Demedim Me

Monday, April 05, 2004

Bulan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Hari Sabtu dan Ahad lepas, aktiviti saya bertumpu pada program anjuran IMAM ; 1st Scientific Congress & Annual General Meeting. Congress bertempat di Hilton Hotel, Dublin yang jaraknya dari rumah saya tak sampai 10 minit. (10 minit? Kira jauh la tu..) Mungkin kalau di tanah tumpah darah sana, 10 minit berjalan mungkin dah terasa lelahnya. Tapi di sini, itu dah kira dekat. Saya sendiri, berulang alik kolej~rumah ; 25 minit satu perjalanan, itu pun kalau berjalan laju!

*errr.. bukan mengungkit ;).

Secara kesuluruhannya, program tersebut berjalan lancar, alhamdulillah. Intipatinya pun sangat bagus dan bermanfaat. Ada talk tentang bidang perubatan ; pendirian Islam tentang beberapa isu seperti clonning dan euthanasia, perbincangan mengenai tugas-tugas doktor Muslim yang sepatutnya dipakai guna, lagi tentang MERCY dan FIMA (sekadar menyebut beberapa sahaja).

*nak tahu lebih lanjut tentang program tempoh hari? Boleh.. Saya akan cuba usahakan sedikit sebanyak, kongsi-kongsi bersama, in sya Allah. Tapi bukan kali ini ya? Kondisi 'kepala' tidak mengizinkan :).

Bulan Kasih

Telefon ke rumah sabtu lepas. Ini rutin wajib, lewat sedikit pun sebolehnya dielak terus! Jika tidak, Kasih-kasih di sana nantinya bising-bising ; mengapa yang di sini tidak menghubungi ;).

*manis, bukan? Bila panggilanmu sering ditunggu, kehadiranmu sering dinanti-nanti.. walau yang hadir itu bukan jasadi, tapi melayangnya ruh dan hati..


Cerita Mak, udah bertambah lagi 6 novel dalam koleksi kami (err.. koleksi kami berdua, tapi duit Mak seorang :p). Siap dibacakannya tajuk novel-novel tersebut, mahu buat saya cemburu! huhu.. Akan saya khatamkan bila balik nanti. dan Mak udah berjanji, akan menemani saya mencari Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan Di Bawah Lindungan Kaabah ; dua karya Prof. Hamka, yey! (Alang-alang, boleh terus menambah koleksi HAMKA; Merantau ke Deli, hehehe).

Kisah Abah ; tak habis-habis risau kerana saya katakan yang saya makan ayam hampir tiap-tiap hari! (nak buat macam mana lagi, dah ayam yang paling murah..).

Adik-adik pula ; sempat saya 'leterkan' Akma dan Nisah supaya giat mengulangkaji, lantaran masing-masing bakal menduduki STPM dan PMR akhir tahun ini. Muzakkir dan Muizzuddin, saya ingatkan tentang solat dan doa. Mahu mereka tumbuh mekar berguna.

*Adik-adik. Sebetulnya, ada kesal memberat di penjuru hati. Kesal, kerana saya gagal menggunakan masa dan peluang di waktu dekat hampir dengan mereka dahulu untuk betul-betul 'membentuk' mereka dengan sebaik mungkin. Dan kini, bila udah makin jauh.. udah makin jauh.. harap dan doa, saya belum terlalu lewat.

Rindu Kasih-kasih di sana!

Kasih, malam nanti kau pandang Bulan, ya!
Pandang dan mesrai sinaran lembutnya,
Supaya aku tahu nanti,
Pandangan dan mesra kita bertemu,
kerana aku jua memandang dan memesrai Bulan yang sama,
malam tadi dan pada setiap malamnya..


Bulan Sahabat

Waktu kongres IMAM tempoh hari, saya lihat ramai sahabat-sahabat datang dari jauh bertemu sahabat-sahabat di sini. Paling meriah, rasa saya bila melihat 'delegasi' KMB berkumpul bersama.. dan lagi, geng-geng KMYS dan tak ketinggalan Taylor's College dan Kolej Damansara Utama. Gembira sungguh saya lihat mereka. Al-maklum, berjumpa semula teman-teman lama dulu..( dan saya, seperti biasanya, memandang dengan pandangan 'cemburu', heh. Dan nasib budak Sunway macam ni kot, sikit sangat..) Waktu-waktu sebegitu, ingatan terhadap teman-teman menerjah ruang memori bertubi-tubi.

Rindu sahabat-sahabat, teman-teman. Moga kalian sentiasa berada dalam peliharaan Allah 'azza wa jalla.

".. Oh Kawan, jadilah seperti Bulan purnama,
menerangi malam yang gelap gelita,
menunjukkan jalan,
demi umat semesta .."


Bulan Hamba.

Malam semalam, bulan mengambang penuh. Cantik!
Subhanallah.



Ada cahaya purnama,
Malu-malu masuk dari jendela yang tak rapat.

Lantas aku selak kuak,
Biar terbuka besar luas,
Biar terjerumus masuk sinarnya.

Aku dongak, aku lihat
Rembulan penuh bercahaya,
Beri cahaya pada syahdu langit Subuh,
Menyuluh cahaya ke serata kamarku.

Aku temui tenang begini,
pada terang Nur Qamar.

Limpahi aku cahaya KasihMu,
seperti cahaya Bulan itu,
Terangi jua hatiku, jalanku,
seperti juga terang Bulan itu,
Kau perkenankan, Ya Tuhan..


Allah Hafeez :)