Demedim Me

Friday, January 30, 2004

Jumaat datang lagi :)

Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim.

Selawat dan Pujian kepada Nabi Muhammad, khatimul anbiyaa'.

Hari ini Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang penuh berkat. Dan memang, sejak dari dulu-dulu, saya paling suka hari Jumaat. Kalau waktu di sekolah dulu, hari Jumaat kelas sampai jam 12 aja. Boleh balik awal, kemudian beratar panjang di dewan makan, makan ramai-ramai ,menu hari Jumaat ; Nasi Ayam, sambil-sambil mendengar alunan nasyid di nTV7. Lepas makan, beransur ke Musolla Saidatina Khadijah, menghadiri Kuliyyah Jumaat untuk pelajar puteri, sedang putera menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salehuddin.(aduhh.. rindu pula suasana itu). Dan jika di kolej pula, Jumaat juga kami habis awal. Kemudian bergerak ke medan Sunway, makan di situ. (juga sempat 'menjeling tidak puas hati' kepada yang sepatutnya sudah bergerak ke masjid untuk solat Jumaat, tapi masih berlambat-lambatan!). Dan kini, Jumaat di sini, tiada terasa bezanya sangat. Jadual kelas yang lebih kurang sama. Atau mungkin sedikit terasanya bila melihat kelibat teman-teman manis berbaju kurung (tahan sejuk itu! :p) lebih ramai berbanding biasa :). Oh ya, dan lagi, kalau ke surau di aras bawah tanah itu, bolehlah menghayati lunak alunan, indah maksud seruan azan oleh pelajar arab. Hari Jumaat, azan dilaungkan kuat, di bahagian Sister's Room boleh didengar daripada corong pembesar suara, hari lain tidak (mungkin sebab tidak sama waktu senggang, solat asing-asing). Sungguh ini, terasa lembut menusuk ke hati bila mendengar panggilan itu (alhamdulillah, masih 'hidup' hati ini). Mengapa ya, di Malaysia dulu tidak selalu begini rasanya? Umm.. tafsiran sendiri, mungkin itu lah, bila sudah tiada, bila sudah jarang-jarang, sekali memperoleh peluang, syukurnya, kesannya akan lebih-lebih lagi.

Saya menulis dari dalam Lecture Hall - O'Flannagan Lecture Theatre. Menunggu lecturer subject Early Patient Contact. (Oh, dan iTune memainkan lagu 'Selamat Berjuang' ~ Brothers. Rindu lagi!). Tidak pasti apa yang akan disampaikan sebentar lagi. Pada sesi lepas, kami berpeluang mendengar pengakuan first class dari panel forum ; seorang penagih heroin tegar, seorang alkoholik hebat dan seorang General Practitoner. Seronok mendengar (walau ada yang agak sukar untuk saya tangkap buah bicaranya, memang belum 'pass' dengan accent Ireland! hehe). Bercakap tentang 'sengsara' hidup sewaktu menjadi penagih, dan bagaiman payahnya untuk keluar dari cengkaman heroin dan arak. Mengenai ini, rasanya Huda banyak bercerita dalam Mencari Petunjuk Rajin-rajinlah menjenguk :).

Sms dari seorang sister :

"A talk by Yvonne Ridley (Taliban captive who converted to Islam). Venue : Edmund Burke Theatre, Arts Block, Trinity College. Today at 5 pm. Be there to listen to her experience during her capture at Afghan"



In sya Allah, pergi petang nanti. Kalau boleh, ingin mengajak semua pergi sama. Nanti, saya menulis tentang itu, untuk kita kongsi-kongsi ilmu pengalaman :).

Allah Hafeez.