Demedim Me

Tuesday, March 30, 2004

Kemaskini II (sambungan)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sepatutnya, petang semalam saya ke Harold Cross untuk bertemu dengan Oby dan Wan yang datang berziarah dari UK, tapi tiada rezeki pula. Oby merupakan teman yang sama-sama mengharungi perjalanan pembelajaran di sekolah menengah atas dahulu, dan sekarang di University of Aberdeen, juga di Medical School. Selepas habis SPM, kami terputus hubangan. Tapi alhamdulillah, kembali menautkan ukhuwwah sewaktu kursus persediaan ; saya di Sunway College sementelah Oby dan Ijah (seorang lagi teman yang kini berada bersama saya di sini :) ) di Kolej Damansara Utama (KDU).

Masih saya ingat lagi, 'reunion' semula kami bertiga pada tahun 2003. Setelah banyak kali merancang, akhirnya dapat juga saya melawat mereka di KDU pada satu Jumaat. Boleh dikatakan ziarah saya kali itu fully supported ; makan tengah hari di KFC dan makan malam di UpTown ditanggung beres oleh keduanya! hehehehe.. Tak kira tempat, banyak sungguh yang mahu disembangkan.. tentang kawan-kawan lama, perkembangan terbaru sekolah, perancangan seterusnya etc. Seronok! :)

In sya Allah, jam 1.30 nanti saya akan bertemu juga dengan Oby dan Wan. Khabarnya, mereka akan datang dan ikut sekali menghadiri kuliah pelajar first med, hehehe.. (jangan beritahu pihak kolej ya, shhhhh.. :p).Bertemu nanti!

Pukul 6 petang pula, seperti biasa akan ke rumah Kak Wan untuk sesi usrah. Kali ini giliran saya pula untuk menyampaikan pengisian ; perbincangan buku "Ciri-ciri Khusus Islam". Bahagian saya ialah ciri ke enam : Jelas. Mahu membuat sedikit pembacaan lagi (sudah lama tugasan ini diberi, sudah tinggal lama setelah dibaca dulu.. mahu bangkitkan kembali semangat, ingatan dan kefahaman.. dasar pemalas :p).

Sebelum berundur, sedikit tentang hari Ahad minggu lepas.

21 Mac 2004



Family Outing ke Dona Bate merupakan program terakhir dalam diari Perhimpunan Musim Bunga ; (namanya ‘family outing’ tetapi tiada satu pun keluarga yang turut serta, cuma kami budak-budak tanpa keluarga dan yang masih belum berkeluarga aja :p).

Tempat yang dipilih AJK cukup menarik ; sebuah taman indah yang amat sesuai untuk dikunjungi, baik untuk berkelah-kelah, menjalankan aktiviti seperti kes kami mahupun sekadar berjalan-jalan mengambil angin petang. Hijau cantik :)

Waktu ‘berseronok-seronok’ di sana itulah saya terima beberapa sms ; butir smsnya tentang ‘cerita’ keputusan pilihanraya di Malaysia. Uhmm, menyentuh tentang ini, secara terus terang saya katakan yang saya tidak begitu baik untuk menulis tentangnya. Saya memerhati dari jauh (baca : tanah asing yang jauhnya beribu batu dari Malaysia). Namun begitu, saya rasakan sungguh tidak patut juga untuk langsung tidak mengambil tahu tentang ‘cerita’ politik negara. Ramai di antara kita yang allergic dengan perkataan politik, dan saya sendiri lebih senang menggunakan siasah sebagai gantinya. (dua perkataan yang sama maksud aslinya, tapi disebabkan oleh perkara-perkara ‘tidak baik’ yang terjadi pada zaman dan tempat kita, maka perkataan politik itu menjadi sungguh tidak enak pada pendengaran telinga, pandangan mata dan renungan hati.. kasihan..)

Tewas BA, atau lebih tepat rasanya, PAS kali ini sedikit sebanyak menggoncang juga tugu hati, mengocak tasik damai (yang udah sedia beralun resah sejak beberapa waktu kebelangan ini).. Kemudian bersoal-soal pula ; mengapa? Bagaimana? Siapa? .. dan saya kira persoalan-persoalan itu mustahil dapat saya berikan jawapan yang dapat memuaskan hati dengan sebenar-benarnya, kerana ini ‘cerita’ panjang yang penuh aksi dan plot. Perlu hadirkan sabar dan setia jika mahu ikuti dan terus menunggu sampai ke penghabisan cerita. (sabar itu sangat penting, kerana saya maklum cerita ini adakalanya berat sebelah dan sering menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah. Sabar, jika tidak akan cepat melatah bila disergah. Sabar, jika tidak akan merasa bosan sering di’pak kaduk’kan. Sabar, jika tidak akan mudah mengalah apabila masih tidak merasa manis kemenangan. Sabar kerana jalan ‘cerita’ itu tidak pernah mudah. )

Ujian. Yang saya pasti, ada hikmah pada setiap dugaan Tuhan. Para pemimpin, mereka yang mengaku sebagai pendokong dan penyokong satu-satunya parti Islam di Malaysia wajib mengambil pengiktibaran di atas kekalahan ini. Muhasabah tentang apa? Mereka yang tahu pasti lebih tahu.

Lagi saya pasti ; kemenangan Islam yang mudah adalah mustahil! *kecuali dengan izin Allah juga*

..Kau dan aku juga perlu muhasabah diri..


Hujan turun hampir separuh masa kami di Dona Bate.



Berteduh di bawah hujan..

Aku berteduh di bawah cucuran hujan,
Berpayungkan lebat titisannya yang kasar-kasar,
Berselimutkan dingin kuat hembus angin.
Menyanyi bersama irama lagunya.

Hebat turunnya bagai dicurah-curah,
Dengus tiupnya seperti dikipas-kipas,
Sejuk sapaannya laksana kucupan puteri salji ;
Yang jadi tambah dingin dengan jejeran air mata hiba.

Betapa aku dambakan,
Untuk menangis sebegitu bersungguh ;
Bila aku sujud menghadap Khaliqku.

Betapa aku inginkan,
Untuk menjadi sebegitu kasar ;
Bila aku berkonfrontasi dengan musuh Imanku.

Betapa aku impikan,
Untuk berlagak sedingin mungkin ;
Agar mudah aku kecewakan pujukan Mazmumah itu.

Aku senang begini,
Walau kata mereka ;
“ Hujan ini bawa pilu di hati..”
“ Hujan ini merampas ceria..”
Aku simpati, tapi aku tak peduli,
Kerna aku jatuh sayang padanya.

Biar aku dilanda pilu,
Biar dirampas rona ceriaku sekarang,
Aku yakini bahawa nanti,
Akan ada Nur Bahagia yang melakar sejahtera,
Sepertimana wajib mentari mencorak cahaya selepas hujan berhenti.

syaffa,
awal pagi 30 march 2004.



*seperti jua sebuah perjuangan. Jika betul benar, maka akan Allah perkenankan keberhasilan dan kemenangan ; biar sakit pedih merentas ranjau duri perjalanan. Yakin dan Sabar. Kelak ada cahaya Najah yang bersinar terang. Allahu Akbar!

Namun alhamdulillah, kami masih punya kesempatan untuk meneruskan aktiviti seperti yang dirancangkan pada awalnya ; walau tidak kesemuanya. Aktiviti makan-makan (ini aktiviti yang pasti berjalan walau apa pun kondisi cuaca dan keadaan! :p) dan Treasure Hunt sempat kami sudahkan. Treasure Hunt yang memenatkan, tapi diakui menyeronokkan. Saya bagai menemui cara baru ‘melarikan diri’ dengan berlari-lari bebas di padang luas mencari klu-klu yang disembunyikan di merata-rata tempat ; pada tunggul kayu mati, pada dinding rumah tinggal.. hatta di dalam tong sampah! Huhuh..

Kesimpulannya, outing hari itu meriah.. dan yang paling manis, bila menambah lagi satu pengalaman menyembah Tuhan Pencipta ; berimam di atas padang rumput hijau, di bawah lembayung langit biru tinggi.. taambah manis bila solat diakhiri dengan sambutan dari rintik halus air dari langit yang menimbulkan suasana syahdu!

..dan aku menemui juga tenang pada dingin titis-titis hujan..

Allah Hafeez.


Friday, March 26, 2004

Drogheda (lagi!) ;)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sedang saya menulis (draft) ini, dua orang plumber sedang bejerja membetulkan paip di bilik air yang bersambung dengan sinki di dapur. Kak Sal meminta saya untuk berada di rumahnya sewaktu pekerja menjalankan tugas pembaikan kerana dia terpaksa bertugas di hospital. Maka, ke Drogheda lagi saya! ;)

Perjalanan saya dengan tren dari Dublin ke Drogheda pagi tadi, seperti biasa, menghiburkan (lagi). Bertolak dari Connolly Train Station pada pukul 7.35 pagi (keluar dari rumah seawal jam 7 dengan teksi ; journey yang tidak sampai 10 minit 'mengorbankan' 9 euro!). Keretapi yang saya naiki di Platform 2 adalah keretapi ekspress ke Belfast dan Drogheda merupakan antara destinasi persinggahan. Satu sikap irish people yang boleh dipuji ; mereka mampu sabar beratur panjang menunggu giliran menaiki tren, tidak seperti orang kita di tanah air yang terus menyerbu tak sempat-sempat. Ada sedikit kesal di situ. Pada awalnya, saya teragak-agak untuk memanjat naik tangga tren, memandangkan kepada interiornya yang 'high class'. Saya anggarkan yang saya akan menaiki tren setaraf DART ('sewaktu dengan komuter di Malaysia) sahaja. Alhamdulillah, merasa juga naik keretapi best ;)

Di sepanjang landasan keretapi yang dilalui, juga seperti biasa, mata dijamu dengan pemandangan padang rumput yang luas dan rumah ladang comel yang dibina jarang-jarang. Hijau saujana.. dan saya, memang menemui tenang pada rona hijau alam yang damai. Sebagai tambahan kepada kebiasaan, perjalanan kali ini merentasi sebuah 'tasik' ; saya difahamkan tasik itu terbentuk dari air laut yang membentuk takungan ala-ala teluk. Merentasi tasik seperti dalam Spirited Away, cuma bukan seasyik perjalanan keretapi betul-betul di permukaan air bak dalam cerita animasi itu, hehehe. Alangkah menariknya jika benar begitu! *angan-angan lagi* :p

Kemudian, melintasi Ballbriggan ; sebuah pekan kecil di pinggir laut. Saya sedikit kesal kerana mengambil tempat duduk di sebelah kiri kerana pemandangan laut dapat dilihat lebih jelas cantik dari bahagian sebelah kanan tren (mahu mengelak dari duduk menghadap penumpang lain, saya pilih tempat duduk kosong ; dua seat saling berhadapan, dengan meja di tengah-tengah 'milik' saya seorang :p). Asyik saya memandang ke arah sana, 'mat saleh' yang duduk betul-betul di mana arah pandang saya menghala, bagai 'perasan' yang saya ralit memandangnya, ehehe.. nasiblahh.. aku nak tengok laut yang cantik tu.. tak berniat pun nak 'mengganggu' ketenangan pagi kau ;).

Oh ya, di sini, bagai satu kemestian pada setiap bandar yang dilalui, gereja-gereja peninggalan lama masih dipelihara baik. Saya positif mengatakan bahawa itu adalah antara aset penting sebagai tarikan pelancong, bukan selayaknya sebagai 'rumah ibadat'. Hai mereka ini, gereja banyak berceracak, tapi kaku bisu. Cuma mungkin petanda hidupnya pada ding-dong loceng yang kedengaran saban ahad.

Tapi ya, binaannya yang berwarna kelabu asap itu sering mengembalikan nostalgia pada Masjid Sultan Sulaiman. Masjid yang terletak betul berhampiran sekolah lama dulu, meski bukan berjuta kenangan yang disimpan tapi yang sedikit itu cukup bermakna. Di situ tempat belajar-belajar mendatangi Qiamullail ; di situ bersama mengakun merdu Yaasiin kala majlis Solat Hajat ; ke situ kami beramai menuju (dengan telekung putih membalut tubuh .. lembaga-lembaga putih dari Aspuri ke masjid? hehehehe? di hening malam Ramadhan.. dan masjid itu selalu mendapat salam melalui sapaan mata saya yang kerap mencuri pandang. Terutama di waktu senja ; berlatarbelakangkan ayu jingga lazuardi senja, masjid itu nampak gah di dada langit. Sepanjang permukiman di situ, saya mesrai perasaan halus yang berpintal, bagai ditenun kemas membentuk kajang-kajang tenang, kesan ruh masjid itu. Uhuh.. bicara tentang ini buat aku rindu. Ah, pelikkan? Susah mahu menerangkan, tapi jauh di sudut hati, kau akan mengerti bila kau sendiri berada dalam situasi itu :).


..dari album KISAS.. kita berkongsi rahsia, citra. terima kasih atas hadiah pengalaman..


.. okeh, back to life! :p ..

Selamat sampai di Drogheda, jam di hand set hampir melewati 8.10 pagi. Perjalanan yang sekejap, tapi 'perjalanan anganan' yang panjang ;).

Oh ya, cerita tentang plumber.. what's the name again.. Kerry?. Lelaki irish yang saya anggar sudah melebihi separuh abad usianya, rajin mengajak saya berbicara dan tahu 'mengambil hati', hehehe..

"would you like to have some coffee.. or tea?"

*saya berbasi-basa.

"yeah.. a cup of tea for me and coffee for him"
"great"

*alamak.. mana Kak Sal letak kopi ni? Tak de ke?

"I'm sorry. I'm afraid there's no coffee for you. Will it be OK if I....."
"sure.. sure.. no problem. A cup of tea for him too!"


*tak sempat habis ayat lagi, heh ;)

"wh.. what's your name?"
"It is *Noor ~ it means glimmerin' ray, something like that"
"oh great.. great.. are you a doctor too?"
"I'm in my first year in medical school.. I.."


*tak sempat habis jugak lagi..

"You sure make a good Doctor!"

Amin! :)
*err.. did I go too far? glimmering ray for cahaya? :p

ps: di sini, saya lebih selesa menggunakan nana Noor bila berursan dengan foreigner. Lebih senang, daripada mengambil masa yang agak lama untuk membetulkan sebutan Asriah mereka.. dan alasan yang lagi besar, mengelakkan daripada mereka menyebut As sebagai *yang satu lagi! huh..

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa'ala alihi wa sahbihi wa baarik wa sallim.

Allahu Akbar.
SubhanalLah.

Allah Hafeez.






Wednesday, March 24, 2004

Kemaskini 1

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Lama sungguh rasanya tak menulis di sini. Halangan-halangan biasa, tiada yang luar biasa ;). Melawat Huda di Mencari Petunjuk, rajin sungguh adik seorang itu menulis. Nah, jika mau tahu aktiviti-aktiviti saya sepanjang dua tiga hari ini, secara lebih kurangnya, boleh lah membaca di sana aja. Terus terang, kurang berminat (ditambah dengan kurang kemahiran untuk bercerita panjang) untuk bercerita secara detail tentang aktiviti seharian, cuma, mungkin beberapa program menarik untuk dikongsi bersama.. Alasan lagi? Hehehehe ..

Sedikit tentang Perhimpunan Musim Bunga / Spring Gathering 2004 anjuran Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) baru-baru ini... dan seperti biasa, saya 'terpilih' untuk bekerja menyiapkan banner bersama beberapa sahabat lain. Banner kali ini berwarnakan CERIA musim bunga. Memang ceria sungguh pun! :D

Tema kali ini ~ The Beauty of Islam

20 Mac 2004



Siang harinya, ada talk 'Stress Management' yang disampaikan oleh Dr Ali Qirby di Islamic Cultural Center, Clonskeagh. Saya datang agak lewat, menyiapkan sedikit tugasan, angkara melewat-lewatkan kerja! (mahu tahu, saya hanya tidur lebih kurang setengah jam ; tidur jam 5.30 pagi dan bangun jam 6!). Sampai lambat dan kemudian diminta untuk memindahkan file project ke dalam lap top Kak Hida untuk persembahan slide malam itu, saya langsung tidak mengikuti talk dan group work. (rugi). Sibuk-sibuk duduk di gerai Kak Hida (yang menjual kek coklat, kek pandan :p) menyudahkan kerja, si cilik Amirah Liyana di ribaan khusyuk menonton Finding Nemo di skrin iBook saya. *keletahnya buat saya rindukan adik-adik di rumah :)

Untuk Malam Kesenian Islam di ICC, saya diminta Kak Sit untuk menyediakan satu slide show, menyentuh pada tema dan sedikit tentang Rumah Nurhidayah, yang mana 50% dari hasil jualan tiket pada malam itu akan disumbangkan. Alhamdulillah, OK la jugak. Dan saya diingatkan buat kali yang entah ke berapa ; ..jangan tunggu sampai akhir waktu, jika mahu hasilkan sesuatu yang elok sifat dan baik mutu... Serasanya, masih banyak yang boleh dibaiki.. Saya gunakan Parapluie dari Band of Brothers dan The Sixth Station dari sountrack Spirited Away sebagai lagu latar.. (ada siapa yang tahu?).. dan 'terima kasih' untuk program iMovie yang banyak membantu ;)

oh ya, Kumpulan penasyid PPIMI ; An-Nur dan percussionists ; Al-Badar. Walau sangat tidak berapa setuju dengan nama An-Nur, (tak rasa macam nama perempuan ke? :p) tapi saya terpaksa bersetuju bahawa mereka layak diberi pujian. Vokal yang baik, ditambah dengan iringan anggota percussion yang hebat, persembahan meraka sangat-sangat mengingatkan saya pada kumpulan nasyid di sekolah lama dulu.. sungguh :). Antara nasyid yang disampaikan ; Damba Kasih dari Raihan, Berusaha Berjaya dari Hijjaz (yang dulunya menjadi lagu tema dorm di asrama!) dan Sebelum Terlena juga dari Hijjaz ; ma' all times favourite. Thumbs Up untuk An-Nur dan Al-Badar.

+Untuk anggota Al-Badar seorang itu, yang mungukin membaca ; jangan jadi sombong ya bila dipuji :D

oh, lupa mahu beritahu. Untuk concert itu, saya duduk di bahagian VIP ; depan sekali ;) ,untuk harga tiket 5 euro. Bukan beli sendiri, saya dibelanja (jangan cemburu ya, Huda :p).

Program hari itu habis agak lewat ; dan pulang beramai-ramai dengan bas dalam hujan malam.

In the dreadful famine, they embrace Islam.
In the rage of war, they embrace Islam ;
Indulged in patience and remembrance of Him,
Because they only fear Allah As-Salam,
As He has granted reward of Jannatun Naim.

Thus I know I haven't seen the true Beauty,
As I am always far from the Almighty..

The journey could not stop here,
As there are some things I have to make sure..

The sacred Beauty I wish to hold tender..
And to Allah I must come nearer..



+Petikan dari slide show.

+Allah Hafeez :)

Thursday, March 18, 2004

Indah

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hari Khamis yang indah.

Awal pagi, langit gelap, angit bertiup kuat. Sejuk.

Lewat pagi, hujan dan mula turun, rintik-rintik halus pada mulanya dan kemudian makin melebat. Tunggu bas dalam hujan. Sejuk.

Turun di Clonskeagh, hujan masih 'meriah' turun. Berlari-lari dalam hujan. Walau hari mendung sedih, hujan turun menangis, Tiga Sahabat tetap ceria ketawa. Tawa masih kedengaran berlatar belakangkan dengus hujan. Sejuk.

Tiba di rumah Kak Wan. Tak lama duduk, hujan reda. Mentari pula mengambil tempat. Tinggi megah, memancarkan sinar cantik. Indah.

Sekembali dari rumah Kak Wan. Melangkah di laman Berystede. Hujan lagi! Eh, tapi kali ini hujan batu. Seronok. Menarik. Tapi sakit sikit ;). Indah. Sejuk.

Selepas Solat Zuhur. Berjalan ke kolej di bawah naungan langit biru. Bermesra dengan nyaman hangat cahaya Shams. Indah.

Tengok! Bila Dia berkata Kun!

Hari Khamis yang indah II.

Result dah keluar.

Nak tengok ke tak nak?

Ish, tengok lepas habis cuti .. takut spoil the mood.

Tengok aje lah.. Apa yang dapat nanti, berbaloi dengan apa yang diberi.

Redha.

?

Alhamdulillah.. wajib bersyukur atas segalanya. Dah cakap tadi, apa yang dapat berbaloi dengan apa yang diberi.

Justeru, syukur lagi!

Hari Khamis yang indah III.

Bicara dengan Farah lewat Yahoo Messenger. Dia sihat, syukur. Juga sedang cuti. Bicara kami menyentuh hal exam dan rindu.

Adu Farah, katanya dia rindukan sekolah lama kami.

Rindu. Menyesal tak kutip 'mutiara-mutiara' bertaburan sebagai benteng untuk terus hidup di dunia luar.

Kosong. Sedih. Takut. Risau. Bila berjauhan dengan Tuhan.

Sunyi. Farah ingat kerana dia tak punya 'teman' seperti kawan yang lain. Tapi yang sebenarnya, kata Farah lagi, kita kurang masa untuk dapatkan Cinta Tuhan yang Agung.

Setuju. Sangat-sangat setuju.

Dan kami terus lagi bercerita tentang rindu.. rindu pada Ketenangan yang ada pada Yang Satu.

Kami nobatkan "Ukhuwwah filLah abadan abadan" di akhir kalam.. yang menjadi pengikat indah persaudaraan, persahabatan kami.

Allah Hafeez.

Monday, March 15, 2004

Jenguk kejap ;)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Tiga orang sahabat berjalan santai seiringan. Sekali-sekala terdengar butir bicara diselangi ketawa halus, gembira bercerita senda. Riang. Dan mentari bersinar terang, mengindahkan lagi suasana lewat pagi Clonskeagh yang hangat tenang.

"Eh As, bila nak update blog?" Huda bersuara ceria.

"Ha'ah la As. Bersemangat je pergi ke blog, tak update pun lagi. Ingat dah habis exam boleh update terus." Nirah bersuara sama.

"Hehehehe.. Err, orang kan tak pergi kolej. Kan kat rumah tu mana ada internet connection. Ngee.. nanti-nanti update la, in sya Allah." Teman yang seorang lagi menjawab (dalam segan campur sedikit rasa bersalah)

Dan tiga sahabat berjalan terus.

*Huda dan Nirah.. glad to have you as friends.. :)

***************************************************************************

Itu cerita pagi tadi. Juga, 'cerita' mengapa saya tidak update blog. Bukan sengaja ya ;)

Dan ini cerita sekarang.

Sekarang saya berada di rumah Kak Sal, di Drogheda. Selepas pulang dari rumah Kak Wan tengah hari tadi (saya pulang awal), saya ke *Busaras, bertemu Kak Aina dan kemedian naik bas terus ke sini. Tersilap naik bas, bukan bas ekspres. Natijahnya, perjalanan satu jam menjadi lebih lama. Di sepanjang perjalanan, kiri kanan ada pemandangan yang agak menarik ; padang rumput yang hijau meluas dan bunga Daffodil comel yang mula berkembang. Kata Kak Aina, bunga Daffodile sangat sinonim dengan easter dan spring, sebab bila easter tiba, bunga Daffodil mekar cantik. Subhanallah :)



Sambil makan malam, (Kak Sal masakkan kami sup sayur daging dan ikan sambal yang sangat yuummmyyyy!) Mulan menjadi tontonan (dan masih menonton sekarang). Mulan memang best, filem yang paling saya suka selain Spirited Away. Uh oh, dan ada lagi yang bakal mendapat tempat di hati ; Princess Mononoke.. Castle in the Sky..Cartoon? Yes, they are.. hehehehe

Oh, OK ya. Saya berhenti di sini dulu. Mahu tumpukan perhatian pada Mulan. Mulan yang comel, Mulan yang nakal, Mulan yang cilik, Mulan yang berani, Mulan yang cerdik, Mulan yang disayangi.. Mulan yang Asriah :p

Allah Hafeez :)

+Dik Habibah,
sebetulnya, akak pun tak tahu maksud sebenar Demedim Mi. Itu tajuk nasyeed ; seperti yang di atas sana. Kalau ikut 'konsep penyesuain maksud' akak (ilmu baru akak :p), Demedim Mi maksudnya "why can't you".. Wallau a'lam.

Friday, March 05, 2004

Tinggal dulu..


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya tinggalkan Demedim Me buat sementara waktu. Menyahut seruan imtihan yang sudah sangat hampir (12 march, Jumaat depan). Masih banyak yang perlu dibaca, ditelaah.

Saya tinggalkan Demedim Me dengan gugusan ayat~perkataan yang saya tulis~gubah, meski saya sedar penuh cacat-celanya, tapi tetap di situ ada maksud~maknanya.

"Ada Tembok dalam Diri 1"
**********************

Ada tembok dalam diri,
Tegak, tinggi, besar agam,
Sekukuh gunung batu,
Selebar laut luas,
Setinggi langit biru.

Ada tembok dalam diri,
Kotor hijau berlumut,
Hitam jijik berdaki,
Busuk geli berlendir,
Jelek, jelek.. Jelek!

Ada tembok dalam diri,
Binaannya hodoh ego jahiliyyah,
Susunannya padat buruk mazmumah,
Ukurannya rapat bebayang kepura-puraan,
Bancuhannya simen acuan syaitan.

Ada tembok dalam diri,
Yang aku benci,
Sungguh-sungguh aku benci,
Ingin aku robohkan,
Ingin aku runtuhkan,
Wajib aku kuburkan!

edited version,
syaffa,
14 Muharram 1425.





Untuk teman-teman yang bakal menduduki peperiksaan, walau di mana, walau apa pun subjeknya (baik ujian di atas kertas mahupun ujian di atas pentas kehidupan),saya doakan kejayaan dan keberhasilan.. juga doa agar senantiasa Allah berkenan untuk memandu jalan, menunjuk arah.. menghadiahkan kita ni'mat ketenangan, keharmonian, kebahagiaan dalam erti kata sebenarnya.

Tinggal dulu. Doakan kami, ya!

Allah Hafeez =)

Tuesday, March 02, 2004

Rezeki dan Roti

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Rezeki adalah kurnian Allah. Murah sungguh rezeki saya dua tiga hari ni, alhamdulillah :-D. Hari Sabtu, keluar beramai-ramai ke Dublin City Center (saya yang termuda, di kalangan para doktor dan seniors :p). Dibelanja Kak Aina (selalu buat muka bila saya memanggilnya Dr. Aina) minum hot chocolate sama cheese cake dan carrot cake di Insomnia. Uhh, cerita di Insomnia, terpampang jelas sign 'No Smoking' di meja-meja, tapi tetap tidak diendahkan. Smoking like chimneys! Geram sungguh saya. Bukan apa, peduli apa saya dengan kesihatan peparu mereka, tapi yang saya kisahkan, orang-orang disekitar yang turut mendapat bahaya asap rokok itu. Natijahnya, saya yang kepeningan.. habiskan sebiji limau, mau hilangkan pusing-pusing di kepala.. uhh!

Dan hari ahad pula, Kak Sal (kekok saya memanggilnya Dr Sal :p) pula yang bermurah hati. Ahad malam selepas menziarahi Kak Zah di Coombe Hospital,(Kak Zah dan Tariq dapat baby baru. Si Comel Amirah Liyana sudah jadi kakak! :) ) saya, Kak Sal, Kak Siti dan Nasihah makan-makan di South Street Cafe. Alhamdulillah, kenyang sungguh. And the food were nice, tho' I realised that my taste buds, my stomach do not really enjoy the western food very much. Perut melayu saya ni ; sambal belacan, ayam kicap lada hitam mak, tilapia masak merah nenek.. humm :p. Aahaah, and the bill people, the bill. All the starters and main courses, and not to forget the tip, total up to 110 euro!! Kalau di convert kepada RM, sudah hampir half a thousand! Aduhh, terima kasih Kak Sal.

Lagi tentang rezeki. Breakfast di coffee dock, makan scone with butter.. Kalau di Malaysia, (setelah dipersetujui oleh Huda, Nasihah dan Zeti :p) scone is equivalent with Roti Canai. Bukan dari segi rasa, of course, tapi dari sudut popularitinya.





Dan ini pula suci hati seorang hawa, yang juga ada kaitan dengan roti dan rezeki ;)

..Tuhan lebih baik dari roti itu..



Diriwayatkan dari sebuah kitab, terdapat seorang wanita pembakar roti di zaman Nabi Isa (A.S.). Suatu hari sedang wanita tersebut membakar roti maka berkumandaglah panggilan untuk menyembah ALLAH SWT. Wanita tersebut dengan bingkas bangun dan meninggalkan roti yang sedang dibakar semata-mata untuk mengadap ALLAH SWT yang Maha Besar.

Dengan hati yang penuh bimbang dan mengharap, wanita itu telah menyembahkan diri di hadapan Tuhan yang Agung. Ketika itu datanglah syaitan yang menyamar seperti seorang perempuan dan berkata kepada wanita itu;

"Sudah hangus agaknya roti engkau di tempat pembakaran."


Jawab wanita itu;

"Tuhan lebih baik dari roti itu."

Syaitan berasa sangat putus asa kerana tidak berjaya menggoda wanita itu. Lalu syaitan itu mengambil anak wanita tersebut dan dicampakkannya ke dalam bara api. Tidak lama kemudian, suami wanita itu masuk dan didapatinya anaknya sedang bermain-main dengan bara api.

Melihatkan kejadian yang pelik itu, suami wanita itu terus pergi berjumpa Nabi Isa (AS) dan menceritakan segala yang terjadi. Nabi Isa (AS) berkata;

"Bawa daku kepada anakmu."


Setelah Nabi Isa (AS) melihat kanak-kanak tersebut sedang bermain-main dgn bara api maka beliau berasa amat takjub. Lebih-lebih lagi di celah-celah bara api itu tumbuh sebatang pohon delima dengan buahnya dan kanak-kanak itu menghisap buahnya. Bara api itu pun bertukar menjadi batu-batu permata iaitu aked dan lukluk. Kanak-kanak itu bermain-main dengan gembira dgn batu-batu permata itu. Lalu Nabi Isa (AS) menyuruh membawa isteri lelaki itu untuk mendapat kepastian.

"Apakah pekerjaan yg kamu telah lakukan sehingga ALLAH SWT memuliakan kamu dengan kemuliaan ini?"


Jawab wanita itu;

"Aku selalu mengamalkan tiga perkara di dalam hidupku. Pertama, wuduk tidak pernah hilang daripada diriku melainkan aku memperbaharuinya kembali apabila batal. Kedua, aku selalu memikirkan orang mati diusung oleh orang hidup di kubur. Aku juga akan menemui nasib seperti mereka suatu hari nanti. Ketiga, hajat manusia akan aku cuba capaikan sedaya upayaku semata-mata untuk mencapai keredhaan di sisi ALLAH SWT."

Setelah Nabi Isa (A.S.) mendengar kata-kata wanita tersebut, maka beliau berkata ;


"Inilah warisan para anbiya dan jikalau kamu lelaki nescaya aku akan naik saksi bahawasanya kamu adalah seorang Nabi. Tapi tidak ada nabi untuk perempuan."

Wallahua'lam.. Bekitulah al-kisah.

Itu artikel ke dua dalam document lama yang ingin saya kongsikan bersama. In sya Allah ya, kita bersama ambil iktibar dan ilmu dari cerita tersebut. In sya Allah, kita sama-sama usaha jadikan amalan wanita pembuat roti itu sebagai amalan kita pula.. In sya Allah.

Allah Hafeez =)