Demedim Me

Friday, April 02, 2004

Cerita.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Sedang berjalan bersama-sama ahli rumah semalam melalui kawasan perumahan, masing-masing terhidu satu bau yang sangat familiar, bau belerang mercun dan bunga api! hehehe.. dan dari situ, sembang-sembang kami mengarah kepada kenangan masa lampau ; betapa meriahnya sambutan raya zaman anak-anak! Seterusnya, menjangkau pula pada memori zaman innocent sekolah rendah dulu. Dan semua itu hanya mengembalikan nostalgia lampau, membuatkan kami rindu mahu kembali ke tempoh masa dulu-dulu.. yang tak mungkin berulang kembali! sedihh..



Kalau waktu kecil dulu aku tahu,
yang semua itu akan aku tinggal jauh,
pasti akan aku kumpul setiap kenangan
hatta sekecil cerita mencari si merah biji saga,
atau kisah kasih si Tobby manja,
atau kisah aku patah kaki (hehe),
juga cerita-cerita comel di TASKI,
semuanya,
akan aku pahat rapi,
dakap kemas-kemas,
agar ia tak hilang dilarikan si Ribut Masa!


Iklan sikit :

:: My Qalam.org ::



Cari-cari laman web online nasyid, terjumpa pulak ngan My Qalam ni. Site yang masih baru, saya kira. Ahli pun tak ramai lagi. Tapi, artikel-artikel yang dipaparkan banyak yang bagus-bagus.. dan lagi yang menariknya, boleh dengar Radio Nayid ; selain daripada dapat dengar kompilasi nasyid yang best-best, boleh dengar ceramah Ustaz Shamsuri pada masa-masa yang diberitahu. Sila lah melawat My Qalam.

Kebetulan.

Panas sistem pendidikan negara kita, bahana bahang kes bunuh Allahyarham Adik Muhammad Farid Ibrahim (Al-Fatihah).

Dari Arkib Berita Harian ; terpampang di dada Berita Minggu, 2 April 2000, dengan tajuknya Sikap ibu bapa punca samseng. Ulasan ini adalah rentetan kejadian pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Tuah (SMKTT), Song Chan Han, yang dipukul oleh ahli kumpulan Ang Hoe di Bachang pada 31 Mac 2000 lepas. Dalam kejadian itu, Song dibelasah oleh dua pelajar sekolah yang sama serta seorang lagi bekas pelajar sekolah itu kerana bertindak meninggalkan kumpulan berkenaan (Ang Hoe).

Kebetulan gamaknya. Dua-dua kes melibatkan pelajar, generasi penting pewaris negara Malaysia 'memilih' untuk berlaku pada masa yang lebih kurang sama.

Atau, memang sebenarnya kes-kes anak bangsa tanah air kita ini sesuatu yang berterusan. Cuma, yang mendapat liputan besar-besaran di media massa kita hanya kes-kes yang top sahaja (!).

Kebetulan lagi.

Pemandu lori mengaku salah toreh kepala isteri..

Yang ni pula, kes seorang suami yang mencederakan kepala isterinya kerana marah dengan si isteri yang tidak memakai tudung dan mewarnakan rambut (!).

Humm.. Dua kejadian yang mengheret nama Islam sederet. Kebetulan (yang pasti terselit pengajaran).

Cara suami 'mengajar' sebegitu rupa memanglah salah. Mendidik isteri, ada cara yang Islam ajar.

.. dah tu, kalau si isteri tu deeegggiiiilllll jugak, cemana? ..

Haa.. yang ini, rujuk pada yang lagi arif. Yakin, memang ada cara penyelesaiannya.

Sama juga dengan masalah yang melibatkan syabab kita. Dalam Islam, mesti ada jalan keluar, menjernihkan kembali keadaan. Tapi, (seperti perbincangan di blog Huda ; Mencari Petunjuk )ini tak adil untuk Islam.

Kes suami cederakan isteri ni, kita kembali kepada usul yang Islam bagi ; seawal langkah mencari pasangan hidup dan seterusnya kepada pembinaan Bait Muslim. Kemudian, tengok pula kepada cara-cara yang dianjurkan dan digariskan dalam Islam, bagaimana untuk menguruskan urusan dan kehidupan dalam rumahtangga.. etc, etc.

Dan untuk kes generasi pewaris takhta negara pula, banyak sungguh yang perlu diambil kira. Macam mana Islam ajar mak ayah untuk didik anak, macam mana Islam suruh umatnya wujudkan masyarakat harmonis yang menghasilkan suasana persekitaran yang baik aman, macam mana Islam gariskan tanggungjawab pemimpin dalam menyusun atur pentadbirannya untuk memastikan kemaslahatan rakyat terpelihara.. dan juga, macam mana Islam didik setiap diri hingga mampu jadi manusia dan hamba yang baik.

Pokok pangkalnya, ISLAM itu perlu diimplimentasikan dalam kehidupan secara keseluruhannya. Tak boleh lah jika kita ambil separuh-separuh sahaja. Tak adil untuk diri sendiri dan tak adil untuk Islam itu sendiri.

Jangan terjadi nanti, kerana kejahilan kita, kerana salah kita mengambil Islam 'secara bersederhana' (itu kah maksud wasatiah yang sebenarnya??), orang samakan Islam dengan baju yang tak siap dijahit, comot compang-camping, tarik ke atas untuk tutup kepala tapi kaki terjulur keluar, tarik ke bawah nak selubung kaki tapi kepala terjojol tak beralas. Jangan biar singa-singa tak ketahuan itu memperoleh cara lain untuk menerkam rusa cantik, yang sudah lama si singa mengintai peluang! Jangan begitu! Islam itu syumul, bukan sekadar pada perkataan, tapi juga pada apa yang dibawanya.

Ayuh, sama-sama baiki diri. Walau tak mampu nak memperbetulkan persekitaran dan semua orang lain, tanggungjawab terhadap diri sendiri sekurang-kurangnya mesti disempurnakan. Kita (yang kecil kerdil) ini pun punya sumbangan terhadap yang ada di sekitar kita. Siapa tahu, kerana sedikit sentuhan ; kita tonjolkan peribadi Muslim yang baik, terbuka hati yang lain untuk ikut sama.. kan? :)

ah, lupa pula. kes toreh kepala isteri itu berlaku di Kelantan. (!)

Apa yang berlaku, adalah ketentuan dari Allah jua.. dan pada setiap yang berlaku itu, ada yang mahu Allah tunjukkan, sebagai tarbiyyah Nya untuk hamba.

Allah Hafeez :)