Demedim Me

Thursday, September 23, 2004

Kompas

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Kalau dulu, saya tak ambil peduli sangat tentang kepentingan kompas (kompas penunjuk arah kiblat). Iya lah, di negara kita ni, alhamdulillah, kemudahan untuk solat terdapat hampir di mana-mana ; kompleks membeli-belah, tempat peranginan, hospital.. hatta di Genting Highlands Theme Park pun ada surau. Tugas mencari ke arah mana jasad perlu direndahkan, 'tang' mana sembah sujud kita dihalakan bukanlah sesuatu yang sukar.

Tapi sekarang (spesifiknya, sejak lebih kurang setahun terakhir ini), kompas hijau dengan nombor-nombor penunjuk sudut dan ikon kiblat kecil comel menjadi penghuni tetap beg galas belakang saya. Meski tidak diperlukan jika berada di sekitar kawasan kolej kerana terdapat prayer room yang agak selesa (alhamdulillah), dan jika 'asyik mentelaah' di maktabah dan malas untuk pulang ke main building, boleh aja solat di tangga terpencil di under-ground floor library, namun kompas hijau itulah yang amat diperlukan di waktu-waktu lainnya.

Mungkin ; berhajat ke shopping complex untuk membeli 'keperluan', tiba waktu solat dan tak punya pilihan lain melainkan solat di dalam changing room, atau di balik lindungan tangga.

Atau ; sedang menunggu penerbangan di airport, tiba waktu solat, maka tanggungjawab didirikan di baby's changing room.

Juga mungkin ; menjalankan tugasan sebagai pelajar untuk bertemu General Practitioner, ke kediaman pesakit di Greystone (small town by the sea), sempurnakan solat di atas hamparan batu, di bawah langit terbuka, berdepan laut luas..

... kan perlu kompas hijau tu :)

Atas sebab tu juga lah, saya diminta untuk membeli barang 10 buah kompas dengan bekalan wang 20 euro. Alhamdulillah, dapat dibeli waktu turun KL dengan Akma (adik bawah saya) hari Isnin lepas. (ke KL pagi jam 10, dan pulang kembali ke Perak bertolak jam 11.59 malam dari Hentian Duta pada hari yang sama!)

Allah Hafeez =)