Demedim Me

Sunday, May 30, 2004

menulis dalam musim imtihan ;)

*Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Baru balik dari SPAR (lebih kurang macam Seven Eleven kalau di Malaysia), menemani Cik Lin membeli mancis (mahu menyalakan scented candle di lounge) dan serbuk lada hitam yang diminta Cik Ila (yang memasak nasi goreng + ayam goreng spesel.. yummy..) Petang ini cuaca sangat cantik, walau tadi pagi langit gelap mendung bagai mahu hujan. Seronok jalan-jalan ambil angin di luar. Hangat yang tak keterlaluan, dingin yang berpada ~ nyaman. Alhamdulillah =)

Bicara dengan kasih-kasih di rumah tadi. Saya call agak lewat ; kurang lebih jam 11.10 malam waktu Malaysia. Mak dah masuk tidur, tapi, seperti biasa, Mak pasti melayan saya bercakap, bersembang (membebel, hehe) tiap kali saya hubungi. Lebih 30 minit juga saya curi waktu rehat Mak, padahal baru hari Rabu lepas kami 'bergayut' selama hampir 1 jam. Kalau sebelum-sebelum ini, di waktu-waktu biasa (specifically bukan semasa imtihan), bercakap lama sedikit, Mak mesti sound : "Dah la tu kakak, karang habis kredit calling card tu, tak boleh call Mak dah".

Alahai ;) Macam lah tak boleh beli lagi? Hehe..

Tapi, untuk 'edisi imtihan' ini, Mak akan layan jugak saya bercakap walaupun sebenarnya tiada perkara/topik penting yang mahu diperkatakan. Saya mesti call Mak, nak dengar suara Mak, nak kutip kasih Mak, nak kongsi rindu Mak, nak tadah restu mak, nak berkat doa Mak. Saya temui tenang selepas cakap dengan Mak. Rasa ringan je kepala, rasa bersemangat je nak hadap buku semula. (err.. and for some reasons, I felt like crying too, eheh). Memang ade magic la dengan suara Mak ni. (semua orang setuju, kan??) =)

Abah selsema sikit, simpati. Tapi Abah sempat jugak bagi pesan. Abah kata, jadi lah macam setem. Saya tanya balik, kenapa setem? Abah cakap, setem ni penting, setem ni amanah. Kalau tak ade setem, surat takkan sampai ke destinasi. (macam kata Mak : kalau tak ada setem, tak sampailah surat Mak untuk kakak). Lagi, setem yang pengirim lekatkan atas sampul surat, bila sampai kat penerima, setem tu tetap jugak berada kat tempat yang dilekatkan tu, setem 'tak lari' menyorok dalam sampul surat, atau setem 'tak lompat' pergi kat sampul surat lain. Kalau tak, tak sampai jugak la surat tu. Setem amanah dalam menyampaikan amanah orang. Oooo.. Lama jugak saya berfikir, nak fahamkan betul-betul maksud Abah. Sampai kan setem pun boleh dibuat contoh bidalan.. =)

Mengenai imtihan saya pula, Mak dan Abah bagai berpakat untuk menyampaikan ayat yang sama. (eh, ade ape-ape ke Puan Mak dan Encik Abah ni? Hehehehe :p) :

"In sya Allah, kakak boleh buat punye. Mak/Abah yakin la dengan kakak.."

Mak, Abah.. Thanks for having faith in me. Tima Kasih jugak atas doa dan restu. Tima Kasih untuk semua-semuanya! =) =). *waaa.. ni yang rasa nak balik sekarang jugak nih!!

" Allahumma ighfirli zunubi wa li walidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.."
-Wahai Tuhan, ampuni dosaku juga dosa ibu-bapaku, dan kasihani mereka sebagai mana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil (malah lebih dari itu, Ya Allah).-


Kemudian, saya 'kacau' Kak Amni (yang disayangi dan dirindui ~wink~). Lama jugak bersembang, almaklumlah, dah lama tak jumpa. (padahal, selalu je chat di yahoo msgr :p). Bercakap dengan akak yang seorang ini, selalu saya rasakan betapa banyaknya perkara/ilmu yang saya tak miliki, tak tahu. Sejak dari dulu-dulu lagi. (she was my kakak usrah back in high school).

Dalam sembang-sembang kami, dalam ketawa meriah (imbas balik kenangan-kenangan sekolah lama.. aiyah, segan je bile fikir-fikir balik.. ngee), sempat dia berpesan tentang konsep ihsan dan pentingnya memiliki malu.

Dia memetik kata orang 'aalim :

".. malu kepada lelaki itu bagus, tapi malu sesama kita perempuan tu lagi bagus. Sifat pemurah pada orang kaya itu bagus, tapi si miskin yang pemurah lagi bagus.."

Dan bila menyentuh tentang ihsan, katanya :

".. contoh macam As call Kak Amni ni, tahulah sebab rindu kat I (sempat lagi perasan tu :p), tapi kalau kita nak kaitkan dengan Allah, jadinya, dengan As call Kak Amni ni dapat eratkan lagi ukhuwwah. Allah kan suruh kita jalinkan ukhuwwah.."

..kerana, apabila kita sebatikan diri dengan ihsan, segala-galanya, semua-semuanya yang kita lakukan adalah hanya untuk Allah. Bila melaksanakan sesuatu kita bagaikan melihat Allah, atau jika sukar begitu, maka yakinkan diri kita bahawasanya Allah sentiasa memandang kita. Pada setiap gerak laku, pada setiap lintasan niat di hati, pada setiap buah akal fikiran.. pada setiap hembusan nafas, pada setiap degup jantung.. pada segala-galanya! Dan, jika benar kita hidup dengan ihsan ini, akan terpeliharalah kita dari sebarang perkara mungkar dan keji. Namun, bak kata Kak Amni, itu bukanlah perkara senang. Bagi saya, untuk menenun rapi ihsan dalam lipatan hidup kita, bukan lah sesuatu yang boleh kita take for granted. Perlu usaha.. (saya mengingatkan diri sendiri terutamanya, dan jika mahu, ambil ini sebagai peringatan untuk anda juga).

Untuk Kak Amni : Terima Kasih atas ukhuwwah ini. And thanks for being my dear big sista =) =). P/s : ingat aaa.. itu bukan jiwang, tapi seni menghargai! :lol:




Assalamualaikum warahmatulah.
Pengunjung Demedim Me yang budiman,

Nak kenalkan korang dengan 'seseorang' :-D



Comel tak teddy bear ni? Nama dia myTeddy. (apa? Tak macam nama teddy bear pun? Eh, ini teddy bear saya, suka hati saya lah nak bagi dia nama apa. Hehe). myTeddy ni lah yang meneman saya waktu study. Saya berjaga malam, dia pun jaga sama. Best sungguh myTeddy ni, dah la cute, baik hati pulak tu! ;) ;) ;)

Terima Kasih ya datang menjenguk, walau lama saya tak tulis entry baru, walau blog ni macam terbiar langsung. Really appreciate that. =)

Sign,
syaffa. (yang mesti pulun satu paper lagi. Lepas tu, boleh la dia menulis banyak-banyak.~grin~)





*entry ditaip ± jam 8 'petang' sabtu, 29 jun 2004 (waktu tempatan eire).

Allah Hafeez =)

Wednesday, May 19, 2004

tajuk : apa-apa pun boleh ;)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Lama tidak mengemaskini blog. Idea ada, rasa mahu menulis pun ada, cumanya dalam masa-masa genting begini, serasa tidak patut sungguh jka saya menurut patuh rasa hati (mahu menulis dan 'menyonteng', :p) lantaran persediaan untuk imtihan masih banyak yang perlu 'dikemaskini'. (uhuhu..)

Di sini, saya sediakan link, kiranya kalian sudi untuk menjamu mata dengan tulisan saya dalam entry awal-awal dulu. (Tak silap saya, hampir 2 minggu menulis, baru saya 'kenalkan; blog ini kepada teman-teman.. itupun setelah ditegur seorang kenalan, katanya : "Buat apa menulis di blog kalau bukan untuk dikongsi baca?" :). Dan sebetulnya, saya harapkan ada kebaikan yang sama-sama diperolehi hasil dari kongsi-kongsi ini :).)

Dua posting ini menyentuh tentang 'konsep pendorong' dan 'hakikat persandaran' dari apa yang saya pegang dan fahami.

Ikut kronologi, mula-mula baca yang ini :Hati Pendorong.

kemudian yang ini :Persandaran

Harap sudi membaca, dan kemudian nyatakan :
Jika ada skala 1 hingga 10, mengukur kadar independency, mengukur kadar perlu atau tidak seseorang itu kepada dorongan/sokongan dari orang lain, 1 : sangat dependent dan sangat memerlukan sokongan/dorongan orang lain, 10 : sangat independent dan tidak langsung memerlukan sokongan/dorongan orang lain, agaknya saya berada di skala ekstrim 7 atau 8?

atau, anda setuju langsung dengan pendapat saya. ;) ;)

Respons kolum Ramah Bicara (yang tinggal terbiar.. kesian :p)

kuzer : emm, program tu agak menarik in the sense that it shows the real situations and things that happen around us. dan sebagai penonton, kita kene bijak la sikit pilih-pilih input yang disampaikan dalam program :)

Kak zalina : Ai Akak Comey :). sihat? 'eberything' ok? itulah, bila dah hilang malu. simpati jugak sebenarnya, sampaikan kita pulak yang rasa malu sebab hal diorang ni. Tapi memang nyata la sekarang : Malu tu fitrah semulajadi manusia. walau cemana tak malu pun, sampai satu tahap malu tu pasti hadir jugak.. (err, paham ke ayat saya nih? hehe). dan sekarang, tugas kita la pulak nak meletakkan malu itu pada tempat yang sewajarnya :)

Ustad_ralf : Nasyeed tu kire best la jugak :D. dan kalaulah cerita pasal baby dalam jenny jones tu, ditayangkan di Malaysia dengan mengenengahkan situasi di Malaysia sendiri... really, couldn't (dont want to) imagine what sort of cummunity we're living in.. nauzubillahi min zaalik!

kupu_kecil : ish ish ish.. kiutnye nick dia! :) :). Selamat datang, rasa saya ni pertama kali nampak nick ni kat demedim Me. "syaffa mane yer?" <-- ni bertanya syaffa mana satu (sebab kenal banyak syaffa eh, kupu_kecil? :p), atau bertanya syaffa di mana? words can be quite confusing sometimes, hehe.. saya belajar kat RCSI, Dublin. kupu_kecil (aiya.. can't stop thinking that the owner of this nick must be a cute lil' adik pompuan la, hehe..) plak belajar kat mane?

ooo : terima kasih encik Exco. (isk, awat tak tukar lagi nick ni?). baru je abis paper tu tadi. Kawin? haaa..? ;) (confused)

kuzer : that was main-main lah. :D

p/s : penggunaan perkataan 'depressed' dalam entry lepas telah digugurkan, kerana saya dapati perkataan 'depressed' itu agak berat dan serius. dan saya tak lah mengalami keadaan sebegitu melainkan cuma rasa kurang selesa dan tak lah gembira (seperti gembiranya saya bila memikirkan tentang hari pulang ke Malaysia nanti) sentiasa. Peperiksaan bukanlah sesuatu yang 'best' untuk saya :D :D :D

oh ya, hampir lupa saya. mahu khabarkan,genap 2 minggu saya tidak keluar rumah (kecuali malam isnin tempoh hari, keluar hirup nyaman udara malam). hari terakhir keluar ialah rabu lepas-lepas, hari terakhir biology lab. Dan rabu semalam saya keluar dari 'gelas kaca', memaksa diri ke kolej. Itu pun kerana saya mahu menggunakan computer di lab comp, membelek-belek lampiran slides praktikal lepas. (haa.. kalau mahu menggunakan internet dalam masa yang lama, gunakanlah perkhidmatan internet free di kolej, jangan layari dari rumah. gunakan perkhidmatan free dengan sebaiiknya, hehehe). Pokok-pokok di tepi jalan, kalau kali terakhir saya lihat (dua minggu lalu lah) masih nampak coklat reranting 'botak', tapi semalam, dedaun sudah tumbuh menghias cantik.. bebola mata tak duduk statik, terpesona dengan panahan hijau ajaib! (bahana tidak keluar rumah lama! :p)

Pepohon sudah hijau merimbun rupanya! Subhanallah, damai amat kelihatan,,
+Allah hafeez =)

Saturday, May 15, 2004

Nasihat

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Lama saya ulang baca archive sembang-sembang dengan seorang teman tempoh hari. Minta saya beri nasihat, lantaran katanya sedang berada dalam keadaan 'tak berapa best' :



Humm.. tahu apa yang menyebabkan saya beri lebih perhatian pada potongan ini?

Sebabnya, kalau hari tu nasihat ni saya berikan pada teman itu, tapi sekarang, nasihat yang sama saya rasakan perlu diberikan pada diri saya sendiri.. exactly the same thing.

Orang cakap : Hidup ni macam putaran roda. Kadang-kadang kita di atas, dan kemudian, kita berada di bawah pula.

Betul sungguh! Sebab itu, kita jangan lah bermegah-megah, gembira lebih-lebih bila kita berada 'di atas', kerana tidak mahu nantinya, bila berada 'di bawah', sedih dan pilu menguasai, tersungkur kekuatan diri dan payah nak bangkit kembali..

Untuk kawan-kawan yang pernah 'dinasihati oleh saya', mahu saya nyatakan di sini. Orang yang kalian minta nasihat daripadanya ini, banyak sekali kurangnya, banyak sekali cacat celanya.. dan seringkalinya, nasihat-nasihat yang saya utarakan pada kalian, sebernya lebih cocok untuk dipulangkan kepada diri saya sendiri. Justeru, saya lebih senang jika di masa-masa akan datangnya, kita tidak lagi meminta atau memberi nasihat, tetapi berkongsi : saling menasihati dan mengingati antara satu sama lain :)

Allah Hafeez.

Friday, May 14, 2004

Bila dah hilang malu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Petang semalam, waktu santai-santai di lounge bersama Kak Hanim, kami tonton bersama satu slot di RTE One ; Jenny Jones. Jenny Jones (nama pengacara program) ini sebuah rancangan yang mengenengahkan real issues happen to real people, dalam bentuk yang bersahaja. Jemputan akan diminta menceritakan masalah yang dihadapi, selalunya between partners, dan pengacara dan penonton be the judges, not trying to solve the problems, instead more to putting the blame on someone's shoulder. Bila dah bergaduh macam tu, mulalah, bercakap yang buruk-buruk tentang satu sama lain (partners). Habis semua dimuntah keluar.. Entahlah, tak tahu apa matlamat rancangan, kalau nak membantu selesaikan masalah, humm.. tak berjaya sepenuhnya, saya rasa. Tapi, yang menariknya, dari slot ini, saya dapat lihat situasi nyata yang berlaku di luar sana. Betapa kroniknya!

Oh ya, mahu bercerita tentang slot semalam : "Who Fathered My Teen's Baby?" Saya tak ikuti dari awal, tapi beginilah jalan rancangan secara kasarnya : Beberapa teenage couples menjadi 'ahli panel' ; si wanita yang telah mengandung dan melahirkan anak luar nikah dan pasangan yang dijangka sebagai ayah kepada bayi malang terbabit. Ok.

Kes pertama, seorang gadis kulit putih yang menuntut seorang budak lelaki (yang tak berapa putih) supaya bertanggungjawab terhadap bayi lelaki yang dilahirkan, kerana si gadis macam yakin 'gile' (maaf, bahasa kurang sopan) lelaki itu adalah ayah bayinya. Kes pertama ini agak menarik, sebab kedua ibu budak lelaki dan budak perempuan tu hadir sama. Masing-masing mempertahankan anak sendiri. Bergaduh, buruk tahu, bila orang dewasa bergaduh!

And it turned out that, from the DNA test made by a professional, the boy is not the biological father of the baby!!!!! Hah! Korang patut tengok muke budak perempuan tu, bila dapat tahu the truth. Pucat. Dia macam tak tahu nak cakap apa. Bila Jenny tanya dia : "so, do you have any idea who's the real father is?" Dia geleng-geleng aja. Hello! Boleh tak tau tu? Mak dia lagi lah malu-terkedu, siap cakap kat Mak budak lelaki tu : " I don't wanna see your face anymore!". Malu? Tahu pun malu.. ingatkan dah hilang langsung rasa malu tuh. Dan mak budak lelaki tu happy sungguh! Siap melompat-lompat lagi. Menang atas apa? Maruah yang tergadai?

Kes kedua, seorang gadis kulit hitam yang agak cantik, seorang ex-boyfriend dan current boyfriend. Anak luar nikah (diorang peduli apa!) ni pun tak tahu siapa biological father dia.

Keputusan DNA : The ex-boyfriend is the biological father. Budak perempuan tu menangis, sebab dia harapkan boyfriend dia sekarang yang jadi ayah untuk baby dia. Berkeras tak mahu the old guy untuk campur tangan, dia cakap yang dia dan the new guy boleh uruskan anak tu. (Baiknya la boyfrien baru dia tu, ye?). Tapi, the real father nak jugak pikul tanggungjawab terhadap anak diorang..

Kes ketiga, budak perempuan kulit putih bertocang dua, dan dua orang bekas teman lelaki. Sorang ni, tua banyak tahun dari budak perempuan tu, dan sangat berharap agar bayi tu milik dia (pulak!) sebab kalau baby tu anak dia, peluang untuk kembali bersama dengan budak perempuan tu cerah. Dan seorang lagi, ni muka dia memang macam budak lagi.

Keputusan DNA test : Lelaki yang tua tu bukan ayah. Kecewa sungguh dia, terus bangun dan tinggalkan show room. Budak perempuan tu lega, sebab dia tak nak lelaki tu jadi ayah anak dia (boleh pulak macam tu ye.. boleh cakap nak ke tak nak?) Ok, settle with the first guy. So, kira nya, budak lelaki yang muka macam budak-budak tu lah ayah dia kan? BUZZZ! No no no! Budak lelaki tu pun bukan ayah baby tu!! Terkejut semua orang, audience yang hadir di studio pun stunned! Budak perempuan tu muka cam confused, malu jugak lah. (well, at least, I think she should be). Tak tau atau tak ingat? So, who's the father? (hah, sedangkan budak perempuan tu pun tak tau, takkan aku pulak yang tau?) Ugh.. sedangkan katak jantan pun reti nak tolong isteri-katak betina jaga telur-telur katak tu, dan of course tau yang telur-telur tu hak milik dia.. inikan pula manusia??

Fourth case, ex-couples and a baby in question. But this time, the girl is so sure that the baby's theirs but the boy denies.

DNA test tells it all : the baby is theirs. You can see it quite easily. The father and baby boy looks' resemble one another. Memang saling tak tumpah, tu pun tak nak mengaku lagi! Ibu pun berkeras tak mahu si ayah campur tangan sebab dia dakwa si ayah kuat minum. Tapi, ayah berkeras mahu bertanggungjawab dan berjanji untuk give up the drinking habit.

Baik, selesai untuk pembentangan kes.

Betapa jelasnya sekarang, mengapa Islam mengharamkan hubungan luar nikah, zina. Inilah dia kesan-kesan nya. Lahir anak yang rosak nasab keturunan, tak tahu siapa ayah. Hidup susah tak terbela, lagi kesian kalau yang melahirkan itu gadis remaja mentah. Bukan aje hidup anak yang tak tentu, nasib si ibu (kalau layak dipanggil ibu) pun entah macam mana. Dengan tak tahu (tak ingat) siapa yang nak berkongsi pikul tanggungjawab, dengan masalah emosi-perasaanya.. ish. Tapi kesian si anak yang tak berdosa tu la, rosak. Betul, kita tak boleh cakap bayi kecil ni confirm spoiled, sebab kalau Allah nak bagi Hidayah, siapa-siapa yang Allah nak boleh dapat. Tapi, kalau seawal proses kejadian anak tu pun dah tak elok jalannya, jangan lah kita letak harapan tinggi untuk si anak membesar menjadi seorang yang baik terpuji terpimpin hidupnya.. kesian kan.. tak berdosa langsung diorang tu..

Geram kat budak-budak perempuan dan lelaki omputeh tu? Memang lah.. tapi ape sangat la pun nak dimarah-marahkan. Dah cara hidup diorang macam tu, tah ke mana hilang sopan, tah ke mana hilangnya malu.. And for some reasons, they seem to be very proud of their modern life! Hahah! Tu lah, bila perintah agama diorang sendiri pun ditendang-tendang macam bola, boleh diubah dipinda ikut suka sendiri.. Nak ajak berhukum dengan cara Islam? Uuuuu.. scary eh? (dah diorang kapir.. apa nak cakap?)

Guna perkataan budak-budak sebab memang diorang budak-budak lagi. Kalau tak pun, orang dewasa yang berpikiran cam budak-budak.. tak reti nak pikul tanggungjawab!

Tapi, yang dirisaukan sangat, yang difikir-fikirkan sangat, kalau budaya tak senonoh diorang ni menular dan diterima dengan tangan terbuka (kalau pun tak la sampai tiada talam daun nyiur kami tadahkan), dan seterusnya bertapak kukuh dalam budaya orang melayu kita, tak kisahlah di luar negara ni atau di tanah air sendiri. Kalau setakat menular, memang dah lama.. Kalau dok obersi ni, jauh dari mata pandang mak ayah, lagi jauh la boleh terbang dengan sayap noda tu. Ish, ingat-ingatlah kita sama-sama. Kalau datang belajar jauh-jauh, dapat segulung ijazah, tapi moral hampeh, apa guna? Kat Malaysia sendiri pun apa kurangnya.. Ada je pelajar melayu muslim kita yang dok serumah laki pompuan. Kalau tak pun, bebas je masuk rumah (baca : bilik pun sama) teman yang lain jantina. Kawan pun dah tak larat nak nasihat. Ramai, lagi la susah nak cater.

Humm.. kadang-kadangkan, rasa bertuah jugak tercampak kat sini. Walau pun kedengaran lagi horror, belajar kat negara barat yang memang teruk penyakit sosialnya, tapi alhamdulillah, tercampak dengan kawan-kawan yang boleh menegur dan tak lokek menasihati. Macam lagi terpelihara pulak berbanding sesetangah tempat kat Malaysia sendiri.. (Oh Malaysia ku!) Lagi menyakitkan kepala, bila orang atas silap letak risau diorang. Golongan-golongan yang nampak lebih cenderung ke arah Islam diberi perhatian utama. Ada je nak dijadikan sebab agar remaja yang sayang dengan Islam ni tak senang hati. Yang sebahagian golongan lagi pulak, yang suka pergi konsert-konsert, yang suka menikmati angin malam berdua-duaan atas bangku belakang pokok tepi tasik, (atau yang pergi nite club minum-minum)..dibiarkan aja. Eh, silap.. bukan dibiarkan aja, tapi nak dihidupkan kembali budaya jahiliyyah tu.. Tak paham.. tak paham.. (ke aku yang tak paham sebab aku tak layak dan tak reti nak berfikiran sebagai pak menteri?)

Bila masalah dah makin meruncing, sampai kes buang anak yang sampai sekarang tak terbendung, pening lah pulak kepala mereka yang bertanggungjawab memikirkan cara nak menangani. Pening-pening fikir nak naikkan kadar denda ke (dari kecik-kecik dulu aku rasa tak puas hati betul ngan hukuman bayar-bayar ni. Dah tu, kalau orang banyak duit, apa kisah? Lebih dari tu pun boleh bayar! Ngarut!)

Jadi, apa cara penyelesaiannya? Tak lain tak bukan ; kembalilah kepada Islam.

Haa.. bila cakap kembali kepada Islam, janganlah pulak mengecilkan skop fahaman kita semata-mata pada hukuman hudud. Kembali kepada Islam dengan mengambil dan menjadikan Islam sebagai cara hidup mutlak. Dah nama pun cara hidup, maka ia mencakupi segala-galanya tentang kehidupan manusia baik di dunia dan juga sebagai persediaan untuk ke akhirat kelak. Islam ni cukup sifat semua : aqidah dia, muamalat dia, munakahat dia, perundangan dia, tamadun (eh, guna perkataan hadharah lah, glemer sikit) pun dia! Tak de pembahagian antara urusan dunia dan agama (konsep sekularisme) atau pembahagian antara Islam aqidah dan Islam tamadun.. there is no such thing! Sebab Islam tu satu dan lengkap semuanya dalam yang satu itu.

Berbalik kepada masalah zina, macam mana dengan kembali kepada Islam tu dapat menyelesaikan masalah? Bukan, bukan. Pengamalan cara hidup Islam bukan sahaja menyelesaikan masalah, tapi membanteras masalah dari akar umbi dan seterusnya mengelakkan dari berlakunya masalah terbabit. Kita tengok satu-satu.

Sebagai individu, kalau kita hayati betul-betul ajaran Islam, kita ikut satu-satu yang dianjurkan, is sya Allah, terlepas kita dari perangkap zina ni.

Firman Allah : ".. dan janganlah kamu mendekati zina.."

Tengok tu, bukan aje zina, malah segala yang dapat membawa kepada zina pun Allah dah larang kita awal-awal lagi. Kemudian, Islam jugak ada ajar kita, baik muslimin baik muslimat, macam mana cara untuk berakhlak dalam kehidupan. Berakhlak dari segi pemakaian, berakhlak dari segi pergaulan. Dan banyak lagi perkara yang diajarkan pada kita agar nanti, hidup kita ni sentiasa berada dalam lingkungan perkara-perkara yang Allah benarkan, which is dalam keadaan baik la.

Sebagai ahli masyarakat pulak, kita mesti ambil berat tentang tindak tanduk sahabat kita. Jangan pulak disamakan dengan sikap menjaga tepi kain orang : sibuk-sibuk dengan perkara yang tak sepatutnya. Tetapi, kita wajib ambil tahu tentang perbuatan sahabat kita, terutamanya jika dikhuatiri teman tu berbuat perkara yang tak baik. Macam kata Ustaz Hasrizal dalam kuliyyah tafsir via yahoo messenger tadi, kita kene tunjuk yang kita sayang pada seseorang tu wakyu hayatnya masih ada, dengan cara kita ingatkan dia, nasihatkan dia dengan Al-Quran. Bukan selepas meninggal orang itu, baru lah nak dibacakan surah itu ini.

Sabda nabi yang lebih kurang bermaksud bukanlah seseorang itu dari kalangan Baginda (kalangan orang Islam) jika dia tidak mengambil tahu tentang urusan saudaranya. (au kama qaal).

Sekurang-kurangnya, dengan sikap mengambil tahu tu, dapat kita elakkan berlakunya perkara-perkara yang tak baik dalam masayarakat kita.

Sebagai pemimpin (tak semua tergolong dalam ni), kembalilah. Berhukumlah dengan Al-Quran. Kalian orang penting, kerana, dengan kuasa yang ada pada kalian, dapat kalian bina bentuk sebuah negara yang aman merdeka, tenang damai, yang mana rakyatnya punya akhlak tinggi, iman mantap yang selari dengan majunya tamadun di bawah naungan panji Islam.

Nah, bila individu baik terjaga, masyarakat bersih terpelihara, negara Islamik sentosa, in sya Allah, bukan sahaja masalah zina, malah segala masalah-masalah lain ikut lenyap sama.

Teringat perbincangan hari tu, tentang kesaksian kesalahan zina. Kalau nak dakwa orang berzina, mesti ada 4 saksi lelaki yang boleh dipercayai, dan lagi, perlakuan zina tu mesti disaksikan dengan jelas nyata : kalau waktu belajar PSI-Pendidikan Syariah Islamiyyah dengan Ustazah Aziah dulu, ayat dia lebih kurang macam ni : nampak jelas seperti keris disarung masuk dalam sarung keris tu. Ha, jelas nyata. So, timbullah persoalan, kenapa nak tunggu sampai 4 orang saksi? Dah lah kena nampak betul-betul. Bukan senang nak dapat 4 lelaki beragama sekaligus in such occasion! Dan di sinilah nampak betapa cantik sempurna hukum Allah ni. Prevention. Kalau seorang lelaki beriman, berada dalam keadaan menyaksikan kemungkaran jelas di depan mata, takkan dia berdiam diri membiarkan, mustahil! Takkan jugak dia pergi berlari panggil lagi 3 kawan untuk sama menyaksikan kemungkaran! Tak de kerje! Sebaliknya, dia akan cepat mencegah sebelum maksiat berlaku. Ha.. nampak tak sekarang? Betapa sempurnanya hukuman Pencipta yang selayaknya maha tahu segala-galanya mengenai tabiat kita.

Adik-adik di rumah dah besar-besar. Saban hari terdedah dengan suasana sosial negara yang makin hari makin membimbangkan. Ish, gerun jugak bila fikir-fikir. Tanggungjawab kita, sebagai abang, sebagai kakak, sebagai kawan untuk menasihati adik, teman dan sesama kita sendiri. Kalau rasa westerners tu dah teruk sangat, kita sama-sama doa dan usaha, agar negara kita pun tak jadi benda yang sama. Kalau kita sendiri pun tak sedar dan tak langsung rasa bimbang dengan suasana genting sekarang, tak tahulah.. Jika dibiarkan saja, tak mustahil budaya-budaya hodoh jahiliyyah tu berleluasa kembali. Nauzubillah.

Ahah.. dah jauh sangat ke menyimpangnya saya? Humm.. harapnya, dapatlah diambil beberapa point dalam entry kali ni. Kalau rasa perkataan/ayat yang digunakan agak kasar, maaf lah ya.. Sekali sekala menulis dalam bahasa rojak, menarik jugak ;).

Betapa ya, kalau dah roboh benteng malu tu, sampai kisah dalam kelambu pun boleh jadi isi penting perbincangan, dihebah-hebah pada semua orang.

Betapa ya, kalau dah terbang hilang malu tu, masyarakat-negara sendiri yang udah kronik kondisi tak nampak-nampak, tapi sibuk-sibuk mahu campur tangan dengan pentadbiran negara orang.. apa tu, mahu civilized kan negara orang lain? Ironi, kan?

Betapa ya, kalau dah tak ada rasa malu tu, sistem sendiri yang maha pincang dirasa sangat bagus dan rasa hukum Pencipta yang sah-sah perfect tu out dated!

Betapa ya, kalau dah hilang malu itu!

Sabda Nabi : Malu itu sebahagian dari Iman.

Haa.. kalau rasa isu bersekedudukan, anak luar nikah ni macam jauh sangat dari diri kita, dan kalau tak rasa bersangkutan langsung dengan bahana hilang malu ni, think twice my friends. Simptom hilang malu ni, bukan aje kita nampak pada kes-kes besar dan kronik macam kupasan entry hari ni, kalau kita tengok lagi teliti, entah-entah pada diri kita sendiri pun ada tercalit sama kayap hilang malu tu.. check, jangan tak check! (aku mengingatkan diri sendriri).

Ingatkan aku kalau aku lupa,
Nasihati aku kalau aku salah,
Betulkan aku kalau aku menyimpang,

Allah Hafeez.

Sunday, May 09, 2004

Buku

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Membelek kertas bertulis senarai buku-buku yang dikirim seorang teman untuk dibeli sewaktu pulang ke Malaysia nanti :

Debu Hiroshima oleh Osman Puteh
Al-Syiqaq oleh Shahnon Ahmad.
1515 oleh Faisal Tehrani.
Rona Bosphorus oleh Zaid Akhtar.


Kebetulan, 2 novel yang dipesan (1515 dan Rona Bosphorus) juga ada dalam senarai kasar buku yang saya mahu dapatkan. Wah, sekali fikir, kalau macam ni, tak payah lah saya beli dua buku tersebut, boleh minta pinjam aja darinya ;). Tapi.. ish.. tak boleh, tak boleh! Mesti beli, untuk simpanan koleksi sendiri. *Err.. Ini jatuh dalam katogari tamak jugak ke? :p.*

Sebut pasal novel, teringat pula saya : Sejernih Salsabila karya Saudara Amiza Khusyri Yusof yang saya intai-intai pandang sejak awal tahun ini. Hajat di hati, mahu mendapatkan senaskah hasil karya penulis muda tanah air tersebut. Sudah saya hubungi penulis sendiri (yang memberi kerjasama yang amat baik, terima kasih ya) berbincang mengenai urusan pembayaran dan penghantaran (saya mahu dihantar ke sini.. tak sabar-sabar :p). Namun, atas sebab-sebab tertentu, dari pihak saya sendiri, maka urusan pembelian masih belum selesai. Humm.. susah-susah sangat, balik nanti saya cari sendiri buku tersebut, harap-harapnya masih belum kehabisan stok! ;)

Lawat :

Amiza Khusyri Online [AKO] dan baca pengenalan Sejernih Salsabila. Juga terdapat pengenalan buku Rona Bosphhorus (Zaid Akhtar) dan Jejak di Thur Sina (Faizah Othman) di sini.

Faisal Tehrani Online ::Gerbang Wacana Sastera Malaysia::

Zaid Akhtar penulis Rona Bosphorus.

Lawatlah. Setidak-tidaknya, kita tidak dilabel sebagai pembaca generasi muda yang hanya kenal Judith McNaught, Daniel Steel, John Grisham atau JRR Tolkien! ;)

Nota Biology Sir Kavanagh (atau Sir Elliot??)

Sedang 'pening-pening' menghadami ilmu Biologi : Saraf, satu ayat dalam nota buat saya senyum sendiri! ;)

" To further confuse the students, bla bla ... "

Humm.. mahu ambil hati, pulihkan semangat para pelajar yang sudah sememangnya confuse (err.. at least, i am! :p), mungkin? hehehe..

+Allah Hafeez =)

Saturday, May 08, 2004

Bloggers

In the Name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate.

I stumbled on this article in USATODAY.COM : Iraqis enjoy new freedom of expression on Web Journal on the main page of Blogger.com. Eager to know what the title would lead me to, I clicked on the link even though the sight of USATODAY.COM somehow did make my poor stomach feeling sick!

After a few lines of hey-look-what-Bush-did-to-free-Iraq comment on freedom of expressing one's view on the web and to be heard by all people, which Iraqis nowadays have unlike those times under Sadam's reign, the reporter's highlight was more on blogs (short formed from web log) owned by Iraqis bloggers.

The web log written by some Iraqis mainly talked about the suffering, hatred and grieve they feel after what has happened to their beloved country. Taking A Family In Baghdad for example. This blog, maintained by mother Faiza and her sons, is lovely written in such a way that, in my opinion, one can really feel like experiencing the devastating massacre they encounter every single minutes of the day.

I went to bed early because it was such a tiresome day. I was awaken by the sound of a fighter jet that was flying too near like it was going to bomb a near target. It kept circling around. I left the bed to drink some water. Majid was awake and it was 1 AM. I asked him why that is. And he said that he couldn't sleep because of the plane. I said maybe it was bombing Falluja and it turns over Baghdad to return to them. I felt sad and wished that this hard time is over soon. We all want peace and we don't know who wants this fighting to go on like this shattering our lives and dreams.

-A chapter Faiza wrote in her blog.

Not like the family's blog which is strongly against the war brought over by US, another blog owned by 3 Iraqis professional brothers : Iraq The Model is written in a pro-US tone.

"My ideas are very shocking to people." Ali says. "I tell them I am a friend of America, a friend of Israel. Some of my colleagues at the hospital think that I am an infidel. It is impossible to change a man's mind, but you can only make him consider other alternatives."

-A section from the article in USATODAY.COM.

Allah is The Greatest!! Even this malfunction and distorted servant of Allah (that's me) feel like punching him hard on his face for saying such a filthy words!

I have not got the opportunity yet to really digest the words in Iraq The Model, but the outcomes of scheming through the blog, which has an image of the new Iraq flag : with similar colors as those painted on Israel's (laknatullah), gave a bad sign and I am not very happy with the contents.

Claiming that they had enough of suffering when Sadam was in control, they now live with the idea of bridging the gap between US and Iraq and also with the entire Islamic world. (telling you the truth, my humble brain could not think of any way they will manage to 'make a bridge with the entire Islamic world', looking at the path they choose to go through).

The two brothers work as dentist while the other's a pediatrician. What a lost! Islam needs it's believers with good qualities such as these to help rebuild Islam in Iraq.

But I guess, this is what happens when we forgot how to give thanks to Almighty God for the nikmat He gave us, when we do not know how to differentiate between friends and enemies, and when we let our hearts be lead by thaaghut! Wa na'uzubillahi min zaalik.

Another chapter in Faiza's writing :

Newspapers, radio stations and satellite channels keeps pressing on our nerves. Maybe in The rest of the world they're getting bored of listening to our news. They'll start looking for less enraging and disgusting topics.. I don't blame them. Human beings are weak creatures with low threshold when it comes to listening to painful and irritating news. The world will get bored and stops listening. The ones who planned for all this devastation will go on with their plans uninterrupted. Will they win?? I don't know. If we were negative and weak, then they'll win. That's the way it is. People keep their heads low because they are afraid and they want peace of mind. But what about us? What's left of our lives? What do we bet on?

Ahh.. I'm one of those mentioned ; ones with low threshold. Feeling safe and comfortable lying on my back on the green field by the pond, in a little, beautiful secret garden of my own world. And sometimes, I can be so insensitive!..

Get up syaffa, and look..
So that you are aware of what haunts the life of your Muslim Fathers, Mothers, Brothers and Sisters out there.
So that you can spare a place in your heart and in your du'a for those who are really in need.
So that you would be very thankful of every little happiness Allah bestowed upon you, in the remembrance of elderly man and women who have forgotten that they actually own some, and for little boys and girls who have no idea that they too, have the right to feel some.
So that you will always be reminded of the huge responsibilities you are going to live with throughout your life in Allah's world.

+Allah Hafeez.

Tuesday, May 04, 2004

iTunes

In the Name of Allah, Most Merciful Most Compassionate.

Tadi tolong Cik Ila pilih-pilih lagu dari koleksi nasyeed simpanan saya, untuk di'burn'kan. Sebenarnya, Ila nak nasyeed Mencari Cinta Sejati by Caliph tu aja, tapi dah alang-alang, baik burn satu cd terus..

Lepas dah pilih lagu-lagu tu, macam yang Ila cakap, kira boleh dikatakan kompilasi nasyeed yang best-best semuanya! :)


'corak' kertas koyak ;). *sebenarnya, tak berjaya figure out cemana nak trim tepi dia bagi kemas empat segi, hehehe..


+kalau 'save' = simpan, 'burn' apa pulak ye, dalam bahasa melayu betulnya? ;) ;)
+do me a favour : kawan-kawan yang guna window, nampak jelas tak imej ni? kalau apple, looks fine aje, cuma, 'tak adil' pembahagian column nya ; main column besar dan menghimpit side column jadi kecik, kesian! :p

+Allah Hafeez :)

Monday, May 03, 2004

Maulid

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

1 Mei 2004 : Dedikasi Hari Lahir buat Kak Yulia Ulfa Shahabuddin :)
Moga panjang usia, murah rezeki.. sentiasa di bawah lembayung Rahmat dan Kasih Allah hendaknya. Moga dipermudahkan segala urusan. Moga tenang hidup di dunia dan tambah bahagia di akhirat. Cayang Kak Yulia! :)

12 Rabiul Awal : Maulud Nabi.



Hamba ini mengaku..

Mengaku sebagai umat Muhammad,
Mengaku baginda Rasul sebagai qudwah hasanah,
Mengaku rindukan Kekasih Allah itu,
Mengaku sirah baginda mesti dijiwai,
Mengaku mahu ikut sunnah Nabi..

Hamba teringat pula ajaran guru hamba :

Iman itu ialah
membenarkan dengan hati,
mengucapkan dengan lisan,
dan beramal dengan anggota badan.

Kemudian hamba tersedar :

Jika sekadar terasa-rasa di dalam,
Jika sekadar berbisik-hembus di bibir,
Jika sekadar paksa-terpaksa melaksanakan,
Tiada nilainya..

Hamba mesti ingatkan raja kerajaan diri hamba, Si Hati :

Yang hendak hamba ikuti itu,
Yang hamba katakan rindu itu,
Adalah kekasih Tuan Pencipta hamba,
Bukan calang-calang gerangan.

Hamba ingatkan lagi panglima diri hamba, Si Hati itu juga :

Mujahadah hamba mesti kuat dan terus,
Hamba tidak boleh setakat hangat-hangat tahi ayam,
Hamba tidak mahu setakat batuk-batuk di tangga,
Tidak baik begitu.

Ah.. banyak yang mesti hamba pertingkatkan.

Tuan hamba pula, gimana mujahadahnya?

hamba mahu menadah mengemis, tuan hamba mahu turut serta?

Mengemis Kasih.


Tuhan,
Dulu pernah aku menagih simpati,
Kepada manusia yang alpa jua buta,
Lalu terheretlah aku di lorong gelisah,
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah.

Semalam sudah sampai ke penghujungnya,
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu,
Tak ingin lagi kuulangi kembali,
Gerak dosa yang menghiris hati.

Tuhan,
Dosaku menggunung tinggi,
Tapi Rahmat MU melangit luas,
Harga selautan syukurku,
Hanyalah setitis Nikmat MU di bumi.

Tuhan,
Walau taubat sering kumungkir,
Namun Pengampunan MU tak pernah bertepi.
Bila selangkah kurapat pada MU,
Seribu langkah KAU rapat padaku.




Hamba mahu ingatkan diri hamba,
Bahawa hamba ini hamba.

Hamba juga mahu mengingatkan,
Bahawa tuan hamba juga hamba.

Kita hamba,
Tapi punya jiwa seorang merdeka.
Itu istimewa hamba Allah Taala :)

+Allah Hafeez, tuan hamba.