Demedim Me

Friday, May 14, 2004

Bila dah hilang malu..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Mengasihani.

Petang semalam, waktu santai-santai di lounge bersama Kak Hanim, kami tonton bersama satu slot di RTE One ; Jenny Jones. Jenny Jones (nama pengacara program) ini sebuah rancangan yang mengenengahkan real issues happen to real people, dalam bentuk yang bersahaja. Jemputan akan diminta menceritakan masalah yang dihadapi, selalunya between partners, dan pengacara dan penonton be the judges, not trying to solve the problems, instead more to putting the blame on someone's shoulder. Bila dah bergaduh macam tu, mulalah, bercakap yang buruk-buruk tentang satu sama lain (partners). Habis semua dimuntah keluar.. Entahlah, tak tahu apa matlamat rancangan, kalau nak membantu selesaikan masalah, humm.. tak berjaya sepenuhnya, saya rasa. Tapi, yang menariknya, dari slot ini, saya dapat lihat situasi nyata yang berlaku di luar sana. Betapa kroniknya!

Oh ya, mahu bercerita tentang slot semalam : "Who Fathered My Teen's Baby?" Saya tak ikuti dari awal, tapi beginilah jalan rancangan secara kasarnya : Beberapa teenage couples menjadi 'ahli panel' ; si wanita yang telah mengandung dan melahirkan anak luar nikah dan pasangan yang dijangka sebagai ayah kepada bayi malang terbabit. Ok.

Kes pertama, seorang gadis kulit putih yang menuntut seorang budak lelaki (yang tak berapa putih) supaya bertanggungjawab terhadap bayi lelaki yang dilahirkan, kerana si gadis macam yakin 'gile' (maaf, bahasa kurang sopan) lelaki itu adalah ayah bayinya. Kes pertama ini agak menarik, sebab kedua ibu budak lelaki dan budak perempuan tu hadir sama. Masing-masing mempertahankan anak sendiri. Bergaduh, buruk tahu, bila orang dewasa bergaduh!

And it turned out that, from the DNA test made by a professional, the boy is not the biological father of the baby!!!!! Hah! Korang patut tengok muke budak perempuan tu, bila dapat tahu the truth. Pucat. Dia macam tak tahu nak cakap apa. Bila Jenny tanya dia : "so, do you have any idea who's the real father is?" Dia geleng-geleng aja. Hello! Boleh tak tau tu? Mak dia lagi lah malu-terkedu, siap cakap kat Mak budak lelaki tu : " I don't wanna see your face anymore!". Malu? Tahu pun malu.. ingatkan dah hilang langsung rasa malu tuh. Dan mak budak lelaki tu happy sungguh! Siap melompat-lompat lagi. Menang atas apa? Maruah yang tergadai?

Kes kedua, seorang gadis kulit hitam yang agak cantik, seorang ex-boyfriend dan current boyfriend. Anak luar nikah (diorang peduli apa!) ni pun tak tahu siapa biological father dia.

Keputusan DNA : The ex-boyfriend is the biological father. Budak perempuan tu menangis, sebab dia harapkan boyfriend dia sekarang yang jadi ayah untuk baby dia. Berkeras tak mahu the old guy untuk campur tangan, dia cakap yang dia dan the new guy boleh uruskan anak tu. (Baiknya la boyfrien baru dia tu, ye?). Tapi, the real father nak jugak pikul tanggungjawab terhadap anak diorang..

Kes ketiga, budak perempuan kulit putih bertocang dua, dan dua orang bekas teman lelaki. Sorang ni, tua banyak tahun dari budak perempuan tu, dan sangat berharap agar bayi tu milik dia (pulak!) sebab kalau baby tu anak dia, peluang untuk kembali bersama dengan budak perempuan tu cerah. Dan seorang lagi, ni muka dia memang macam budak lagi.

Keputusan DNA test : Lelaki yang tua tu bukan ayah. Kecewa sungguh dia, terus bangun dan tinggalkan show room. Budak perempuan tu lega, sebab dia tak nak lelaki tu jadi ayah anak dia (boleh pulak macam tu ye.. boleh cakap nak ke tak nak?) Ok, settle with the first guy. So, kira nya, budak lelaki yang muka macam budak-budak tu lah ayah dia kan? BUZZZ! No no no! Budak lelaki tu pun bukan ayah baby tu!! Terkejut semua orang, audience yang hadir di studio pun stunned! Budak perempuan tu muka cam confused, malu jugak lah. (well, at least, I think she should be). Tak tau atau tak ingat? So, who's the father? (hah, sedangkan budak perempuan tu pun tak tau, takkan aku pulak yang tau?) Ugh.. sedangkan katak jantan pun reti nak tolong isteri-katak betina jaga telur-telur katak tu, dan of course tau yang telur-telur tu hak milik dia.. inikan pula manusia??

Fourth case, ex-couples and a baby in question. But this time, the girl is so sure that the baby's theirs but the boy denies.

DNA test tells it all : the baby is theirs. You can see it quite easily. The father and baby boy looks' resemble one another. Memang saling tak tumpah, tu pun tak nak mengaku lagi! Ibu pun berkeras tak mahu si ayah campur tangan sebab dia dakwa si ayah kuat minum. Tapi, ayah berkeras mahu bertanggungjawab dan berjanji untuk give up the drinking habit.

Baik, selesai untuk pembentangan kes.

Betapa jelasnya sekarang, mengapa Islam mengharamkan hubungan luar nikah, zina. Inilah dia kesan-kesan nya. Lahir anak yang rosak nasab keturunan, tak tahu siapa ayah. Hidup susah tak terbela, lagi kesian kalau yang melahirkan itu gadis remaja mentah. Bukan aje hidup anak yang tak tentu, nasib si ibu (kalau layak dipanggil ibu) pun entah macam mana. Dengan tak tahu (tak ingat) siapa yang nak berkongsi pikul tanggungjawab, dengan masalah emosi-perasaanya.. ish. Tapi kesian si anak yang tak berdosa tu la, rosak. Betul, kita tak boleh cakap bayi kecil ni confirm spoiled, sebab kalau Allah nak bagi Hidayah, siapa-siapa yang Allah nak boleh dapat. Tapi, kalau seawal proses kejadian anak tu pun dah tak elok jalannya, jangan lah kita letak harapan tinggi untuk si anak membesar menjadi seorang yang baik terpuji terpimpin hidupnya.. kesian kan.. tak berdosa langsung diorang tu..

Geram kat budak-budak perempuan dan lelaki omputeh tu? Memang lah.. tapi ape sangat la pun nak dimarah-marahkan. Dah cara hidup diorang macam tu, tah ke mana hilang sopan, tah ke mana hilangnya malu.. And for some reasons, they seem to be very proud of their modern life! Hahah! Tu lah, bila perintah agama diorang sendiri pun ditendang-tendang macam bola, boleh diubah dipinda ikut suka sendiri.. Nak ajak berhukum dengan cara Islam? Uuuuu.. scary eh? (dah diorang kapir.. apa nak cakap?)

Guna perkataan budak-budak sebab memang diorang budak-budak lagi. Kalau tak pun, orang dewasa yang berpikiran cam budak-budak.. tak reti nak pikul tanggungjawab!

Tapi, yang dirisaukan sangat, yang difikir-fikirkan sangat, kalau budaya tak senonoh diorang ni menular dan diterima dengan tangan terbuka (kalau pun tak la sampai tiada talam daun nyiur kami tadahkan), dan seterusnya bertapak kukuh dalam budaya orang melayu kita, tak kisahlah di luar negara ni atau di tanah air sendiri. Kalau setakat menular, memang dah lama.. Kalau dok obersi ni, jauh dari mata pandang mak ayah, lagi jauh la boleh terbang dengan sayap noda tu. Ish, ingat-ingatlah kita sama-sama. Kalau datang belajar jauh-jauh, dapat segulung ijazah, tapi moral hampeh, apa guna? Kat Malaysia sendiri pun apa kurangnya.. Ada je pelajar melayu muslim kita yang dok serumah laki pompuan. Kalau tak pun, bebas je masuk rumah (baca : bilik pun sama) teman yang lain jantina. Kawan pun dah tak larat nak nasihat. Ramai, lagi la susah nak cater.

Humm.. kadang-kadangkan, rasa bertuah jugak tercampak kat sini. Walau pun kedengaran lagi horror, belajar kat negara barat yang memang teruk penyakit sosialnya, tapi alhamdulillah, tercampak dengan kawan-kawan yang boleh menegur dan tak lokek menasihati. Macam lagi terpelihara pulak berbanding sesetangah tempat kat Malaysia sendiri.. (Oh Malaysia ku!) Lagi menyakitkan kepala, bila orang atas silap letak risau diorang. Golongan-golongan yang nampak lebih cenderung ke arah Islam diberi perhatian utama. Ada je nak dijadikan sebab agar remaja yang sayang dengan Islam ni tak senang hati. Yang sebahagian golongan lagi pulak, yang suka pergi konsert-konsert, yang suka menikmati angin malam berdua-duaan atas bangku belakang pokok tepi tasik, (atau yang pergi nite club minum-minum)..dibiarkan aja. Eh, silap.. bukan dibiarkan aja, tapi nak dihidupkan kembali budaya jahiliyyah tu.. Tak paham.. tak paham.. (ke aku yang tak paham sebab aku tak layak dan tak reti nak berfikiran sebagai pak menteri?)

Bila masalah dah makin meruncing, sampai kes buang anak yang sampai sekarang tak terbendung, pening lah pulak kepala mereka yang bertanggungjawab memikirkan cara nak menangani. Pening-pening fikir nak naikkan kadar denda ke (dari kecik-kecik dulu aku rasa tak puas hati betul ngan hukuman bayar-bayar ni. Dah tu, kalau orang banyak duit, apa kisah? Lebih dari tu pun boleh bayar! Ngarut!)

Jadi, apa cara penyelesaiannya? Tak lain tak bukan ; kembalilah kepada Islam.

Haa.. bila cakap kembali kepada Islam, janganlah pulak mengecilkan skop fahaman kita semata-mata pada hukuman hudud. Kembali kepada Islam dengan mengambil dan menjadikan Islam sebagai cara hidup mutlak. Dah nama pun cara hidup, maka ia mencakupi segala-galanya tentang kehidupan manusia baik di dunia dan juga sebagai persediaan untuk ke akhirat kelak. Islam ni cukup sifat semua : aqidah dia, muamalat dia, munakahat dia, perundangan dia, tamadun (eh, guna perkataan hadharah lah, glemer sikit) pun dia! Tak de pembahagian antara urusan dunia dan agama (konsep sekularisme) atau pembahagian antara Islam aqidah dan Islam tamadun.. there is no such thing! Sebab Islam tu satu dan lengkap semuanya dalam yang satu itu.

Berbalik kepada masalah zina, macam mana dengan kembali kepada Islam tu dapat menyelesaikan masalah? Bukan, bukan. Pengamalan cara hidup Islam bukan sahaja menyelesaikan masalah, tapi membanteras masalah dari akar umbi dan seterusnya mengelakkan dari berlakunya masalah terbabit. Kita tengok satu-satu.

Sebagai individu, kalau kita hayati betul-betul ajaran Islam, kita ikut satu-satu yang dianjurkan, is sya Allah, terlepas kita dari perangkap zina ni.

Firman Allah : ".. dan janganlah kamu mendekati zina.."

Tengok tu, bukan aje zina, malah segala yang dapat membawa kepada zina pun Allah dah larang kita awal-awal lagi. Kemudian, Islam jugak ada ajar kita, baik muslimin baik muslimat, macam mana cara untuk berakhlak dalam kehidupan. Berakhlak dari segi pemakaian, berakhlak dari segi pergaulan. Dan banyak lagi perkara yang diajarkan pada kita agar nanti, hidup kita ni sentiasa berada dalam lingkungan perkara-perkara yang Allah benarkan, which is dalam keadaan baik la.

Sebagai ahli masyarakat pulak, kita mesti ambil berat tentang tindak tanduk sahabat kita. Jangan pulak disamakan dengan sikap menjaga tepi kain orang : sibuk-sibuk dengan perkara yang tak sepatutnya. Tetapi, kita wajib ambil tahu tentang perbuatan sahabat kita, terutamanya jika dikhuatiri teman tu berbuat perkara yang tak baik. Macam kata Ustaz Hasrizal dalam kuliyyah tafsir via yahoo messenger tadi, kita kene tunjuk yang kita sayang pada seseorang tu wakyu hayatnya masih ada, dengan cara kita ingatkan dia, nasihatkan dia dengan Al-Quran. Bukan selepas meninggal orang itu, baru lah nak dibacakan surah itu ini.

Sabda nabi yang lebih kurang bermaksud bukanlah seseorang itu dari kalangan Baginda (kalangan orang Islam) jika dia tidak mengambil tahu tentang urusan saudaranya. (au kama qaal).

Sekurang-kurangnya, dengan sikap mengambil tahu tu, dapat kita elakkan berlakunya perkara-perkara yang tak baik dalam masayarakat kita.

Sebagai pemimpin (tak semua tergolong dalam ni), kembalilah. Berhukumlah dengan Al-Quran. Kalian orang penting, kerana, dengan kuasa yang ada pada kalian, dapat kalian bina bentuk sebuah negara yang aman merdeka, tenang damai, yang mana rakyatnya punya akhlak tinggi, iman mantap yang selari dengan majunya tamadun di bawah naungan panji Islam.

Nah, bila individu baik terjaga, masyarakat bersih terpelihara, negara Islamik sentosa, in sya Allah, bukan sahaja masalah zina, malah segala masalah-masalah lain ikut lenyap sama.

Teringat perbincangan hari tu, tentang kesaksian kesalahan zina. Kalau nak dakwa orang berzina, mesti ada 4 saksi lelaki yang boleh dipercayai, dan lagi, perlakuan zina tu mesti disaksikan dengan jelas nyata : kalau waktu belajar PSI-Pendidikan Syariah Islamiyyah dengan Ustazah Aziah dulu, ayat dia lebih kurang macam ni : nampak jelas seperti keris disarung masuk dalam sarung keris tu. Ha, jelas nyata. So, timbullah persoalan, kenapa nak tunggu sampai 4 orang saksi? Dah lah kena nampak betul-betul. Bukan senang nak dapat 4 lelaki beragama sekaligus in such occasion! Dan di sinilah nampak betapa cantik sempurna hukum Allah ni. Prevention. Kalau seorang lelaki beriman, berada dalam keadaan menyaksikan kemungkaran jelas di depan mata, takkan dia berdiam diri membiarkan, mustahil! Takkan jugak dia pergi berlari panggil lagi 3 kawan untuk sama menyaksikan kemungkaran! Tak de kerje! Sebaliknya, dia akan cepat mencegah sebelum maksiat berlaku. Ha.. nampak tak sekarang? Betapa sempurnanya hukuman Pencipta yang selayaknya maha tahu segala-galanya mengenai tabiat kita.

Adik-adik di rumah dah besar-besar. Saban hari terdedah dengan suasana sosial negara yang makin hari makin membimbangkan. Ish, gerun jugak bila fikir-fikir. Tanggungjawab kita, sebagai abang, sebagai kakak, sebagai kawan untuk menasihati adik, teman dan sesama kita sendiri. Kalau rasa westerners tu dah teruk sangat, kita sama-sama doa dan usaha, agar negara kita pun tak jadi benda yang sama. Kalau kita sendiri pun tak sedar dan tak langsung rasa bimbang dengan suasana genting sekarang, tak tahulah.. Jika dibiarkan saja, tak mustahil budaya-budaya hodoh jahiliyyah tu berleluasa kembali. Nauzubillah.

Ahah.. dah jauh sangat ke menyimpangnya saya? Humm.. harapnya, dapatlah diambil beberapa point dalam entry kali ni. Kalau rasa perkataan/ayat yang digunakan agak kasar, maaf lah ya.. Sekali sekala menulis dalam bahasa rojak, menarik jugak ;).

Betapa ya, kalau dah roboh benteng malu tu, sampai kisah dalam kelambu pun boleh jadi isi penting perbincangan, dihebah-hebah pada semua orang.

Betapa ya, kalau dah terbang hilang malu tu, masyarakat-negara sendiri yang udah kronik kondisi tak nampak-nampak, tapi sibuk-sibuk mahu campur tangan dengan pentadbiran negara orang.. apa tu, mahu civilized kan negara orang lain? Ironi, kan?

Betapa ya, kalau dah tak ada rasa malu tu, sistem sendiri yang maha pincang dirasa sangat bagus dan rasa hukum Pencipta yang sah-sah perfect tu out dated!

Betapa ya, kalau dah hilang malu itu!

Sabda Nabi : Malu itu sebahagian dari Iman.

Haa.. kalau rasa isu bersekedudukan, anak luar nikah ni macam jauh sangat dari diri kita, dan kalau tak rasa bersangkutan langsung dengan bahana hilang malu ni, think twice my friends. Simptom hilang malu ni, bukan aje kita nampak pada kes-kes besar dan kronik macam kupasan entry hari ni, kalau kita tengok lagi teliti, entah-entah pada diri kita sendiri pun ada tercalit sama kayap hilang malu tu.. check, jangan tak check! (aku mengingatkan diri sendriri).

Ingatkan aku kalau aku lupa,
Nasihati aku kalau aku salah,
Betulkan aku kalau aku menyimpang,

Allah Hafeez.