Senyum lagi ;)
In the Name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate..
Rasa macam baru sangat menulis pada hari Jumaat lepas, tup-tup dah Jumaat balik. Humm.. betapa cepat masa beredar, sampai kadang-kadang tak sedar. Kalau dulu-dulu pun (waktu di sekolah, kolej) dah rasa pantasnya waktu berlalu, nak dibandingkan dengan sekarang, super-duper laju! Dan sering juga, oleh kerana cepatnya waktu bergerak, kita yang tertinggal di belakang. Kalau memang tak menyediakan diri, habislah.. jauh ditinggalkan dan susah mahu catch up back with it. (cepat, lari pantas, lari laju! kejar balik agar mampu bersaing terus dengan waktu!)
Sembang lewat yahoo messenger dengan sahabat di Malaysia, sembang tentang kucing :-D. Suka sungguh dia dengan kucing, seperti juga adik-adik di rumah ; 'Abang' @ Muhammad Muzakkir dan 'Adik' @ Ahmad Muizzuddin. (rindu kamu berdua!). Itu, si Adik itu, sampai boleh membahasakan diri sebagai 'abang' bila bermain-main (berkomunikasi?) dengan seekor anak kucing hitam, dengan sedikit tompokan putih.. Pelik, berbau risau (Adik kurang sihat ke?) bila pertama kali mendengar begitu. 'Terlalu' mahukan seorang adik baru kah? Bila ditanya sama ada mahu adik baru atau tidak, cepat pula menggeleng tidak mahu.. Huh, tidak mahu adik (adik perempuan, terutamanya. Katanya, kalau punya adik perempuan, susah nanti. Asyik menangis, selalu merajuk.. :p), tapi boleh pula ber'abang-adik' dengan anak kucing? ah tapi, lama-lama, terasa 'comel' pula 'ukhuwwah' itu. Suci hati kanak-kanak, tidak payah-payah memilih, untuk memberi, menerima dan berkongsi kasih ~ hatta dengan si anak kucing :).
Gambar si kucing comel yang di emel kan, syukran *Dik :)
*Adik di malaysia. Saya punya ramai 'adik' di sini, juga di malaysia. Kadang-kadang, sampai rasa lebih tua dari usia sebenar :p.
Kucing senyum ini, jika ditunjukkan kepada Abang dan Adik, pasti mereka amat suka. Kemudian, berangan-angan, jika kucing itu dapat dimiliki, alangkah bagusnya. Berfikir-fikir nama yang paling sesuai. Kemudian lagi, berebut-rebut 'menjadi ketua pemilik' kucing itu pula! (huhu.. impian, anganan innocent anak-anak).
Senyum lagi.. sedangkan kucing pun tahu tersenyum, ini kan pula kita manusia. Punya banyak sebab untuk tersenyum ; Senyum syukur dan terima kasih atas ni'mat dan rahmat Tuhan, Senyum sabar dan redha atas ujian, Senyum menenangkan hati bila dihimpit beban, Senyum meleraikan kekusutan di fikiran.. Senyum menyihatkan =)
+cukup di sini dulu. Huda, Siha dan Zati menunggu untuk bersama ke Rico ~ makan! Jom ;)
Senyum lagi! =) :) :-) :D
Allah Hafeez.