Rahmat Kasih Tuhan..
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Meneruskan aktiviti di malam jumaat ; membaca surah-surah seperti yaa-siin dan al-kahfi beramai-ramai, pergi semalam ke Belgrave, rumah Kak Aina, Azizah dan Anis. Waktu berjalan pulang dari kolej petang semalam, terima sms dari Lina, minta saya menggantikannya membaca tafsir surah yaa-siin, kerana dia terpaksa menghadiri majlis di UCD. Humm.. jadinya, pergi ke Belgrave tanpa persediaan untuk memberikan tafsir. Natijahnya, saya baca aja apa yang tertulis ;).
"Al-Quran itu diturunkan oleh Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani."
Yaa-siin : 5
Antara penerangan bagi ayat tersebut yang menarik perhatian :
"Agama tidak boleh dinilai dengan logik dan rasional akal semata-mata. Akal adalah terbatas pencapaiannya. Seandainya berdasarkan kepada logik akal dan kekuatan fikiran semata-mata, manusia akan cepat merasa bangga kerana kecerdikan itu. Mereka berfikir dengan mendapat kelulusan akedemik tertinggi, PhD dan sebagainya, maka mereka sudah layak untuk memperkatakan tentang al-Quran dan memberikan ulasan-ulasan yang tidak sepatutnya."
Kita, manusia diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan. Allah kurniakan kita aqal, agar dapat kita menggunakannya. Aqal untuk belajar, aqal untuk mencari makan, aqal untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Allah juga kurniakan iman, agar dengan panduan iman itu, aqal kita punya tertib corak dan jalan pemikirannya. Agar aqal itu tahu berfikir untuk kebaikan, berfikir tentang hakikat kewujudan di dunia, berfikir tentang keKuasan Tuhan, berfikir bagaimana untuk melaksanakan suruhan Nya, berfikir kerana Nya.. Penting ya, panduan Iman itu, agar kita sentiasa terus berfikir, bergerak di landasan yang sebenarnya.
.. dan lagi, tentang hakikat kasih sayang Tuhan ..
"Ada orang mempersoalkan, sekiranya Tuhan itu Maha Penyayang, kenapakah pula orang yang mencuri dihukum potong tangannya? Itukah tanda kasih sayang? Hakikatnya, hukuman itu adalah simbol manifestasi kasih sayang Allah s.w.t kepada manusia, kerana dengan menghukum seorang pencuri maka Allah s.w.t telah menyelamatkan ribuan orang lain daripada dicuri. Allah s.w.t mahu menyelamatkan ramai orang daripada teraniaya, inilah namanya kasih sayang. bahkan dengan hukuman tersebut, ia akan mendidik seluruh manusia agar insaf dan takut untuk mencuri. Pencuri yang dihukum itu pula, akan terlepas hukuman Allah di akhirat kelak. Maka inilah kasih sayang Allah yang abadi."
Hakikat Kasih Sayang Tuhan yang abadi. Pada setiap penciptaan di langit dan bumi, menunjukkan ada tersembunyi sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Nya. Kita yakin itu, dan tugas kita, mencari dan membuktikannya. Cari ya.. dan bila berjumpa, sematkan di hati kita rasa syukur berterima kasih. Tanam di hati kita rasa kerdil lemah diri sebagai hamba.. Sama-sama kita cari, ya.. Atau, jika sudah banyak ketemu, tingkatkan rasa syukur, kerdil hamba itu.Ingat itu, diri..
Berkesempatan bicara dengan Mak di telefon hari Isnin lepas. Telefon Mak di pejabat, dalam lebih kurang pukul 9 pagi Malaysia. Lepas bertukar-tukar khabar tentang Mak serta keluarga di sana, dan saya jauh di sini, (tapi hati tetap dekat bersatu..) Mak beritahu yang surat saya yang dikirim dua minggu lepas telah diterima. Beserta surat itu, saya poskan bersama gambar-gambar yang sempat diambil ; waktu Raya Aidil Fitri, waktu berjalan ke Kilkenny Castle, ke Waterford, juga waktu ziarah London-Birmingham lewat tahun lepas.
Mak : Bulatnye muke kakak! (gelak, senang betul nampaknya..)
Saya : Mana ada! Gambar mana yang bulat? (juga ketawa.. ketawa segan, ehehe)
Mak : Semua gambar lah.. kecuali masa kakak pakai baju kurung yang sama dengan Akma (adik saya) tu. (ketawa lagi)
Saya : Uhuhu.. tembam sangat ke?
Mak : (masih ketawa) Alaahh.. tak pe tu..
Alahai.. sampai Mak di Malaysia pun dah mengiktiraf ke'chubby'an itu, maka terpaksalah saya menerima hakikat.. (makin chubby aku,Fara! Kau dapat gambarkan Asriah versi tambah chubby, kan? :p)
Cakap pada diri : Chubby pun, chubby lah.. wajib bersyukur atas ni'mat chubby itu;)
Allah berkati semua-semua.
Allah sayang semua-semua.
Allah redhai semua-semua.. kita :)