Demedim Me

Tuesday, September 12, 2006

Al-Andalus Menangis ll

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

//Al-Andalus Menangis [versi Demedim Me]



Photobucket - Video and Image Hosting


Saya rasa saya suka menulis. Macam boleh cerita dan sampaikan banyak perkara, yang saya rasa agak susah nak diluahkan dalam bentuk ucapan. Mungkin sebab kurang mahir dalam cakap-bercakap kot. Dan jugak, ada perkara yang saya tak mahu orang sekadar dengar, tetapi saya nak orang rasa apa yang nak sampaikan (atau yang saya alami). Kalau dalam alam blog-memblog ni, kadang-kadang bila membaca tulisan sendiri, banyak benda yang bermain di minda. Hmmm.. bukan sekadar menulis untuk dibaca orang lain, tapi sebenarnya untuk peringatan diri sendiri (ketuk sikit kepala dan hati).

Selama ni saya tak pernah serius dalam menulis, maksud saya, saya tak pernah nak masuk apa-apa pertandingan, atau ada usaha nak mengenengahkan hasil tulisan, tak jugak join apa-apa kelab/persatuan untuk belajar bab-bab penulisan ni. Saya menulis untuk simpanan sendiri, dan oh, yang paling selalu, "menulis dalam kepala" aja.

Sampailah Fahd Razy tubuhkan Grup Karyawan Ireland (GKI), yang nama sekarangnya Grup Karyawan Luar Negara (GKLN), sebab keanggotaan dah bertambah, bukan setakat dari Ireland/UK saja, tapi boleh dikatakan dari seluruh pelusuk benua. Fahd Razy yang ajak saya dan beberapa orang sahabat, antaranya Cik Adik Bint Al-Huda untuk jadi moderator terawal dalam yahoogroup kumpulan.

To cut a long (and mundane) story short, Fahd Razy pelawa saya untuk sertai projek antologi puisi kecil-kecilan hasil uasaha GKLN dan e-sastera. Maka, setelah berkerja keras, alhamdulillah, terhasillah Al-Andalus Menangis ini. Wah, tak senang rupanya nak menerbitkan buku, apatah lagi yang melibatkan ramai orang. Saya sendiri pun, rasanya, banyak menyumbangkan kepada sakit kepala pihak pengurusan {maaf, encik pengantin baru ; Fahd Razy ;)}

Ada 6 sajak yang saya tulis dalam Al-andalus Menangis. Nak dijadikan sebab, kerana nama pena saya bermula dengan huruf A, maka sajak-sajak saya ditempatkan yang pertama dalam koleksi karya 20 penyumbang. Bagus ke macam tu?

Jadi, untuk sesiapa yang berminat nak mendapatkan Al-Andalus Menangis ni, boleh hubungi saya sendiri di assyaffa_doc@yahoo.com atau boleh hubungi nama-nama teman yang tertera dalam iklan Al-Andalus Menangis [versi asal] tu. :)

Oh, peribadi dari saya, janganlah harap hasil karya yang hebat-hebat sangat ye, al-maklumklah, kami (saya) budak-budak baru belajar ;)

Salam Hormat,
assyaffa :)