Demedim Me

Wednesday, April 14, 2004

Cerita Dia

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Cerita Dia.

Bangun pagi tadi, dia sudah rasa tak sedap perut. Macam ditekan-tekan, memang tak selesa. Memandangkan kelas hanya bermula pada jam 10.30 pagi, maka dia berkeputusan berehat-rehat (baca : tidur :p) dulu di bawah duvet.

Pukul 9 pagi, ***a, teman sekuliah yang juga tinggal serumah menjenguk ke bilik, mahu ajak untuk ke kelas bersama. Tapi, keadaan perut yang bagai meragam itu, ditambah pula dengan semangat yang entah ke mana terbangnya, bagai memaku tubuh di katil. Berat sungguh rasanya mahu bangun.

".. ko pergi dulu eh, kol 10 karang aku pegi.."

***********************************************************************************

Dari pukul 9 membawa ke pukul 9.30.

Perut masih menjalankan protes, entah apa yang tak puas di hati.
*err.. perut ada hati gak, heheh :p

Dan dari jam 9.30, merangkak ke jam 10.15.

Dia capai enset, tekan-tekan butang, hantar esemes :

Salam. Perut aku meragam la. Aku try jugak ke kelas.. tapi, kalo tak, kita jumpa kat lab yek..

.. dan menerima balasan :

ORAIT.. TAKE A REST.

Memang dia take a rest!

.. dan dia hanya bangun, betul-betul bangun bila jam meja (yang dibawa dari Malaysia) menunjukkan hampir jam 12 suku tengahari!! Mengingatkan Bio Lab jam 1 nanti, mogok perut dan rajuk semangatnya dipinggir jauh. *Lab tak boleh ponteng.. malas mahu bersoal jawan dgn Sir Elliot*Lalu dia bingkas bangun, mandi (nasib baik air masih panas), bersiap-siap, dan terus memecut (berjalan pantas, bukan lari pecut!) ke kolej.

Lajunya dia berjalan, habis dipintas mat-mat dan minah-minah Irish.. *itu satu 'kejayaan' ya.. kerana mereka memang berjalan amat cepat!*. Dan natijahnya, hari ini dia mencatat rekod peribadi terbaik : 17 minit (!) untuk perjalanan yang biasanya mengambil masa hampir setengah jam.

Jam 1 petang tepat dia sudah sampai di perkarangan kolej. Berlari-lari anak dan kemudian memanjat (baca : melompat dua sekaligus) anak tangga untuk ke Lab di tingkat dua bangunan. Wah! Nampak aja pintu makmal, hatinya berbunga : satu kerana lega sudah tiba, dan tak sampai lewat amat. : dua kerana bangga dengan rekod peribadi baru yang dicatat tadi. Peluh di muka dan laju nafas bagai tiada apa.

Tapi, bila menjenguk ke dalam makmal : KOSONG!

Erk.. mana pergi semua orang nih? Omelnya di dalam hati. Tak tunggu lama, cepat dia hubungi teman-teman, bertanya.

"Eh, lab kat mana?
Alamak.. lab tak de la. Sorry, aku silap tengok jadual.
Aaa? So, memang tak de lab la ari nih.
A'aa.. tak de. Sorry lagi.
*cakap.. cakap.. cakap*"

Tiba-tiba aja, perutnya kembali berpiket, semangatnya lari menyorok..
Degup jantung bagai bergendang-gendang kuat di telinga.
Peluh merecik di muka, dingin bila tersejat.
Penat.

Apa nak dikata?

Tamat.

Ceita Dia II

Penat, dia akui memang penat.
Tapi, dia tak benarkan penat itu berlama-lama.

Dia sedikit pun tidak marah (kerana silap maklumat yang diberikan temannya). Dia sekelumit pun tidak menyesal (kerana memaksa diri bangun untuk ke lab). Dia langsung tidak lelah (kerana sakit perut).

Sebaliknya, dia rasa syukur, dia rasa kuat, dia rasa senang hati.
*Mahu tahu? Waktu menuruni tangga dari makmal, sempat dia melakar senyum sendiri. Dan senyumnya makin melebar bila Pak Cik Guard kolej memuji warna hijau lampu ensetnya :p*

Mengapa syukur?
Syukur, kerana dia diingatkan oleh sakit. Sakit (sikit jek) di perut mengingatkan bahawa dia selama ini diberi pinjam ni'mat perut. Bisiknya pada diri : Kalau waktu perut tak meragam, aku selalu lupa akan kewujudannya.. Ni, bila ditarik sedikit ni'mat sihat selesa, bila ada yang tak kena, baru 'terasa' yang aku ada perut kat dalam nih.. Humm.. dia syukur dipilih untuk diberi peringatan, supaya hargai ni'mat sihat.. supaya sedar yang semua yang ada padanya hanyalah pinjaman semata.. supaya sedar, yang dia hak mutlak Penciptanya. ..dan syukur lagi, sebab kalau kawan dia tak silap bagi maklumat yang hari ni ada bio lab, mesti dia tak bangun dari katil.. mesti dia rehat bawah duvet lagi.. mesti dia 'manja-manjakan' perut dia yang sakit (sikit) tu..

Mengapa kuat?
Kuat, kerana dia berjaya melawan sakit (sikit) di perut. Kuat, kerana dia berjaya memujuk rajuk semangatnya. Kuat bila dia mampu menumpaskan musuh 'malas' yang telah mula membuat penempatan haram dalam kerajaan diri. Kuat bila dia mampu tepis angin yang mahu memarakkan bara 'lemah' dalam hatinya. ..pastu, kuat sebab dia boleh jalan laju-laju, kalahkan orang irish! heh

Mengapa senang hati?
Senang hati sebab hari ini dia belajar semula untuk bersyukur dan merasakan yang diri dia kuat! Lagi, senang hati kerana dia tak buat apa-apa tindakan bodoh (macam marah kawan dia ke..), sebab dia tahu yang ini salah dia : tak usaha nak pastikan jadual waktu kelas sendiri. Senang hati sebab kali ini, dia berusaha mengajar perutnya (baca : hati dan dirinya) agar tidak manja amat, agar kuat melawan 'arus malas dan tak bersemangat' yang tiba-tiba jadi ganas. .. dia juga senang hati sebab Pak Cik Guard tu puji lampu ijau henpon dia, hehe..




Kata Ustaz :
"Di dunia ni ada dua jalan. Jalan baik dan jalan tak baik. Kita kena pilih satu antara dua. Satu aja. Tak boleh kalau kita nak ambil dua-dua, separuh baik dan separuh lagi buruk. Tak jadi!"

Kita nak amik jalan mana?



Allah Hafeez :)