Demedim Me

Friday, March 26, 2004

Drogheda (lagi!) ;)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sedang saya menulis (draft) ini, dua orang plumber sedang bejerja membetulkan paip di bilik air yang bersambung dengan sinki di dapur. Kak Sal meminta saya untuk berada di rumahnya sewaktu pekerja menjalankan tugas pembaikan kerana dia terpaksa bertugas di hospital. Maka, ke Drogheda lagi saya! ;)

Perjalanan saya dengan tren dari Dublin ke Drogheda pagi tadi, seperti biasa, menghiburkan (lagi). Bertolak dari Connolly Train Station pada pukul 7.35 pagi (keluar dari rumah seawal jam 7 dengan teksi ; journey yang tidak sampai 10 minit 'mengorbankan' 9 euro!). Keretapi yang saya naiki di Platform 2 adalah keretapi ekspress ke Belfast dan Drogheda merupakan antara destinasi persinggahan. Satu sikap irish people yang boleh dipuji ; mereka mampu sabar beratur panjang menunggu giliran menaiki tren, tidak seperti orang kita di tanah air yang terus menyerbu tak sempat-sempat. Ada sedikit kesal di situ. Pada awalnya, saya teragak-agak untuk memanjat naik tangga tren, memandangkan kepada interiornya yang 'high class'. Saya anggarkan yang saya akan menaiki tren setaraf DART ('sewaktu dengan komuter di Malaysia) sahaja. Alhamdulillah, merasa juga naik keretapi best ;)

Di sepanjang landasan keretapi yang dilalui, juga seperti biasa, mata dijamu dengan pemandangan padang rumput yang luas dan rumah ladang comel yang dibina jarang-jarang. Hijau saujana.. dan saya, memang menemui tenang pada rona hijau alam yang damai. Sebagai tambahan kepada kebiasaan, perjalanan kali ini merentasi sebuah 'tasik' ; saya difahamkan tasik itu terbentuk dari air laut yang membentuk takungan ala-ala teluk. Merentasi tasik seperti dalam Spirited Away, cuma bukan seasyik perjalanan keretapi betul-betul di permukaan air bak dalam cerita animasi itu, hehehe. Alangkah menariknya jika benar begitu! *angan-angan lagi* :p

Kemudian, melintasi Ballbriggan ; sebuah pekan kecil di pinggir laut. Saya sedikit kesal kerana mengambil tempat duduk di sebelah kiri kerana pemandangan laut dapat dilihat lebih jelas cantik dari bahagian sebelah kanan tren (mahu mengelak dari duduk menghadap penumpang lain, saya pilih tempat duduk kosong ; dua seat saling berhadapan, dengan meja di tengah-tengah 'milik' saya seorang :p). Asyik saya memandang ke arah sana, 'mat saleh' yang duduk betul-betul di mana arah pandang saya menghala, bagai 'perasan' yang saya ralit memandangnya, ehehe.. nasiblahh.. aku nak tengok laut yang cantik tu.. tak berniat pun nak 'mengganggu' ketenangan pagi kau ;).

Oh ya, di sini, bagai satu kemestian pada setiap bandar yang dilalui, gereja-gereja peninggalan lama masih dipelihara baik. Saya positif mengatakan bahawa itu adalah antara aset penting sebagai tarikan pelancong, bukan selayaknya sebagai 'rumah ibadat'. Hai mereka ini, gereja banyak berceracak, tapi kaku bisu. Cuma mungkin petanda hidupnya pada ding-dong loceng yang kedengaran saban ahad.

Tapi ya, binaannya yang berwarna kelabu asap itu sering mengembalikan nostalgia pada Masjid Sultan Sulaiman. Masjid yang terletak betul berhampiran sekolah lama dulu, meski bukan berjuta kenangan yang disimpan tapi yang sedikit itu cukup bermakna. Di situ tempat belajar-belajar mendatangi Qiamullail ; di situ bersama mengakun merdu Yaasiin kala majlis Solat Hajat ; ke situ kami beramai menuju (dengan telekung putih membalut tubuh .. lembaga-lembaga putih dari Aspuri ke masjid? hehehehe? di hening malam Ramadhan.. dan masjid itu selalu mendapat salam melalui sapaan mata saya yang kerap mencuri pandang. Terutama di waktu senja ; berlatarbelakangkan ayu jingga lazuardi senja, masjid itu nampak gah di dada langit. Sepanjang permukiman di situ, saya mesrai perasaan halus yang berpintal, bagai ditenun kemas membentuk kajang-kajang tenang, kesan ruh masjid itu. Uhuh.. bicara tentang ini buat aku rindu. Ah, pelikkan? Susah mahu menerangkan, tapi jauh di sudut hati, kau akan mengerti bila kau sendiri berada dalam situasi itu :).


..dari album KISAS.. kita berkongsi rahsia, citra. terima kasih atas hadiah pengalaman..


.. okeh, back to life! :p ..

Selamat sampai di Drogheda, jam di hand set hampir melewati 8.10 pagi. Perjalanan yang sekejap, tapi 'perjalanan anganan' yang panjang ;).

Oh ya, cerita tentang plumber.. what's the name again.. Kerry?. Lelaki irish yang saya anggar sudah melebihi separuh abad usianya, rajin mengajak saya berbicara dan tahu 'mengambil hati', hehehe..

"would you like to have some coffee.. or tea?"

*saya berbasi-basa.

"yeah.. a cup of tea for me and coffee for him"
"great"

*alamak.. mana Kak Sal letak kopi ni? Tak de ke?

"I'm sorry. I'm afraid there's no coffee for you. Will it be OK if I....."
"sure.. sure.. no problem. A cup of tea for him too!"


*tak sempat habis ayat lagi, heh ;)

"wh.. what's your name?"
"It is *Noor ~ it means glimmerin' ray, something like that"
"oh great.. great.. are you a doctor too?"
"I'm in my first year in medical school.. I.."


*tak sempat habis jugak lagi..

"You sure make a good Doctor!"

Amin! :)
*err.. did I go too far? glimmering ray for cahaya? :p

ps: di sini, saya lebih selesa menggunakan nana Noor bila berursan dengan foreigner. Lebih senang, daripada mengambil masa yang agak lama untuk membetulkan sebutan Asriah mereka.. dan alasan yang lagi besar, mengelakkan daripada mereka menyebut As sebagai *yang satu lagi! huh..

Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad
Wa'ala alihi wa sahbihi wa baarik wa sallim.

Allahu Akbar.
SubhanalLah.

Allah Hafeez.