Demedim Me

Saturday, March 25, 2006

Daffodil

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Image hosting by Photobucket
Semalam (24/3/2006) ialah Daffodil Day. Daffodil Day yang disambut di peringkat kebangsaan seluruh Ireland ni, merupakan anjuran The Irish Cancer Society. Sepanjang hari, di jalanan kuntuman bunga-bunga daffodil segar dijual, dan ada jugak yang dibuat daripada plastik, jadi macam 'badge' disemat pada jaket. Duit yang terkumpul akan disalurkan untuk membantu, dalam pelbagai cara, pesakit kanser ni.
Image hosting by Photobucket
Sayangnya, semalam hari hujan. Dilaporkan dalam website berkaitan, dianggarkan yang target €3 million kutipan takkan tercapai.

+ Kagum dengan semangat orang-orang ni. Sanggup berhujan-sejuk.. "Support Daffodil's Day Sir, Ma'am!" Wahai.. Kalaulah Islam diorang ni, mungkin lebih komited berbanding diri sendiri.

++ p/s : Daffodil dah banyak tumbuh ~ petanda musim bunga muncul lagi, kata alam :)

Allah Hafeez