Demedim Me

Tuesday, March 30, 2004

Kemaskini II (sambungan)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sepatutnya, petang semalam saya ke Harold Cross untuk bertemu dengan Oby dan Wan yang datang berziarah dari UK, tapi tiada rezeki pula. Oby merupakan teman yang sama-sama mengharungi perjalanan pembelajaran di sekolah menengah atas dahulu, dan sekarang di University of Aberdeen, juga di Medical School. Selepas habis SPM, kami terputus hubangan. Tapi alhamdulillah, kembali menautkan ukhuwwah sewaktu kursus persediaan ; saya di Sunway College sementelah Oby dan Ijah (seorang lagi teman yang kini berada bersama saya di sini :) ) di Kolej Damansara Utama (KDU).

Masih saya ingat lagi, 'reunion' semula kami bertiga pada tahun 2003. Setelah banyak kali merancang, akhirnya dapat juga saya melawat mereka di KDU pada satu Jumaat. Boleh dikatakan ziarah saya kali itu fully supported ; makan tengah hari di KFC dan makan malam di UpTown ditanggung beres oleh keduanya! hehehehe.. Tak kira tempat, banyak sungguh yang mahu disembangkan.. tentang kawan-kawan lama, perkembangan terbaru sekolah, perancangan seterusnya etc. Seronok! :)

In sya Allah, jam 1.30 nanti saya akan bertemu juga dengan Oby dan Wan. Khabarnya, mereka akan datang dan ikut sekali menghadiri kuliah pelajar first med, hehehe.. (jangan beritahu pihak kolej ya, shhhhh.. :p).Bertemu nanti!

Pukul 6 petang pula, seperti biasa akan ke rumah Kak Wan untuk sesi usrah. Kali ini giliran saya pula untuk menyampaikan pengisian ; perbincangan buku "Ciri-ciri Khusus Islam". Bahagian saya ialah ciri ke enam : Jelas. Mahu membuat sedikit pembacaan lagi (sudah lama tugasan ini diberi, sudah tinggal lama setelah dibaca dulu.. mahu bangkitkan kembali semangat, ingatan dan kefahaman.. dasar pemalas :p).

Sebelum berundur, sedikit tentang hari Ahad minggu lepas.

21 Mac 2004



Family Outing ke Dona Bate merupakan program terakhir dalam diari Perhimpunan Musim Bunga ; (namanya ‘family outing’ tetapi tiada satu pun keluarga yang turut serta, cuma kami budak-budak tanpa keluarga dan yang masih belum berkeluarga aja :p).

Tempat yang dipilih AJK cukup menarik ; sebuah taman indah yang amat sesuai untuk dikunjungi, baik untuk berkelah-kelah, menjalankan aktiviti seperti kes kami mahupun sekadar berjalan-jalan mengambil angin petang. Hijau cantik :)

Waktu ‘berseronok-seronok’ di sana itulah saya terima beberapa sms ; butir smsnya tentang ‘cerita’ keputusan pilihanraya di Malaysia. Uhmm, menyentuh tentang ini, secara terus terang saya katakan yang saya tidak begitu baik untuk menulis tentangnya. Saya memerhati dari jauh (baca : tanah asing yang jauhnya beribu batu dari Malaysia). Namun begitu, saya rasakan sungguh tidak patut juga untuk langsung tidak mengambil tahu tentang ‘cerita’ politik negara. Ramai di antara kita yang allergic dengan perkataan politik, dan saya sendiri lebih senang menggunakan siasah sebagai gantinya. (dua perkataan yang sama maksud aslinya, tapi disebabkan oleh perkara-perkara ‘tidak baik’ yang terjadi pada zaman dan tempat kita, maka perkataan politik itu menjadi sungguh tidak enak pada pendengaran telinga, pandangan mata dan renungan hati.. kasihan..)

Tewas BA, atau lebih tepat rasanya, PAS kali ini sedikit sebanyak menggoncang juga tugu hati, mengocak tasik damai (yang udah sedia beralun resah sejak beberapa waktu kebelangan ini).. Kemudian bersoal-soal pula ; mengapa? Bagaimana? Siapa? .. dan saya kira persoalan-persoalan itu mustahil dapat saya berikan jawapan yang dapat memuaskan hati dengan sebenar-benarnya, kerana ini ‘cerita’ panjang yang penuh aksi dan plot. Perlu hadirkan sabar dan setia jika mahu ikuti dan terus menunggu sampai ke penghabisan cerita. (sabar itu sangat penting, kerana saya maklum cerita ini adakalanya berat sebelah dan sering menimbulkan rasa tidak puas hati dan marah. Sabar, jika tidak akan cepat melatah bila disergah. Sabar, jika tidak akan merasa bosan sering di’pak kaduk’kan. Sabar, jika tidak akan mudah mengalah apabila masih tidak merasa manis kemenangan. Sabar kerana jalan ‘cerita’ itu tidak pernah mudah. )

Ujian. Yang saya pasti, ada hikmah pada setiap dugaan Tuhan. Para pemimpin, mereka yang mengaku sebagai pendokong dan penyokong satu-satunya parti Islam di Malaysia wajib mengambil pengiktibaran di atas kekalahan ini. Muhasabah tentang apa? Mereka yang tahu pasti lebih tahu.

Lagi saya pasti ; kemenangan Islam yang mudah adalah mustahil! *kecuali dengan izin Allah juga*

..Kau dan aku juga perlu muhasabah diri..


Hujan turun hampir separuh masa kami di Dona Bate.



Berteduh di bawah hujan..

Aku berteduh di bawah cucuran hujan,
Berpayungkan lebat titisannya yang kasar-kasar,
Berselimutkan dingin kuat hembus angin.
Menyanyi bersama irama lagunya.

Hebat turunnya bagai dicurah-curah,
Dengus tiupnya seperti dikipas-kipas,
Sejuk sapaannya laksana kucupan puteri salji ;
Yang jadi tambah dingin dengan jejeran air mata hiba.

Betapa aku dambakan,
Untuk menangis sebegitu bersungguh ;
Bila aku sujud menghadap Khaliqku.

Betapa aku inginkan,
Untuk menjadi sebegitu kasar ;
Bila aku berkonfrontasi dengan musuh Imanku.

Betapa aku impikan,
Untuk berlagak sedingin mungkin ;
Agar mudah aku kecewakan pujukan Mazmumah itu.

Aku senang begini,
Walau kata mereka ;
“ Hujan ini bawa pilu di hati..”
“ Hujan ini merampas ceria..”
Aku simpati, tapi aku tak peduli,
Kerna aku jatuh sayang padanya.

Biar aku dilanda pilu,
Biar dirampas rona ceriaku sekarang,
Aku yakini bahawa nanti,
Akan ada Nur Bahagia yang melakar sejahtera,
Sepertimana wajib mentari mencorak cahaya selepas hujan berhenti.

syaffa,
awal pagi 30 march 2004.



*seperti jua sebuah perjuangan. Jika betul benar, maka akan Allah perkenankan keberhasilan dan kemenangan ; biar sakit pedih merentas ranjau duri perjalanan. Yakin dan Sabar. Kelak ada cahaya Najah yang bersinar terang. Allahu Akbar!

Namun alhamdulillah, kami masih punya kesempatan untuk meneruskan aktiviti seperti yang dirancangkan pada awalnya ; walau tidak kesemuanya. Aktiviti makan-makan (ini aktiviti yang pasti berjalan walau apa pun kondisi cuaca dan keadaan! :p) dan Treasure Hunt sempat kami sudahkan. Treasure Hunt yang memenatkan, tapi diakui menyeronokkan. Saya bagai menemui cara baru ‘melarikan diri’ dengan berlari-lari bebas di padang luas mencari klu-klu yang disembunyikan di merata-rata tempat ; pada tunggul kayu mati, pada dinding rumah tinggal.. hatta di dalam tong sampah! Huhuh..

Kesimpulannya, outing hari itu meriah.. dan yang paling manis, bila menambah lagi satu pengalaman menyembah Tuhan Pencipta ; berimam di atas padang rumput hijau, di bawah lembayung langit biru tinggi.. taambah manis bila solat diakhiri dengan sambutan dari rintik halus air dari langit yang menimbulkan suasana syahdu!

..dan aku menemui juga tenang pada dingin titis-titis hujan..

Allah Hafeez.