Demedim Me

Monday, January 10, 2005

tak sama tapi serupa

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Saya pernah post entry ni somewhere in March, 2004 lepas.

Berteduh di bawah Hujan.

Aku berteduh di bawah cucuran hujan,
Berlindung di balik lebat titisannya yang kasar-kasar,
Berselimutkan dingin kuat hembus angin,
Ditenangkan oleh dentum bunyi, kilat guruh.

Hebat turunnya bagai dicurah-curah,
Dengus tiupnya seperti dikipas-kipas,
Sejuk sapaannya laksana kucupan puteri salji ;
Yang jadi tambah dingin dengan jejeran air mata hiba.

Betapa aku dambakan,
Untuk menangis sebegitu bersungguh ;
Waktu aku sujud menghadap Khaliqku.

Betapa aku inginkan,
Untuk menjadi sebegitu kasar ;
Waktu aku berkonfrontasi dengan musuh Imanku.

Betapa aku impikan,
Untuk berlagak sedingin mungkin ;
Agar mudah aku kecewakan pujukan Mazmumah itu.

Aku senang begini,
Walau kata mereka ;
“ Hujan ini bawa pilu di hati..”
“ Hujan ini merampas ceria..”
Aku simpati, tapi aku tak peduli,
Kerna aku jatuh sayang padanya.

Biar aku dilanda pilu,
Biar dirampas rona ceriaku sekarang,
Aku yakini bahawa nanti,
Akan ada Nur Bahagia yang melakar sejahtera,
Sepertimana wajib mentari mencorak cahaya selepas hujan berhenti.


Cerita lama, situasi berbeza, waktu tak sama.. Tapi perasaan yang serupa.

Wahai Tuhan yang Membolak-balikkan hati,
Thabatkan hati kami dengan Iman, Ya Allah.
Thabatkan hati kami dengan Iman, Ya Rahman.
Thabatkan hati kami dengan Iman, Ya Raheem.

Allah Hafeez.