Demedim Me

Sunday, October 23, 2005

Air Mata Sesalan Selamatkan Manusia Dari Neraka (pt 1)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sesungguhnya ada beberapa malan yang dapat menyelamatkan manusia dari bahaya api neraka, untuk mengetahui apakah amalan tersebut ikutilah sebuah hadith yang panjang yang menceritakan bagaimana Nabi SAW melihat malapetaka yang menimpa umatnya di akhirat, tetapi telah diselamatkan oleh pelbagai amal ikhlas yang telah dilakukannya semasa di dunia.

Sebuah hadith yang dikeluarkan oleh At-Termizi dari Al-Hakim, dari Abdullah bin Umar, dari Nafie', dari Abu Abi Hudaie', dari Abdul Rahman bin Abdillah, dari Sa'is bin Musayyab, dari Abdul Rahman bin Samurah katanya ; bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Semalam aku melihat perkara yang amat menakjubkan. Aku melihat seorang lelaki dari kalangan umatku didatangi oleh malaikat Maut, maka datanglah amalan baik lelaki tersebut, iaitu amalan kerana menjaga kedua ibu bapanya. Amalan itu datang dan berjumpa Malaikat Maut lalau menghalang Malaikat Maut dari mengambil nyawa lelaki tersebut (dengan amalan itu bermakna bertambah panjang umur lelaki itu).

Demikian juga aku melihat seorang lelaki dari umatku yang sedang berhadapn dengan azab kubur, tiba-tiba datang amalan wudhuk orang itu yang cukup sempurna lalu menagkis azab kubur tersebut, sehingga terlepasalh lelaki berkenaan dari azab kubur yang sudah bersedia untuk mengazabnya.

Begitu juga aku melihat seorang dari umatku yang telah di kelilngi syaitan yang akan menyesatkannya. Ketika itu datang amalan zikrullah orang itu menghambat syaitan-syaitan tersebut, maka terlepaslah orang itu dari perbuatan syaitan yang akan menyesatkannya.

Aku juga melihat umatku sedang dikelilingi oleh Malaikat azab yang sudah bersiap sedia hendak mengazab orang itu, maka datanglah amalan solat (solat fardhu dan sunat) orang itu lalu melepaskannya dari azab tersebut.

Selain itu sku juga melihat umatku dalam keadaan terlalu dahaga, setiap kali dia pergi kepada kolam-kolam air maka ada orang yang menghambatnya. Pada ketika itu datanglah amalan puasa orang itu dengan membawakan air kepadanya, maka minumlah ia sehingga hilanglah dahaganya.

Aku juga melihat kumpulan umatku sebagaimana nabi-nabi yang lain duduk berkumpul-kumpul. Tetapi di kalangan orang ramai itu terdapat seorang daripada umatku, yang setiap kali dia cuba menghampiri kumpulan-kumpulan itu sentiasa kena hambat. Kemudian datanglah amalan yang berupa amalan mandi janabat, lalu amalan itu mengangkat orang berkenaan dan meletakkannya di dalam kumpulan manusia dan para nabi-nabi.

Demikian juga aku melihat umatku yang sedang dikelilingi oleh gelap gelita meyebabkan dia dalam kebingungan. Ketika itu datanglah amalan haji dan umrahnya menariknya dari keadaan gelap gelita dan menghantarnya ke tempat yang terang benderang.

Begitu juga aku melihat seorang dari umatku yang sedang hendak bercakap dengan orang lain, malangnya orang-orang itu tidak mahu bercakap dengannya. Ketika itu datanglah amalan silaturrahim dan berkatalah ia : Wahai orang-orang mukmin semua, berkata-katalah (berbuallah) terhadap oran gini. Setelah itu maka berkata-katalah orang-orang mukmin terhadap orang berkenaan..."

Petikan buku :
'Tazkirah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Persiapan Menghadapi Maut Siri 5 : Hari Penyesalan'


Tatkala membacakan ini

Ada getar pada suaranya
Bernada harap dan rindu
Bertingkah khauf dan sendu

Sedang aku
Terbang.. Hilang
Aduhai kerasnya
Aduhai kemaraunya


Allah Hafeez