Demedim Me

Saturday, February 10, 2007

Satu dah balik, ramai lagi akan ikut


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

"Minta maaf banyak-banyak. Selamat balik. Sama-sama kita belajar rajin-rajin, jadi orang yang berguna pada agama, bangsa, semua-semua."

Pesan yang saya sampaikan, waktu memeluk Syarifah kali terakhir di Dublin Airport Rabu lepas, saya tujukan buat diri sendiri juga sebenarnya. Rabu lepas Syarifah berlepas pulang ke Malaysia, for good. Lebih daripada separuh rakan senegara sekelas saya akan pulang menyambung baki pengajian di Penang Medical College. Tinggallah 11 budak perempuan, dan beberapa kerat budak lelaki Melayu, meneruskan perjuangan di sini. Hummm..

Syarifah dan saya. Kami sebenarnya tak rapat sangat, tapi baik. Banyak pandangan, mungkin juga prinsip, yang berbeza. Bila kita saling menghormati satu sama lain, tak jadi masalah untuk kita get along very well. Kami sama-sama anak sulung. (tapi saya rasa syarifah lebih penyayang daripada saya, hehe). Jalan hidup, cerita berbeza.



Syarifah selalu jugak ke rumah saya, belajar sama-sama. Kami berkelana ke Brussels, Belgium dan Stockholm, Sweden bersama musim sejuk 2004 yang lepas. (kami hampir meninggi suara bersembang perihal pandangan dan pegangan politik tanah air di dalam bas dari Airport ke City Terminal, Stockholm. kami berbeza. tapi insyaAllah, beza itu yang memurnikan persahabatan kami)

Saya banyak belajar daripadanya. Bukan dari butir bicara. Memerhati dalam diam ; saya diajar berbaik sangka, sedar bahawa pertolongan dan Kasih Sayang itu Allah berhak beri kepada siapa yang Dia mahu. Terima Kasih.

It's going to be different, no doubt about that. Let alone the intensive clinical attachment that awaits all the students after new term starts on 19 February - monday next 2 weeks. Simply, school will not be the same without those familiar faces - which somehow make me feel comfortable and at ease by just being with them. (comfortable zone, it is)

Syarifah dah balik. 14 hb depan, satu kumpulan besar teman sekelas yang akan pulang. Tinggal saya.