Demedim Me

Sunday, September 17, 2006

Pantai Kasih Rabbi

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Pantai Kasih Rabbi

Menyusur pantai sore kelmarin
rasa mahu sentiasa dekat
dengan langit biru, ikhlas
dengan air dingin, tabah
dengan ombak mendatang, setia
dengan pepasir berpijak, redha
bukti Rahmat Dia

Terima kasih pada laut
memberi ruang hamba mengingat Pencipta
kepingin benar mahu kembali
mengulang jejak mencari diri
izinkan, Tuhan
sampai bila-bila nanti
berjalan di pantai kasih Rabbi
selepas mati

2 Jun 2006