Demedim Me

Friday, April 30, 2004

Syukur, Syukur.. Syukur Ya Allah (intonasi nasheed Raihan)

Hari ini syaffa nobatkan sebagai Hari Syukur!

Kenapa Hari Syukur?

Syukur wahid.
Saya berjaya membantu 'kakak itu' menyiapkan Written Case Study nya. Sebelumnya, kakak itu telah menaip hampir sempurna kertas kerjanya menggunakan iBook saya, tetapi, entah apa 'rajuk' iBook ini, tetiba Word application quit tanpa sempat di '*save' dokumen terbabit! Didorong rasa bersalah, saya menawarkan diri untuk membantu.

Wah.. awalnya, agak sukar juga ; dengan tulisan gaya doktor (hehe) dan istilah-istilah 'psychiatric' juga nama-nama ubat (baca : dadah) yang kebanyakannya baru buat saya. Apa-apa pun, alhamdulillah.. berhasil juga, walaupun kakak itu perlu membetulkan kembali beberapa bahagian yang saya tulis ikut sedap (baca : fahaman) budak pra-perubatan ini! ;)

Akak, it was a fun and beneficial experience! At least, sekarang, saya tahu sikit tentang istilah-istilah baru.. dan, makin mahir baca tulisan akak tu! Hehehehe..

*Apa perkataan BM yang seerti dengan save ini? Huh, habis lupa semuanya! ;)

Syukur tsani.
Kak Siti, Kak Kiah, Kak Ana udah bergelar Doktor hari ini!!

Tadi, Kak Siti dan Kak Kiah datang ke rumah, baru pulang dari St. Vincent Hospital, saya kira. Gembira sungguh keduanya. Ah, sudah tentulah. Penat lelah, getir usaha bertahun-tahun terbayar hari ini ~ tercapai cita-cita harapan (sekurang-kurangnya, satu impian besar sudah tertunai).

Kak Siti, Kak Kiah, Kak Ana, tahniah ya. Kalian layak untuk mengecapi kegembiraan ini. Oh, juga atas kejayaan cemerlang Kak Kiah : Hons in Medicine. Syukur! :)

*Aku belajar dari kalian : kesibukan tugas sebagai pelajar tidak pernah melelahkan, bahkan aku lihat, makin memperhebat dan memperkuat diri , dalam menunaikan tanggungjawab sebagai abdi Tuhan juga sebagai daie.

Syukur tsalits.
Teman yang disayangi, dirindui : Fara dah selamat sampai di Kursk, Rusia!

Alaa Fara, jauhnya! Cemana nak jumpa?
Apa pun, kau tahu aku gembira, kan? Aku gembira kalau kau gembira :). Dan lagi, syukur ya sahabat, syukur amat.

Syukur raabi'
Malu untuk mengaku, tapi ini yang selalu berlaku : jarang saya berkesempatan menanti hadir Subuh di hampar sejadah, jarang.. Tapi pagi tadi, pagi tadi lain..

Langit terang-terang tanah, sinarnya saya persilakan masuk melalui jendela yang ditarik luas.

Titis air dingin pada permukaan kaca tingkap, membentuk corak menarik bila cahaya langit menerobos nipis lapisnya.

Kicau beburung di pagi tenang, bagai menghembus nafas segar, seperti meniup semangat hari baru.

Ahlan wa sahlan, duhai Subuh.

Hai.. damai sungguh! Hampir saya lupa pada tenang sebegini. Mujur, saya diberi peluang untuk berkongsi rasa magis subuh ciptaan Pencita.. Pencipta saya, juga pencipta hati yang merasa. Syukur!

Hakikat Syukur.

Firman Allah : "Bila kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat bagimu."

+Sepatutnya, syukur itu kita panjatkan tak kira masa, tak kira suasana.. Tapi, lumrah ciptaan yang nasia~lupa, bila datang satu perkhabaran atau perkara bahagia, baru terdetik hati mahu mengungkap syukur. Atau, bila merasa terlepas dari bahaya sengsara, baru terdorong hati untuk melafaz ucap terima kasih.. Kita perlu ubah itu, kalian setuju, bukan?

+Allah Hafeez :)