Demedim Me

Friday, January 30, 2004

Jumaat datang lagi :)

Bismillahi ar-Rahman ar-Rahim.

Selawat dan Pujian kepada Nabi Muhammad, khatimul anbiyaa'.

Hari ini Hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari yang penuh berkat. Dan memang, sejak dari dulu-dulu, saya paling suka hari Jumaat. Kalau waktu di sekolah dulu, hari Jumaat kelas sampai jam 12 aja. Boleh balik awal, kemudian beratar panjang di dewan makan, makan ramai-ramai ,menu hari Jumaat ; Nasi Ayam, sambil-sambil mendengar alunan nasyid di nTV7. Lepas makan, beransur ke Musolla Saidatina Khadijah, menghadiri Kuliyyah Jumaat untuk pelajar puteri, sedang putera menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salehuddin.(aduhh.. rindu pula suasana itu). Dan jika di kolej pula, Jumaat juga kami habis awal. Kemudian bergerak ke medan Sunway, makan di situ. (juga sempat 'menjeling tidak puas hati' kepada yang sepatutnya sudah bergerak ke masjid untuk solat Jumaat, tapi masih berlambat-lambatan!). Dan kini, Jumaat di sini, tiada terasa bezanya sangat. Jadual kelas yang lebih kurang sama. Atau mungkin sedikit terasanya bila melihat kelibat teman-teman manis berbaju kurung (tahan sejuk itu! :p) lebih ramai berbanding biasa :). Oh ya, dan lagi, kalau ke surau di aras bawah tanah itu, bolehlah menghayati lunak alunan, indah maksud seruan azan oleh pelajar arab. Hari Jumaat, azan dilaungkan kuat, di bahagian Sister's Room boleh didengar daripada corong pembesar suara, hari lain tidak (mungkin sebab tidak sama waktu senggang, solat asing-asing). Sungguh ini, terasa lembut menusuk ke hati bila mendengar panggilan itu (alhamdulillah, masih 'hidup' hati ini). Mengapa ya, di Malaysia dulu tidak selalu begini rasanya? Umm.. tafsiran sendiri, mungkin itu lah, bila sudah tiada, bila sudah jarang-jarang, sekali memperoleh peluang, syukurnya, kesannya akan lebih-lebih lagi.

Saya menulis dari dalam Lecture Hall - O'Flannagan Lecture Theatre. Menunggu lecturer subject Early Patient Contact. (Oh, dan iTune memainkan lagu 'Selamat Berjuang' ~ Brothers. Rindu lagi!). Tidak pasti apa yang akan disampaikan sebentar lagi. Pada sesi lepas, kami berpeluang mendengar pengakuan first class dari panel forum ; seorang penagih heroin tegar, seorang alkoholik hebat dan seorang General Practitoner. Seronok mendengar (walau ada yang agak sukar untuk saya tangkap buah bicaranya, memang belum 'pass' dengan accent Ireland! hehe). Bercakap tentang 'sengsara' hidup sewaktu menjadi penagih, dan bagaiman payahnya untuk keluar dari cengkaman heroin dan arak. Mengenai ini, rasanya Huda banyak bercerita dalam Mencari Petunjuk Rajin-rajinlah menjenguk :).

Sms dari seorang sister :

"A talk by Yvonne Ridley (Taliban captive who converted to Islam). Venue : Edmund Burke Theatre, Arts Block, Trinity College. Today at 5 pm. Be there to listen to her experience during her capture at Afghan"



In sya Allah, pergi petang nanti. Kalau boleh, ingin mengajak semua pergi sama. Nanti, saya menulis tentang itu, untuk kita kongsi-kongsi ilmu pengalaman :).

Allah Hafeez.

Thursday, January 29, 2004

Bismillah



Bismillah.

Yang dapat saya 'baca' dari imej Bismillah itu :

+Betapa agung kalimah pengakuan hamba terhadap Penguasaan, Kehebatan Penciptanya.
+Betapa dunia ini (gambaran globe itu) tiada apa dibandingkan dengan tinggi nilai kesaksian, penghargaan terhadap yang Maha Kuasa.
+Betapa dengan ucapan bismillah itu, dunia mampu kita takluki.
+Betapa Bismillah dapat memandu kita agar sentiasa berada pada landasan yang Allah benarkan.
+Betapa penting Bismillah itu!

Justeru, dengan lafaz bismillah juga, saya 'dengan rasminya' (sedikit kelakar :p) membuka blog ini untuk bacaan bersama.. dengan harapan, ada kebaikan sedikit yang dapat kita peroleh, dalam pada mendapatkan Redha Nya.. in sya Allah.

Persandaran



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Sejak sehari dua ini, Album 'Wahyu Pertama' Nowseeheart menjadi teman akrab. Tidak tahu sudah berapa puluh kali diulang dengar, tidak jemu-jemu. Kalau disuruh banding dengan album ke dua NSH, saya prefer yang pertama ini. 'Lebih jelas-terang' penyampaian motifnya. Dan lagu pilihan? Wahyu Pertama! :D. Dan juga Persandaran, dan juga Holding On You, dan juga Bonda.. (ah, senang-senang, list kan semua aja :p).

Tapi kali ini, saya ingin berkongsi tentang Persandaran. (uh-oh, lagi-lagi "BTH" ~ Bicara Tentang Hati.. Tidak mengapa ya, mood ke arah itu). Seperti entry yang sebelum ini, saya pernah katakan yang perlunya kita sentiasa berusaha untuk meningkatkan rasa Persandaran itu kepada Tuhan Maha Berkuasa. Humm.. Bagaimana pula itu? Rasanya, setiap dari kita tahu tentang ini, dan punya cara yang tersendiri, mungkin.. Cuma, kadang-kadang kita selalu take things for granted, merasai diri tahu, tahu itu, tahu ini. Bila disentuh tentang sesuatu (yang kita sudah tahu itu), timbul rasa malas untuk ambil tahu lagi, kerana, ya kita perasan sudah sangat tahu tentang itu! Baguslah kalau benar-benar sudah tahu amat, bertambah bagus jika kita tahu untuk mengaplikasikan apa yang kita tahu itu dalam perjalanan kehidupan. Tapi, rugi sangat kalau apa yang kita perasan kita tahu itu, kita cuma tahu mengucapkan saja, tidak padan dengan hakikat tahu gitu-gitu saja (ingat itu, diri!), dan bila tiba tentang amalannya, nil!.. Rugi, rugi.

Eh, berbalik kita. (uhuh, maaf. selalu being carried away oleh permainan bahasa. kelemahan, saya mengaku itu :p).

Persandaran kita. Bagaimana nak meningkatkannya? Sekali lagi, ini bukan olahan dari mana-mana buku ternama, cuma sedikit yang ingin dikongsi bersama (pada kita yang belum tahu), sedikit peringatan (untuk kita yang sudah tahu, tapi 'lupa'), sedikit 'tepukan menjagakan' (buat kita yang perasan tahu!).

Mula ya.

Bagi saya, untuk meningkatkan rasa persandaran itu, kita mesti betul-betul merasakan akan Hakikat Kehambaan. Hamba, kita ini hamba. Siapa yang berkuasa mutlak ke atas hamba? Siapa yang menentukan segala-galanya tentang hamba? Siapa Pemberi makan, minum, tempat tinggal, wang sara? Siapa yang berhak menghukum, atau memenangkan si hamba? Siapa yang berpengaruh untuk memberi kehinaan, atau memberi hadiah kemerdekaan?

Lagi, kita ini boleh menjadi yang disayangi Nya. Boleh! (Cari nanti, dalam Kitabullah, berapa banyak disebutkan tentang hamba-hamba yang Dia kasihi, Dia cintai). Justeru, kita punya peluang untuk menjadi yang dikasihi. Bila namanya kekasih (Dia Kekasih Agung.. Agung), Kekasih itu akan mengasihi, walau serendah mana darjat, biar tiada indah di wajah kita. Kekasih itu akan mendengar, walau apa cerita suka~duka kita. Kekasih itu yang tega memaafkan, bila kita memohon merayu, walau kerap kita melakukan dosa ~ kerap juga memungkiri janji taubat yang dimetri. Kekasih itu akan sentiasa bersama, walau ke mana kita pergi, walau teman yang lain menjauhi. Kekasih itu tetap Agung di situ.

Kita ini diciptakan.

"O' Mankind! We created you from a single pair of a male and female, and made you into different nations and tribes, that you may know each other. Verily, the most honoured of you in the sight of God is the most righteous of you. And God has full knowledge and is well acquinted with all things!"

Qur'aan 49:13

Kita punya Pencipta, Hak Mutlak di tangan pencipta. Kita maklum itu! Sebagai yang diciptakan, kita tertakluk pada garis panduan yang dibuat oleh pencipta. maklum lagi, kita di bawah bidang Kuasa Nya. Pencipta itu berhak menentukan segalanya tentang kita. Juga sebagai Pencipta, Dia tahu apa yang terbaik untuk barang ciptaannya, yang paling baik ketika hayat kita, juga paling molek untuk kehidupan selepasnya. (bayangkan kerusi jati, selepas lusuh ia, ke mana halanya? Rumah sampah atau Kedai Antik?)

Kita itu, kita juga ini. Nah, saya bantu berikan permulaan, yang seterusnya, kita ajak aqal-hati kita berfikir. Berfikir untuk kebaikan. Berfikir untuk Tuhan. Moga hasil akhir fikiran itu nanti, dapat mendekatkan lagi kita dengan Pencipta. Menambahkan kualiti dan kuantiti (jika ada skala) Persandaran kita pada Yang Maha Kuasa.

Sebelum akhirnya,

Persandaran ~ Nsh :

Persandaran makhluk hanya pada Tuhannya,
Tempat ia pasrahkan segalanya,
Bukan selain daripada Pencipta,
Pasti kekecewaan yang akan dirasa..

Bila bersandar pada makhluknya,
Bila berpisah rasa ditinggalkan,
Jika terasing rasa kehilangan,
Jiwa menderita gelisah sentiasa.

Biar pensandaran hanya pada Tuhan,
Merasai cukup hanya dengan Nya,
Bersama.. Terasing.. Rasanya sama,
Allah sentiasa di dalam jiwa.

~Biar terlihat tidak punya apa. Tetapi hati kaya dengan rasa. Rasa Kasih dan Cinta Illahi. Menjadi cahaya penyuluh jiwa~

Cukup di situ.
Moga ada kebaikan yang dapat dikongsi sama.

Allah Hafeez =)

+Istimewa buat ;
Fara Raiviya Abdul Basek
::mahu kau jadi antara yang pertama :). Ingat ya, persandaran kita yang utuh selayaknya pada siapa. Uhibbuki fillah, yakin itu.


Wednesday, January 28, 2004

Merangkak Mula



+Banyak pula nak menulis hari ini. Oh ya, gambar di atas itu, gambar
pertama yang berjaya saya 'link' kan ke blog ini. Sibuk tadi belajar (dan sedikit bermuzakarah sebenarnya, hehe) dari Adik Abadi. Sengaja saya stress kan Adik itu, nak menunjukkan bahawa beza usia, lain pangkat tidak langsung menggambarkan apa-apa sekarang. Adik itulah yang banyak mengajar, menunjukkan. Syukran =).

Apa yang merangkak mula?

Ini, saya ini baru hendak mengenal HTML. Cemburu sebenarnya, bila dapat tahu yang ada di kalangan rakan-rakan yang berjaya menggunakan HTML dengan baik, hanya dengan belajar sendiri-sendiri. Justeru, saya juga ingin belajar. Biar ada sedikit ilmu itu, biar pun tidak sepenuhnya menguasai. (tapi tadi sudah bertanya sedikit, kan? hehe. tak mengapa, cukup sekadar itu. belajar sendiri pula). Tinggi semangat dan azam ini! ;)
Allah Hafeez =)

Hati Pendorong

Bismillah.

Menulis lagi. Semalam saya 'ponteng' ;). Bukan saja-saja (bukan 100% saja-saja). Diduga sedikit dengan sakit perut. Awal pagi baru berjaya tidur. Natijahnya? Tak mampu (ditambah lagi dengan tiada semangat dan keinginan) untuk bangun menghadiri kelas. Sempat saya berpesan kepada Siha untuk mengambilkan note Chemistry. Humm.. itulah dia. Pentingnya semangat, pentingnya dorongan.. dan pemberi dorongan yang paling bagus, siapa ya? Ingat ini :

" Pemberi dorongan yang terbaik ialah diri sendiri ! "

Kata-kata siapa yang saya petik? Kata-kata filosofis, politikus mana? (Saya maklum dengan sikap kita yang mementingkan sumber, yang adakalanya menjadikan kita prejudis dalam menerima point yang disampaikan). Saya tidak menyangkal perlunya kita mengambil tahu, supaya kita jelas motif si penyampai, kerana memang pasti apa yang diperkatakan oleh seseorang itu disampaikan mengikut acuan-letak pemikirannya.. Masalahnya, kata-kata tadi adalah dari saya. Kata-kata yang saya gubah berdasarkan daripada sedikit ilmu pemberian Allah, berpandukan dari pengalaman dan pemerhatian setakat yang saya berjaya laksanakan sepanjang masa-masa yang lepas. Juga, banyak dibuktikan dengan perkara-perkara yang berlaku dalam hidup sendiri, dan juga orang lain (termasuk kamu, harapnya).

Kita -hati kita- merupakan pendorong terbaik untuk diri sendiri. Usah susah-susah, tak perlu pening-pening mencari 'pendorong' yang lain. Risau-risau, banyak masalah susulan yang mungkin timbul. Jika dapat mencari 'pendorong' itu, jangan nanti lain pula yang jadi. Jika tak dapat, lagi gusar kerana tak punya 'pendorong' itu, gusar tak bersemangat untuk apa-apa. Cukuplah, hati-kita ada. Hati yang boleh kita bentuk mengikut acuan yang kita kehendaki. Baikkah? Burukkah? Sabda Nabi SAW :

".. dalam badan anak Adam itu ada seketul darah (yakni hati). Jika baik darah itu, maka baiklah seluruh jasad itu. Jika buruk darah itu, maka buruklah seluruh jasad itu.." -au kama qaal-

Selalunya, pendorong yang dicari mestilah yang baik-baik (kan, kan, kan..?) Kita boleh bentuk hati kita menjadi yang terbaik. Hati yang dekat dengan Pencipta, Hati yang Tenang bila disapa bencana, Hati yang Tabah walau sebesar mana dugaan menimpa, Hati yang Kuat mempertahankan semangat agar tidak terus terbang, Hati yang Lembut, yang Peka, Hati yang Sabar, Hati yang Redha.. Nah, terbaik, bukan? Hati itu nantilah yang akan menjadi pendorong terbaik, dalam apa jua keadaan kita. Tidak mungkin Hati itu pergi (macam mana pulak kita nak hilang hati kita, kan? hehe), tak mungkin hati itu mungkir pada janji. Sungguh! Pergantungan kita pada Tuhan (yang mencipta diri kita dan Hati itu) mesti dipertingkatkan, mesti diperbaharui ke tahap yang lebih baik. Ajak hati supaya sentiasa dekat dengan Nya, bukan hanya ketika susah nanti, ingat itu. Apa lagi ya? Ah, susah untuk digariskan di sini. Apa yang pasti, kita sendiri yang bertanggungjawab ke atas hati kita, bentuk-acu-modify ia supaya menjadi Hati yang Allah tumpahkan Tenang dan Cinta KasihNya, agar menjadi Hati yang mampu bertindak sebagai pendorong terbaik diri!

Humm.. faham ya, apa yang ingin saya sampaikan. Bukan tidak boleh punya pendorong, ibu-bapa juga pendorong yang sangat significant, amat significant! Cuma, point saya ialah, jangan lah kita runsing-runsing mencari pendorong, atau menjadikan orang lain sebagai pendorong terpenting kita. Tambah runsing kalau pendorong lain itu membuat onar, yang sakit, yang 'kesian' siapa? diri sendiri juga, bukan? Faham ya.. jangan nanti, ada yang mengatakan saya memberi ajaran sesat ;).

Cukup dulu ya, bicara kita tentang Hati. =)

+Allah hafeez.

Monday, January 26, 2004

Demedim Mi

DEMEDIM MI.
Featuring Hasan Kalicatan.

English Translation :

Why can't you O precious one,
Why can't you accept what's from above,
What ever comes bitter or sweet,
Comes from Allah, a trial indeed.

Why can't you, why can't you,
O my heart I ask of you,
Whatever comes bitter or sweet,
Embrace it all, submissions complete,

Why can't you, O precious one,
Why can't you accept what's from above,
Whatever comes bitter or sweet,
comes from Allah, a trial indeed.

Those that can't accept flounder distressed,
Weepind tears deprived of success,
Because this life's fleeting for sure,
Don't you know you'll always want more.

*************************************************************

Bismillah.

Seperti yang dijanjikan, saya post lirik nasyid Demedim Mi. Sebenarnya, dah lama saya merancang untuk berkongsi lirik tersebut, tapi tidak punya kesempatan ; tertinggal iBuku lah, tapi yang paling selalu, saya terlupa untuk membawa cd Our World bersama. (hari jumaat lepas, mencari sampaikan lambat ke kelas, huh). Tapi alhamdulillah, berhasil juga akhirnya.

Juga seperti yang saya katakan, bukanlah saya tertarik kepada Demedim Mi atas sebab melodinya (melodi Turki klasik, dan nasyid ini sebenarnya disampaikan dalam bahasa Turki), tetapi pada bait kata-katanya. Simple but yet, padat dan menyeluruh maksudnya. Meneliti liriknya, mengajak kita bertanyakan pada diri (O my heart I ask of you) tentang hakikat Redha, juga tentang hakikat Sabar, hakikat Tabah. Kerana, sering sungguh hati-diri kita membicarakan tentang hakikat-hakikat ini secara teori. Namun, apabila tiba pada praktikalnya, bilamana kita diuji dengan masalah, bebanan dan kesedihan (yang pedih), kita seringkali gagal.

Apa yang berlaku ialah, kita sangat cemerlang dalam teori, tapi corot dalam ujian praktikal. Sedih, down, kecewa, takut, lemah, marah... menangis (typical, bukan?). Tidak pula saya katakan bahawa itu adalah kesalahan maha besar. Saya juga sedar, sebagai manusia biasa yang punya perasaan (kurniaan Tuhan), kita memang tidak lepas daripada berada dalam keadaan sedemikian, kita bukan heartless.. bukan. Bahkan, bagi sesetengah dari kita, menangis dapat meringankan beban dalam dada. Cumanya, ingin saya mengingatkan diri sendiri dan juga teman-sahabat yang dihormati, agar belajar mengawal diri ketika dalam kesedihan, jangan sampai masuk dalam golongan yang Berlebih-lebihan, usah sampai kita dipandang Allah sebagai Si Kufur Ni'mat (na'uzubillah).

Sedih dan kecewa yang dirasa, lemah dan pedih yang dialami, biar kita balut dengan Sabar dan Redha. Teori kita zahirkan. Kita latih diri agar Sabar, kita ajar diri supaya Redha dengan ketetapan Tuhan untuk kita. Sungguh saya katakan, bilamana nur-Redha menyelubungi hati dan perasaan kita, cahaya terangnya akan menenggelamkan rasa sedih kecewa yang dirasa. Panasnya membawa rasa selesa yang melenyapkan rasa pedih yang mendera. Bila kita Redha, hati kita seolah-olah terpujuk untuk menerima segalam pemberian Tuhan, sebagai satu tarbiyyah, sebagai tanda Cinta Kasih Nya kepada kita (Whatever comes bitter or sweet, comes from Allah, a trial indeed).

Bicara saya, bukan bicara kosong, in sya Allah. Tentang hakikat Sabar dan Redha, banyak sekali Allah ajarkan kepada kita supaya dapat diimplementasikan dalam kehidupan. Juga bukan bicara kosong saya katakan, kerana pengalaman lepas banyak mengajar, tentang hakikat Redha, tentang hakikat Teori dan Praktikal ~ betapa sukarnya mengotakan apa yang dikata.

Uh-oh, tidak terlalu panjang untuk intro, saya harap ;). Jadi, itulah dia. Saya pilih Demedim Me (saya ubah sedikit dari Demedim Mi, tidak mahu dituduh penciplak hak orang, hehe) kerana saya ingin sentiasa mengingatkan diri, mendidik diri agar dapat mengaplikasikan ilmu Sabar dan Redha dalam apa jua keadaan, menerima segalanya sebagai method tarbiyyah Tuhan kepada diri, sebagai token menunjukkan bahawa saya masih punya tempat untuk mendapatkan perhatian Nya .. ingin mengajar diri supaya melaksanakan apa yang dibicarakan, bukan semata pemanis kata.. bukan! Saya tidak mahu dimurkai Tuhan, kerana :

".. amat besar kemurkaan Allah kepada siapa yang tidak mengotakan apa yang dikata.."

(As-Saff : 4)

Cukup dulu ya.
Kita sama-sama baiki diri, ayuh!

Allah Hafeez =)

Friday, January 16, 2004

bismillahi ar-Rahman ar-Rahim.

So, ::Demedim Me:: it is!
alhamdulillah. this comes from a Turk word, got it from a nasyeed, itself entitled Demedim Mi (by Hasan Kalicatan, one of the song in Zain Bikha's-Our World). not really fancy about the melody, but the message is really *into something*. will post up the nasyeed, in sya Allah. and until then, I do not feel like commenting more on why I choose Demedim Me. just accept that, ok people? syukran ;)

Moga ada kebaikan yang dapat diperoleh bersama.

::syaffa:: on Friday, 16 January 2004.
*Jumaat.. simply magical!