naik ke atas dan mengulang 'berita raya' yang sama. Aduh, raya esok!

Sebetulnya, saya (kami) jangkakan 1 Syawal jatuh pada 14 nov (ahad). Perancangannya, nak menyediakan semua juadah pada esok hari. Dah raya esok (err, pagi karang), makanya, mahu tak mahu, mesti 'stay up' untuk masak semuanya. Chaiyo!

Istimewa untuk housemates yang dihargai ; Kak Ina, Kak Yulia, Fai, Zai, Nirah dan Ijah : Selamat bertungkus-lumus di dapur, ditemani merdu (sayu) takbir (mp3 format) dan lagu-lagu raya! ;)

Respon ruangan Ramah Bicara :

Maisarah : Salam ukhuwwah :). Poem tu amik je, tak pe. (tinggalkan hati kat malaysia, hehe).

Fahd Razy : a'ah, satu sekolah ngan diorang. tapi, tak de kebolehan macam diorang tu :). rasanya dah kenal, tapi kalau tak silap orang la. btw, how's ur card signing? ;)

nummer : wah wah, ni sudah bagus. memang belajar bahasa turki ke? bayram mubarak olsum :)

pakcik apis : mintak maaf sebab selalu perasan? dah lali ;). anyhow, maaf jugaklah atas salah silap, with or without intention ;). Selamat Hari Raya :)

thurayya : Selamat Hari Raya jugak, Kak Na :). Maaf Zahir Batin. Tenang dan ceria sokmo!

hilmy : Salam Aidilfitri :)

Siti Aisyah : Wa 'alaikum salam wbt. Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak untuk Aisyah :). Terima kasih atas doa, dan harapnye aisyah pun same.

along : Along, selamat hari raya :). jauh di mata, dekat di hati. moga tenang bahagia bersama Redha Allah.

Jebat : Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir batin :)

dan untuk semua :

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir dan Batin :)

(dah pukul 3.30 pagi)

Wednesday, November 10, 2004

Masa dan Usia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Ermm.. sedar tak sedar, dah hampir sangat kita dengan penghujung Ramadhan. Ish, cepat sungguh rasanya waktu beredar, cepat sungguh. Serasa, baru je balik ke sini lepas habis cuti musim panas, baru je masuk tahun kedua belajar, baru je menyambut hadir bulan puasa. Tup-tup, dah hampir sangat ke noktahnya. Sementara masih punya masa akhir ni, kejarlah, rebutlah apa-apa yang selayaknya. Supaya nanti, tak terkilan sedih setelah keberangkatan pergi, sebelum bertemu lagi di tahun hadapan (itu pun, jika Allah berkenan beri kita pinjaman usia dan masa).

*".. sedar tak sedar, berlalu pantas meninggalkan diriku.
tak sedar-sedar, tak mungkin dapat kukejar.. oh, terlalu jauh.
aku, seperti dulu.. ditinggal waktu.."

(Masa dan Waktu : Saujana)


Petang tadi, waktu jalan pulang dari El-Sinbad dengan Fairuz, dapat berita tentang adik seorang pelajar di sini telah pulang ke rahmatullah. Terdiam saya. Meski tidak serapat mana dengan I (dia pelajar junior, baru tiba awal oktober lepas), tapi bila menyentuh bab kematian, keperitan yang ditanggungnya bagai dirasa sama. Tak dapat saya terka apa yang ada di minda dan hatinya ketika menerima berita, sesakkah nafasnya, kaburkah pandangannya.. yang pasti, ini ujian besar. Doa, semoga dia beroleh kekuatan dan kecekalan (dengan bantuan dan panduan dari Allah) untuk menempuh dugaan ini.

(Al-Fatihah untuk arwah. Doa, moga ditempatkan bersama hamba yang Allah ampuni dan rahmati).

*".. lihat dedaunan, kekeringan jua..
gugur dibawa sang bayu, layu tak berguna..
jiwa manusia, di arus usianya..
kesalan tiada makna, seandai tiba masa.."

(Usia Antara Masa : Saujana)


+Dah berfungsi wireless broadband system ni, makin liatlah nak keluar dari bilik.. tambah2, suhu dah makin 'sikit' sekarang ni.. ish ish.

Allah Hafeez :)