Demedim Me

Thursday, September 23, 2004

Tinggal..

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Saya tinggalkan hati saya di sini,
Agar selalu dekat dengan kamu.

Saya tinggalkan hati saya dengan kamu,
Biar semangat dan ingatan kita bersatu.

Saya serahkan hati saya pada kamu,
Biar kamu tahu yang saya kasihkan kamu.
(sepertimana saya mengasihi diri sendiri, malah mungkin lebih dari itu)

Saya mahu kamu miliki hati saya,
Kerana saya yakin kamu mampu menghargainya.
(sama serupa dengan saya yang sebenarnya menghargai kamu, sebenar-benarnya)

Dan perkara wahidnya,
Tulus doa saya kepada Pemilik Mutlak hati saya dan hati kamu ; Allah Azza wa Jalla,
Moga Dia patri lekat hati kita,
Moga Dia suluh terang hati kita,
Moga Dia jaga pelihara hati kita..
Dalam acuan, cahaya dan petunjukNya.

Hati, saya tinggalkan buat kamu sejujur-jujurnya.

(Kamu yang bernama Abah.
Kamu yang bernama Emak.
Kamu yang bernama Adinda.
Kamu yang layak, kamu yang berhak)

Tinggal dulu :)


*segala urusan (dunia) saya di Malaysia terhenti jam 11.40 malam, 25/9/2004 ini. Bakal disambung dengan 'semangat Dublin' semula, in sya Allah.
(tak mo balik, heh)

Allah Hafeez =)