Demedim Me

Monday, February 16, 2004

(no idea)

Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim.

Memang tiada entry untuk hari sabtu dan ahad. Bukan terlupa, bukan sibuk amat. Tiada entry kerana hari Sabtu dan Ahad saya tidak ke kolej. Tidak ke kolej maknanya saya tidak punya peluang untuk akses ke internet, maklum, saya tidak punya internert connection di rumah. Berkira-kira untuk memasang perkhidmatan Broadband, tapi mahu tunggu dulu. Mungkin selepas pulang dari cuti summer, in sya Allah. Kak Hanim bilang mahu beli lap top waktu summer break nanti. Campur Kak Hanim, ada 3 orang semuanya, berbaloilah kalau mahu guna Broadband.. in sya Allah, ber’Broadband’lah saya lepas cuti musin panas nanti!:-D

Sebab tidak punya internet connection di rumah, saya kini miliki satu kebiasaan baru. Sebelum pulang, saya buka banyak windows (most windows are blogs with long, good entries ; Pak Di’s, Huda’s, Ghafirah Idris’s, Huda Soid’s). Balik rumah, baca.. Selalu baca sambil makan ;). Dan yang 'menggalakkan' lagi kebiasaan ini adalah kerana set tv di rumah sudah diangkut balik oleh Kak Aida ke Malaysia tempoh hari.. Sementara menunggu untuk membeli set tv yang baru, lap top ini lah peneman makan, hehe.. Membaca di rumah, punya banyak keluangan masa untuk meneliti satu-satu perkataan, menghayati bait-bait ayat, men'digest' lumat semua maklumat~ilmu yang disampaikan :).

Kak Hanim sampai menegur ; katanya, saya nampak minat betul dengan seni penulisan. Ehehe.. angguk saya, angguk setuju, juga angguk segan. Memang minat seni, penulisan dan musik terutamanya, tapi perlu terima hakikat yang saya tidak punyai bakat ke arah itu. Tapi tak kisahlah, yang penting minat itu ada.




permandangan di St Stephen's Green Park, kala senja menjelang.



Cukup di sini dulu, mahu balik.. Ada kelas arab!

Allah Hafeez :)